TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Anak Cepat Bercakap? Ayah, Jom Ajar Anak Cakap Lancar Dengan 6 Tips Ini!

3 min bacaan
Nak Anak Cepat Bercakap? Ayah, Jom Ajar Anak Cakap Lancar Dengan 6 Tips Ini!

Sebenarnya, ayah lebih banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa si kecil tau!

Mungkin anda pernah dengar tentang istilah “bahasa ibu”, yang secara umumnya bermaksud bahasa yang pertama kali kita ucapkan. Ungkapan ini menyatakan rata-ratanya golongan ibu yang bertanggungjawab ajar anak bercakap.

Namun, satu kajian terbaharu mengatakan, para ayah juga memainkan peranan yang sama pentingnya dalam perkembangan bahasa anak, terutama yang berkaitan dengan perbendaharaan kata mereka.

“Father tongue” Atau Bahasa Ayah

Pada tahun 1997, para ilmuwan berpendapat anak-anak memperoleh bahasa melalui bahasa ayah mereka, dan bukannya dari ibu mereka.

Satu kajian bertemakan“Father Tongue Hypothesis”di Universiti Jenewa yang diketuai Estella Poloni,  membincangkan hubungan variasi bahasa dan gen yang diwarisi oleh anak-anak dari kedua ibu dan ayah.

Hasil kajian Poloni menyimpulkan variasi bahasa dikaitkan dengan gen yang diwariskan hanya dari ayah. Malah, DNA khusus yang hanya dapat diwariskan oleh ibu nampaknya tidak berpengaruh pada kepelbagaian bahasa anak-anak!

Peranan Penting Ayah Untuk Ajar Anak Bercakap

perkembangan bahasa kanak-kanak, perkembangan bahasa awal kanak-kanak

Menghan Zhang di Laboratorium Antropologi Kontemporer di Universiti Fudan melakukan satu lagi kajian, di mana kajian bertujuan untuk mengenalpasti lebih banyak maklumat tentang penglibatan ibu ayah dalam ajar anak bercakap.

Hasil kajian sangat menarik ketika mengaitkan peranan ayah dalam perkembangan bahasa bayi!

Kesimpulan menunjukkan bayi “mewarisi” kosakata dari ayah mereka, dan beberapa lagi rangkaian gen ayah tertentu yang diwariskan. Sebaliknya, bayi belajar mengucapkan kata-kata dan suara dari ibu hasil mewarisi sekelompok gen lain.

Cara Ajar Anak Bercakap, Khusus Buat Ayah

ajar anak bercakap, peranan ayah, aktiviti bersama anak, terapi anak lambat bercakap, peranan bapa, anak lambat bercakap, cara bercakap dengan anak, latih anak bercakap, ajar bayi bercakap

Ibu dan ayah sama-sama memiliki peranan penting untuk ajar anak bercakap dan yang menariknya apabila mengetahui yang perkara ini ternyata diwariskan kepada anak-anak.

Walaupun ramai yang mengfokuskan pentingnya peranan ibu dalam kebolehan anak bercakap, hakikatnya peranan ayah juga sama pentingnya.

Berikut beberapa tips untuk para ayah dalam membantu mempercepat perkembangan bahasa bayinya:

  1. Kerap Berkomunikasi Dengan Anak

Menurut pemerhatian, bayi yang sering menonton TV belajar kurang 6 perkataan berbanding bayi yang tidak menonton TV. Jadi ayah seeloknya kurangkan memberi anak gajet dan lebihkan bercakap dengan anak.

Anda boleh membacakan buku kepada anak, atau ‘berborak’ dengan anak tentang perkara yang menggembirakan.

  1. Bantu Anak Belajar Nama-Nama Objek

Pelabelan objek adalah cara penting bagi para ayah untuk membantu perkembangan bahasa anak mereka. Apa kata ayah tunjukkan objek kepada bayi, sambil menyebut nama objek tersebut?

Apabila melakukan aktiviti ini, lakukan pergerakan tangan yang boleh menarik perhatian si manja anda. Tindakan ini bukan sahaja boleh merangsang pendengaran bayi, malah visualnya juga.

 Tips Tambahan Ajar Anak Bercakap

  • Semasa bermain dengan anak, posisikan diri anda separas dengan anak bagi memastikan berlaku hubungan mata yang baik. Contohnya, anda berada dalam posisi melutut sekiranya anak anda sedang berdiri.
  • Apabila melakukan kerja di rumah atau keluar berjalan-jalan, berborak dengan anak tentang perkara yang anda lihat, dengar, sentuh dan bau. Ini akan mengembangkan kebolehan pancaindera si kecil dan memupuk rasa ingin tahu.
  • Jika anak mengatakan sesuatu dengan salah, betulkan sebutannya dengan lemah lembut.
  • Ajar anak untuk sering membaca. Kanak-kanak yang suka membaca terbukti boleh meningkatkan tatabahasanya, serta membangunkan hobi yang baik sejak kecil.

Jangan sia-siakan masa kecilnya, kerana masa ini adalah waktu emas untuk si manja anda belajar banyak perkara, dan paling baik untuk perkembangan bahasa!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:  Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Baca juga: Kesan Screen Time Kepada Anak Mungkin Lebih Teruk Dari Lambat Bercakap, Ibu Bapa WAJIB Ambil Tahu

Baca juga: Tips bagaimana anda boleh kawal anak yang suka merengek dan melawan cakap

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Nak Anak Cepat Bercakap? Ayah, Jom Ajar Anak Cakap Lancar Dengan 6 Tips Ini!
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham