X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

36 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Si Manja Anda WAJIB Capai Sebelum Usia 7 Tahun

4 min bacaan
36 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Si Manja Anda WAJIB Capai Sebelum Usia 7 Tahun

Ibu ayah tahu tak apa yang anak anda patut capai untuk perkembangan bahasa dirinya di antara usia 4 ke 7 tahun? Jom lihat panduan milestone ini!

Apabila anak membesar, kemampuannya untuk memahami dan bertutur bahasa akan semakin meningkat. Si kecil itu sepatutnya mampu mencapai hampir 30 milestone perkembangan bahasa awal kanak-kanak sebelum berusia 2 tahun.

Wow, kedengaran seperti sangat advanced kan? Ya, kemampuan kanak-kanak untuk belajar sesuatu bahasa sememangnya mengagumkan!

Malah, pada usia anak kita mencecah 4 tahun, dia sepatutnya mampu mencapai 51 milestone perkembangan bahasa!

Panduan milestone perkembangan bahasa awal kanak-kanak

Sebaik sahaja dilahirkan dan dalam masa 3 tahun mendatang, anda akan mula perasan yang si kecil sudah pandai berceloteh; bak orang dewasa!

perkembangan bahasa kanak-kanak, perkembangan bahasa awal kanak-kanak

Kredit: Fatherly.com

Walaupun kadangkala, mungkin bahasanya tidaklah berapa kita faham. Tapi, tak mengapa. Mari lihat panduan ini untuk mengetahui apakah milestone perkembangan bahasa awal kanak-kanak secara amnya.

Semua pencapaian ini patut berlaku sebelum si kecil anda berusia 7 tahun. 

Milestone bahasa: umur 4 – 5 tahun

  1. Anak anda boleh menunjuk ke arah objek dan mengenalpasti warna dan bentuk
  2. Memberi perhatian pada cerita atau perbualan dan dapat menjawab soalan mudah tentangnya
  3. Mengenalpasti objek dan fungsi. Contohnya: “Ini air. Kenapa kita minum air?”
  4. Anak anda boleh membezakan duit syiling dan duit kertas
  5. Memahami istilah waktu seperti “pagi”, “tengah hari”, “selepas ini”
  6. Boleh memahami dan mengikuti 3 arahan mudah. Contohnya: “Ambil pensil warna, lukis gambar, tunjuk pada mommy”
  7. Boleh membina ayat dengan 4 ke 8 perkataan
  8. Menamakan haiwan dan tahu sama ada ia liar, jinak, haiwan peliharaan atau haiwan zoo.
  9. Membina ayat dengan tatabahasa yang betul
  10. Menerangkan objek serta susunannya
  11. Mampu bercerita tentang hari yang dilalui dan memberitahu perasaan yang dirasai.
  12. Boleh bercerita tentang kejadian yang panjang
  13. Boleh menjawab soalan yang agak kompleks dan logikal. Contohnya “Kalau hari hujan, apa kita kena buat?”
  14. Jawab soalan berkaitan dengan deria. Contohnya, “Apa kita buat dengan mata, hidung, telinga?”
perkembangan bahasa kanak-kanak, perkembangan bahasa awal kanak-kanak

Kredit: Mommymafia.com

Tanda amaran untuk milestone bahasa kanak-kanak (umur 4-5 tahun)

  • Anak anda tidak mampu menurut arahan mudah.
  • Dia menggunakan ayat yang tidak lengkap.
  • Anak gagap dan tidak lancar bercakap.

Perkembangan bahasa awal kanak-kanak: umur 5 – 6 tahun

  1. Faham ‘kiri’ dan ‘kanan’
  2. Memahami konsep masa
  3. Menggunakan penjelasan yang kompleks
  4. Memahami konsep tempat seperti ‘atas’, ‘belakang’, ‘sana’, ‘sini’
  5. Tahu alamat rumah sendiri
  6. Faham beza antara ‘sama’ dan ‘berbeza’
  7. Bercakap ayat dengan perkataan antara 5 – 6 patah
  8. Tahu fungsi objek dan ia diperbuat daripada apa
  9. Bertanya soalan yang mudah. Contohnya, “Ibu nak pergi ke mana?”
  10. Sebut huruf (a-z) dan nombor (1-20)

Tanda amaran untuk milestone bahasa kanak-kanak (umur 5-6 tahun)

  • Sukar memahami pembelajaran di tadika.
  • Orang dewasa lain tidak memahami percakapan anak anda.

Perkembangan bahasa awal kanak-kanak: umur 6-7 tahun

perkembangan bahasa kanak-kanak, perkembangan bahasa awal kanak-kanak

Kredit: Speechbuddy.com

  1. Dapat mengenalpasti bunyi
  2. Mengenalpasti bunyi huruf dan boleh cuba mengeja
  3. Memahami suku kata
  4. Boleh mengenalpasti simbol seperti noktah dan tanda comma.
  5. Boleh bercerita atau reka cerita!
  6. Memahami konsep masa dan ruang
  7. Memahami konsep matematik seperti ‘banyak’, ‘sedikit’, ‘beberapa’, ‘semua’
  8. Boleh menggunakan ayat penerangan secara spontan – adjektif dan adverb
  9. Boleh mengulang semula ayat sehingga 9 patah kata
  10. Tahu umurnya sendiri
  11. Boleh memahami konsep masa seperti ‘pagi’, ‘tengah hari’, ‘malam’, ‘kemudian’, ‘selepas’, ‘sementara’, dan ‘hari ini’
  12. Boleh membina ayat yang panjang dan menggunakan perkataan kompleks

Tanda amaran untuk milestone bahasa kanak-kanak (umur 6-7 tahun)

  • Tidak memahami pembelajaran di tadika atau sekolah.
  • Orang dewasa lain tidak memahami percakapan anak anda.

Jangan risau jika anak anda terlepas beberapa pencapaian milestone

36 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Si Manja Anda WAJIB Capai Sebelum Usia 7 Tahun

Kredit: Freepik

Setiap kanak-kanak itu mempunyai keupayaan diri yang berbeza. Terutamanya jika anak anda sedang belajar dua sehingga tiga bahasa.

Jadi, jangan terlalu risau jika si kecil anda terlepas beberapa milestone atau sedikit lambat daripada rakan sebayanya. Ia juga tidak semestinya yang anak anda  mengalami masalah autisme.

Namun, secara umumnya, anak anda sepatutnya sudah mencapai majoriti daripada pencapaian yang disebutkan di atas. 

Jika anda perasan yang dia gagal mencapai kebanyakkan milestone, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor atau ahli yang pakar.

Golongan profesional ini akan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah percakapan si kecil.

Nota: Senarai perkembangan bahasa awal kanak-kanak ini telah disediakan oleh Ahli Terapi Ucapan, Isabel Tan.

Sumber rujukan: theasianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila sepatutnya anak anda sudah boleh bercakap?

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • 36 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Si Manja Anda WAJIB Capai Sebelum Usia 7 Tahun
Kongsikan:
  • Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

    Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

  • Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

    Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

    Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

  • Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

    Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.