Bila sepatutnya anak anda sudah boleh bercakap?

lead image

Antara pertanyaan yang sering diajukan oleh ibu ayah adalah: Apakah umur anak boleh bercakap? Adakah anak saya lambat atau terlalu cepat bercakap? Perlukah saya risau?

Pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya: bila umur anak boleh bercakap? Adakah pada usia 2 tahun? Atau 3 ke 4 tahun? Sebenarnya, setiap anak kecil mempunyai keupayaan perkembangan bahasa dan ucapan yang berbeza.

Dalam erti kata lain, ia akan berlaku apabila anak anda sudah bersedia. Namun, jika kita merujuk kepada ahli pakar, contohnya ahli pathologi ucapan, sudah ada panduan milestone yang menerangkan umur anak boleh bercakap.

Mari kita lihat setiap milestone perkembangan bahasa dan ucapan kanak-kanak.

Umur anak boleh bercakap – Sebelum lahir

Sebelum lahir, keupayaan pertama yang akan dicapai oleh anak anda adalah keupayaan mendengar.

Bahagian dalam telinga terbentuk pada usia gestasi minggu ke-16. Namun, apa yang didengari oleh bayi dalam rahim adalah berbeza ketika mendengar di dunia luar.

Ini kerana bayi dikelilingi oleh cecair amniotik dan juga liputan dalam badan si ibu. Jadi, pendengaran si kecil dalam kandungan adalah lebih terhad.

Anda nak tahu bunyi apakah yang paling jelas didengari oleh bayi ketika dalam rahim? Bunyi suara ibunya!

Apabila si ibu bercakap, bunyi suaranya bergetar di seluruh tubuh dan tulang si ibu dan ini menyebabkan bayi mudah mendengar suara ibunya sendiri.

Selepas dilahirkan

umur anak boleh bercakap, umur bayi boleh bercakap, usia bayi boleh bercakap, usia anak boleh bercakap, bila bayi boleh bercakap, anak lambat bercakap, bila anak boleh bercakap

Kredit: Readrightfromthestart.org

Apabila dilahirkan pula, perkembangan komunikasi mula terbina dan ia dimulai dengan tangisan. Tangisan bayi membawa seribu satu mesej – lapar, mengantuk, sakit, ingin didukung, tidak selesa, dan sebagainya.

Kemudian, anak kecil itu pula akan mula membuat bunyi, biasanya bunyi vokal seperti “aaa…” atau “ooo…”.

Bayi juga mula belajar menjerit dan membuat pelbagai jenis bunyi sekitar usia 4 bulan. Mereka mula berminat dengan memek wajah orang di sekelilingnya dan berbalas komunikasi dengan menghasilkan bunyi.

Antara umur 7 ke 10 bulan

Pada usia ini, anak anda sepatutnya sudah boleh menghasilkan beberapa suku kata. Kata-katanya itu boleh diumpamakan seperti minion bercakap!

Si kecil anda sepatutnya boleh menghasilkan bunyi seperti “bababa” atau “tatata”. Mereka akan mengeluarkan bunyi ini ketika bermain, mengekspresikan emosi atau ketika melihat wajah ibu bapanya.

Antara umur 10 ke 12 bulan

umur anak boleh bercakap, umur bayi boleh bercakap, usia bayi boleh bercakap, usia anak boleh bercakap, bila bayi boleh bercakap, anak lambat bercakap, bila anak boleh bercakap

Kredit: Ilati.com

Umur anak boleh bercakap yang seterusnya adalah pada usia 10 ke 12 bulan. Mereka sepatutnya sudah mampu menggabungkan bunyi vokal dan konsonan dan membuat bunyi seperti “abudamimataka…”. Ya, anda mungkin tidak memahaminya tetapi tidak mengapa!

Pada usia ini juga, si kecil anda sudah boleh bercakap beberapa perkataan pertama dalam hidupnya. Mereka juga sudah boleh memahami arahan mudah seperti “duduk, byebye, kiss.”

Antara umur 12 ke 18 bulan

Pada ketika ini, perkataan bermakna sepatutnya sudah boleh diluahkan oleh anak anda; terutamanya perkataan untuk objek yang sering dilihatnya. Vokabulari si kecil juga sudah semakin bertambah dan mantap.

Pada umur 18 bulan pula, kanak-kanak sudah boleh bercakap 10 perkataan yang bermakna dan memahami lebih kurang 50 perkataan. Apabila menjengah usia 24 bulan, 250 perkataan sepatutnya sudah boleh difahami.

Frasa pendek seperti “mana mummy?” atau “nak susu” juga boleh diluahkan olehnya.

Umur anak boleh bercakap – 3 tahun

umur anak boleh bercakap, umur bayi boleh bercakap, usia bayi boleh bercakap, usia anak boleh bercakap, bila bayi boleh bercakap, anak lambat bercakap, bila anak boleh bercakap

Kredit: Sheknows.com

Pada umur ini, anak anda boleh memahami sehingga 400 perkataan. Ia kemudiannya akan naik secara mendadak sehingga 20,00 perkataan apabila mencecah usia 6 ke 7 tahun!

Jika anak anda tidak menunjukkan sebarang respon atau tidak memahami arahan ringkas selepas umur 18 bulan, anda boleh membawanya berjumpa dengan pediatrik atau doktor kanak-kanak.

Anda juga turut boleh mendapatkan konsultasi daripada terapi ucapan dan bahasa atau pakar psikologi klinikal untuk penilaian.

Ada juga beberapa kes di mana kanak-kanak lambat bercakap, tapi mereka kemudiannya masih mampu mengejar dan menguasai bahasa dengan baik, walaupun pada umur sedikit lambat berbanding rakan sebayanya.

Namun, kami menasihatkan anda berhati-hati dan tidak mengabaikan terus ketidakmampuan si kecil anda. Teruskan memantau dan dapatkan nasihat doktor jika anda ingin mendapatkan kepastian tentang pencapaian bahasa si kecil anda.

 

 

 

Terjemahan daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak lambat cakap bukan bermaksud menghidap gangguan autisme!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner