X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Terpaksa Kurung Anak Sakit Mental Hingga Mati, Tiada Duit & Tidak Tahu Cara Merawatnya

5 min bacaan
Ibu Terpaksa Kurung Anak Sakit Mental Hingga Mati, Tiada Duit & Tidak Tahu Cara Merawatnya

Sakit mental yang berlaku kepada anak sedang membesar membuatkan ibu ayah berasa bimbang dan turut tertekan. Ini tips berguna buat anda!

Setiap ibu ayah pastinya mengharapkan anak-anak membesar dengan sihat dan berjaya. Memandangkan kini kita meneruskan kehidupan zaman moden yang menuntut pelbagai kesempurnaan, ada di antara anak menderita sakit mental pada usia belasan tahun.

Tidak dinafikan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai punca seperti tekanan hidup, keturunan, masalah keluarga, faktor pendidikan dan hubungan dengan orang sekeliling.

Kisah ibu terpaksa mengurung anak sakit mental dalam tempoh yang lama

anak sakit mental

credit to sources

Pada 27 Mei yang lalu, saluran berita Sky News melaporkan seorang ibu berusia 74 tahun telah mengurung anak lelakinya yang dipercayai sakit mental dalam sebuah kurungan selama lebih satu abad di Kampung Lijiachong daerah Ruichang, China.

Keputusan itu diambil apabila Wu Yuanhong, kini 28 tahun, memukul seorang remaja berusia 13 tahun sehingga mati ketika beliau sendiri berusia 15 tahun dan disahkan mengidap schizophrenic.

“Untuk mengurung dia dalam kurungan dengan tangan sendiri adalah amat sukar, seperti ditikam dengan pisau. Setiap kali saya memberi makan, saya akan duduk dekat kurungannya dan menangis. Sekarang, air mata saya telahpun kering” luah si ibu.

Ramai lagi pesakit mental di China tidak mendapat rawatan sepatutnya kerana kekurangan sumber dan ahli profesional bertauliah, terutama di luar bandar.

Menurut Kementerian Kesihatan China, dalam tahun 2010 hanya terdapat sekitar 20,000 ahli psikiatri bagi menampung keperluan 1.35 bilion penduduk. Dianggarkan dalam tahun 2009, sebanyak 170 juta orang menghidap sakit mental manakala 16 juta merana sakit mental yang teruk.

Ramai ibu ayah tertekan apabila berdepan situasi anak sakit mental

Di Malaysia pada 3 September 2011, seorang ibu di Kampung Gong Manak daerah Cherang Ruku, Kelantan dilaporkan oleh Harian Metro telah mengurung anak lelakinya di sebuah bangsal kerana bimbang akan mengamuk dan bertindak ganas.

Selepas kematian suaminya, dia tidak mampu mengawal anaknya yang mengidap penyakit misteri sejak berusia 21 tahun.

Walaupun dimarahi dan dihina penduduk setempat, Puan Rokiah Majid yang ketika itu berusia 57 tahun memekakkan saja telinga kerana hanya dia lebih mengetahui penderitaan anaknya itu.

panduan jaga anak sakit mental

credit to sources

Lain pula kisahnya di Kansas City, USA. Pada 24 Jun 2012, seorang ibu telah dipenjarakan kerana mengurung anak perempuannya berusia 10 tahun dalam almari tanpa membenarkan dia keluar untuk makan, tidur atau ke bilik air.

Beliau hanya seberat kira-kira 14kg ketika ditemui dan terdapat beberapa kesan luka pada badan. Tiada siapa tahu tentang anak sulung Jacole Prince, 29 sejak mereka tinggal di situ.

Menurut kanak-kanak tersebut, almari itulah bilik tidurnya. Dia tidak dibenarkan makan bersama ibu dan kedua-dua adik perempuannya atau bermain bersama mereka. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan keluar dari almari tersebut selama 2 hari dan sentiasa dipukul kerana terkencing dalam seluar.

Penyakit mental juga boleh terjadi pada kanak-kanak

Masyarakat umum agak asing dengan pendidikan pesakit mental. Mencari maklumat berkaitan penjagaan pesakit dalam kalangan kanak-kanak juga agak mencabar. Kajian terdahulu hanya dilakukan terhadap pesakit dewasa kerana simptom yang ditunjukkan seringkali disalahanggap sebagai perangai buruk kanak-kanak.

Atas kesedaran bahawa pesakit dewasa ada yang mengidapnya sejak lahir, kajian mula dijalankan bagi memahami apa yang normal dan tidak pada kelakuan kanak-kanak. Namun, umum mungkin tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya melainkan mengurung dan mengasingkan mereka.

Panduan menjaga anak sakit mental

Bagi anak-anak pesakit mental, tiada penjagaan khas yang berbeza daripada anak-anak normal. Jika anda mengambil keputusan untuk menjaga sendiri, anda harus sentiasa sedar hakikat keadaan mereka agar dapat berinteraksi dan memberi reaksi yang betul dan rasional.

1. Halusinasi dan delusi tiada kaitan langsung dengan realiti. Tidak membantu jika anda berbincang dengan mereka untuk ‘mengeluarkan’ mereka daripada ‘kepercayaan’ itu.

jenis penyakit gangguan mental

credit to sources

2. Sakit biologikal ini tidak boleh ‘dibetulkan’ seperti penyakit kencing manis atau kemurungan. Namun menangani komplikasi sosial anak-anak dapat membantu.

3. Akui keberanian dan kekuatan anak-anak yang ditunjukkan apabila mereka berhadapan dengan gangguan mental.

4. Memahami fakta tentang gangguan mental dapat membina perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap mereka. Mintalah maklumat lanjut yang tepat daripada pakar.

5. Simptom yang datang disebabkan gangguan akan berubah mengikut masa dan keadaan. Ini membuatkan jangkaan terhadap mereka satu cabaran – pastikan anda sentiasa fleksibel.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Tips berdepan pesakit mental dengan betul

Heiddi Zalamar, seorang kaunselor kesihatan mental berkongsi 3 tip ketika menghadapi mood pesakit mental yang kurang baik. Beliau juga ibu kepada seorang kanak-kanak pesakit mental.

1. Tarik diri daripada situasi tersebut, bukan secara fizikal tetapi emosi. Mereka kadangkala berkelakuan menjengkelkan dan akan membangkitkan kemarahan anda jika anda benarkan.

2. Mereka mungkin menggunakan perkataan yang kurang baik untuk menyakiti, tetapi anda tidak perlu lakukan perkara sama. Ia hanya akan memanjangkan perkara negatif dan menjadi tidak produktif.

3. Pilih perkataan dengan baik ketika memberikan reaksi. Anak-anak ini sangat sensitif walaupun terhadap kritikan yang membina. Perkataan yang betul dapat menghentikan sikap negatif dan membantu mereka mengambil sikap positif.

Sebagai penjaga, kesihatan anda amat penting. Dapatkan makanan bernutrisi dan rehat yang cukup serta sokongan spiritual dan keagamaan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tingkah Laku Anak Berubah Mungkin Disebabkan Gangguan Mental, Ibu Sila Alert Masalah Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Terpaksa Kurung Anak Sakit Mental Hingga Mati, Tiada Duit & Tidak Tahu Cara Merawatnya
Kongsikan:
  • Fakta Penting Tentang Cuti Menjaga Anak (CMA) Setiap Penjawat Awam Perlu Tahu, Lagi-Lagi Jika Anak Kerap Sakit

    Fakta Penting Tentang Cuti Menjaga Anak (CMA) Setiap Penjawat Awam Perlu Tahu, Lagi-Lagi Jika Anak Kerap Sakit

  • 5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

    5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Fakta Penting Tentang Cuti Menjaga Anak (CMA) Setiap Penjawat Awam Perlu Tahu, Lagi-Lagi Jika Anak Kerap Sakit

    Fakta Penting Tentang Cuti Menjaga Anak (CMA) Setiap Penjawat Awam Perlu Tahu, Lagi-Lagi Jika Anak Kerap Sakit

  • 5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

    5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.