TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cuti Jaga Anak Sakit & Kuarantin: Syarat, Berapa Hari Cuti Dan Pelaksanaan, Penting Untuk Parents Bekerja

6 min bacaan
Cuti Jaga Anak Sakit & Kuarantin: Syarat, Berapa Hari Cuti Dan Pelaksanaan, Penting Untuk Parents Bekerja

Cuti jaga anak sakit berjangkit memang dikhaskan untuk penjawat awam. Kemudahan ini membolehkan parents cuti tanpa mengambil cuti tahunan.

Sebagai ibu ayah yang bekerja, apabila anak tidak sihat mesti timbuk sedikit kerisauan kerana tidak boleh hantar anak ke pengasuh atau nurseri. Lebih-lebih lagi jika anak sakit lama. Jadi anda perlu ambil cuti jaga anak sakit atau dipanggil CMA. Bagaimanakah pelaksanaannya? 

Isi Kandungan

  • Apakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?
  • Kelayakan
  • Pelaksanaan
  • Senarai Penyakit Berjangkit
  • Soalan Lazim Cuti Menjaga Anak Kuarantin
  • Maklumat Lanjut

Apakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, telah berkuat kuasa sejak 4 Mac 2022.

Dalam rangka kemudahan ini, jika anak anda perlu dikuarantin atas sebab-sebab penyakit berjangkit anda berhak mendapatkan cuti untuk menjaga anak yang dikuarantin (dengan maksimum 5 hari).

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan merupakan pindaan kepada Kemudahan Cuti Kuarantin yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2017.

Sebelum ini, senarai penyakit berjangkit yang diliputi terhad kepada 6 penyakit yang tersenarai iaitu HFMD, denggi, campak (measles), chicken pox, difteria dan malaria. Kini, terdapat tambahan “lain-lain penyakit berjangkit” yang memberikan lebih banyak kemudahan cuti jaga anak sakit kepada ibu bapa yang bekerja.

Kelayakan

Pegawai kerajaan boleh mendapatkan cuti maksimum selama 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; atau mengikut mana yang lebih rendah, termasuk pindaan yang merangkumi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Bagi pegawai yang memerlukan tempoh tambahan, bolehlah memohon Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas, atau cuti lain yang berkelayakan.

Pegawai yang layak untuk mendapatkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.

Syarat bagi anak yang dikuarantin adalah:

  • Berumur di bawah 18 tahun atau masih dalam proses pendidikan sehingga usia 21 tahun.
  • Tidak kira umur bagi mereka yang mengalami cacat otak atau kehilangan upaya jasmani secara kekal, serta tidak mampu untuk menjaga diri sendiri. Syaratnya, kecacatan otak atau kehilangan upaya jasmani secara kekal itu telah berlaku sebelum anak mencapai usia 21 tahun.

Pelaksanaan

Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara

Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Edaran.

Senarai Penyakit Berjangkit

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease (HFMDI))
  • Demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Campak (Measles)
  • Chickenpox
  • Difteria
  • Malaria
  • Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta (Contoh: Influenza A / B)

cuti menjaga anak, cuti menjaga anak sakit

Soalan Lazim Cuti Menjaga Anak Kuarantin

Bilakah pemakaian peraturan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan ini berkuat kuasa?
Pemakaian peraturan ini berkuat kuasa mulai 4 Mac 2022.

Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta?
Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan) sahaja dan bukannya atas nama pegawai.

Apakah jenis penyakit berjangkit yang boleh menggunakan kemudahan cuti ini?
Jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana tersenarai di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
atau swasta.

Sekiranya anak pegawai menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta, adakah pegawai layak menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan
tersebut?
Tidak Layak. Pegawai hanya layak menggunakan cuti jaga anak sakit atau Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan sekiranya anak pegawai yang dijangkiti penyakit berjangkit tersebut mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin atau diasingkan.

Berapa lama tempoh yang diberikan bagi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan?
Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bolehkah Ketua Jabatan mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah walaupun anak pegawai diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin
atau diasingkan?
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 : Dasar Bekerja dari Rumah.

Anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan, adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan?
Sekiranya anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan:
(i) pegawai yang merupakan kontak rapat boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya situasi anak yang dijangkiti COVID-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum; atau
(ii) Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR) apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah.

Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan.
Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
(i) pegawai yang anaknya tidak dijangkiti penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan
(ii) pegawai yang anaknya sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin dalam mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit.
(iii) pegawai yang menjadi kontak rapat kepada anak yang positif COVID-19 dan menerima Perintah Pengawasan dan
Pemerhatian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit {Akta 342}.

Maklumat Lanjut

Maklumat perhubungan berkaitan perkara ini boleh diajukan ke talian 03-8885 5609/ 03-8885 5689 atau e-mel ke [email protected].

Kongsikan juga artikel ini dengan rakan sejawat supaya mereka juga turut maklum tentang kemudahan ini.

Semoga bermanfaat.

Jpa.gov.my, Lizzaeusoff.blogspot.my,  Mstar

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tersalah Cari Pengasuh Anak Yang Baik, Guna Senarai Semak Lengkap di Sini

Baca juga: Anak Mengeluh Minta Ibu Lahirkannya Semula Ke Dunia, Penat Tulis Nama Panjang

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cuti Jaga Anak Sakit & Kuarantin: Syarat, Berapa Hari Cuti Dan Pelaksanaan, Penting Untuk Parents Bekerja
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham