X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Suka-Suka Hantar Anak Speech Delay ke Playschool, Tak Kena Gaya, Langsung Tak Bercakap Dia Nanti!

4 min bacaan
Jangan Suka-Suka Hantar Anak Speech Delay ke Playschool, Tak Kena Gaya, Langsung Tak Bercakap Dia Nanti!

Harus diingat, anak yang speech delay tidak semestinya terus sesuai jika dihantar ke playschool. Pastikan anda kaji dulu keperluan sebenar anak.

Pasti ibu ayah yang ada anak speech delay pernah dengar nasihat atau saranan supaya hantar anak ke playschool, nanti pandailah dia cakap. Betulkan? Biasa kita dengar saranan ini.

Bagaimanapun, ada kes yang mana bila dihantar tiada perubahan pun, ada yang jadi lebih teruk dari sebelumnya pula. Ibu bapa perlu faham, kanak-kanak yang hanya ada speech delay dan language delay dan anak yang autism yang ada speech delay dan language delay adalah berbeza sama sekali.

Anak-anak ini tidak sama, jadi cara rawatan mereka juga tidak sama. Jangan pukul rata saja, perlu belajar dan faham apa yang anak anda perlukan sebenarnya.

Jika anak speech delay, dapatkan nasihat pakar yang betul

Speech Delay

Menurut pakar terapi cara kerja, Liyana Raya, tidak boleh sewenang-wenang hantar anak yang speech delay ke tadika atau playschool kerana ada kemungkinan yang anak ini alami masalah lebih daripada itu.

Beliau turut menasihatkan doktor atau pakar terapi di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya menyarankan supaya ibu bapa kepada anak-anak ini menghantar anak mereka ke sekolah atau tadika.

Katanya, perlu dilihat sama ada anak ini adalah social observation skills atau tidak. Jika anak-anak tiada kemahiran itu, jangan sarankan ibu bapa untuk hantar mereka.

Beliau menjelaskan banyak kes yang dilihat oleh guru-guru sekolah yang mula anxiety kerana tidak tahu bagaimana untuk handle anak-anak sebegini. 

Akhirnya cikgu lari kerana tidak ramai guru yang mampu menampung tugasan menerima pelajar-pelajar ini. 

Kasihanlah pada anak…

Kepada ibu bapa pula, bukalah minda anda. Jika anak perlu sambung terapi, biar mereka pergi ke EIP. Jika tidak mampu, hadirlah terapi secara berkala.

Selain itu, apa yang penting luangkanlah masa bersama anak anda sebanyak mungkin. Belajarlah teknik yang boleh meningkatkan kemahiran anak mengendalikan anak istimewa ini kerana terapi yang terbaik adalah daripada ibu bapa itu sendiri.

Pilih EIP yang bertauliah

Selain itu, pastikan anda pilih EIP yang bertauliah yang betul-betul ada terapis sdi situ. Bukanlah terapis cara kerja atau cikgu yang buat terapi semata-mata kerana ramai yang sudah tidak ikut tata kerja yang sepatutnya dan mereka adalah terapis yang tidak bertauliah dan tidak bawa kebaikan pun kepada anak anda. 

Tanda lewat pertuturan pada anak

Jadi, macam mana nak detect sama ada anak ada masalah lewat pertuturan atau tidak?

Menurut terapis cara kerja, Maryam Jamadi, tanda-tanda masalah pertuturan yang boleh dikesan dari anak 12 bulan hingga 3 tahun adalah:

#1. 12 bulan

Speech Delay

  • Anak tidak mengenal nama mereka sendiri.
  • Anak tidak boleh menyebut 1 atau 2 perkataan bermakna.

#2. 15 bulan

  • Anak tidak reti menunjuk pada objek apabila penjaga menyebut nama objek.
  • Masih tidak menyebut perkataan memerlukan sesuatu, contohnya “Nak”.

#3. 18 bulan

Speech Delay

  • Anak masih tidak reti mengikut arahan mudah seperti “Ambil botol susu”.
  • Anak tidak menyebut perkataan “Mama”/”Papa” atau perkataan panggilan yang lain.

#4. 2 tahun

  • Anak masih tidak menunjukkan anggota badan apabila disebut.
  • Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan bermakna.

#5. 2 tahun 6 bulan

 

  • Anak tidak mengangguk ataupun bersuara apabila ditanya pertanyaan mudah seperti, “Nak susu?”
  • Anak tidak menggunakan 2 patah perkataan dalam satu ayat seperti, “Nak mandi” walaupun pelat.

#6. 3 tahun

  • Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 200 perkataan atau membuat ayat menggunakan 3 patah perkataan dalam satu ayat.

Kenapa pentingnya pengesanan awal lewat pertuturan?

Ada satu kajian yang dijalankan selama 29 tahun tentang masalah lewat bahasa reseptif (yang difahami) semasa zaman kanak-kanak menyebabkan risiko masalah emosi, tingkahlaku dan sosial apabila dewasa.

Kajian ini dilakukan terhadap 6, 941 kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai masalah bahasa reseptif, kajian susulan dilakukan selepas 29 tahun. 

Hasilnya terbukti kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa reseptif mempunyai risiko lebih tinggi bagi masalah mental apabila mereka berumur 34 tahun berbanding kanak-kanak lain yang tidak mempunyai masalah terlewat. Kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding perempuan. 

Menurut Maryam: kebanyakan kes yang saya terima tentang kes lewat bercakap, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah penilaian perkembangan. Apa yang mak ayah selalu risau ialah anak lambat cakap, tapi bila lakukan penilaian barulah kebanyakan mak ayah tahu yang anak juga ada terlewat perkembangan lain juga seperti Skil Urus Diri, Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar atau Skil Sosial.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila sepatutnya anak anda sudah boleh bercakap?

Baca juga: Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari

Baca juga: 5 Cara Untuk Mengajar Anak Cepat Bercakap, No. 3 Paling Penting!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jangan Suka-Suka Hantar Anak Speech Delay ke Playschool, Tak Kena Gaya, Langsung Tak Bercakap Dia Nanti!
Kongsikan:
  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.