TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Muka Lebam & Tangan Diikat, Pasangan Ini Sanggup Biarkan Anak Autisme Dalam Kandang Kambing

11 Sep, 2020
Muka Lebam & Tangan Diikat, Pasangan Ini Sanggup Biarkan Anak Autisme Dalam Kandang Kambing

Sepasang suami isteri sanggup dera anak dengan biarkannya duduk dalam kandang kambing seharian ketika mereka keluar bekerja. Keadaan fizikalnya penuh lebam.

Kes dera anak bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat dunia. Meskipun sudah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, namun nilai keibubapaan kini semakin berkurang sehingga ada ibu ayah yang sanggup mencederakan, merogol malah membunuh anak kandungnya sendiri.

Setiap anak-anak yang dilahirkan sewajarnya diberikan kasih sayang dan perhatian. Mereka adalah amanah dari sang pencipta serta melengkapi kehidupan berumah tangga.

Kes dera anak autisme, biarkannya duduk dalam kandang kambing

ibu bapa dera anak

credit to sources

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, GF,  yang kurang upaya dari Kulon Progo, Yogyakarta dipercayai telah diseksa oleh ibu ayahnya sendiri, HB dan FH. Pasangan ini telah meletakkan anak mereka di kandang kambing yang terletak belakang rumah.

”Kanak-kanak malang terbabit telah diabaikan dan didera oleh ibu ayah kandungnya. Penduduk kampung menyedari akan hal ini ketika mengunjungi kediamanan pasangan berkenaan,” ujar salah seorang saksi.

Ketika dijumpai, anak kecil berkenaan dilihat dalam keadaan cukup menyedihkan kerana seluruh badannya mempunyai kesan lebam dan kotor akibat najis kambing.

Dengan bantuan penduduk kampung, mangsa telah dibawa ke Hospital Wates dan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Dia kini menerima rawatan selama 21 hari.

Menurut keterangan saksi, dia berasa sungguh kecewa kerana masih ada ibu bapa yang langsung tidak berhati perut, bersikap lepas tangan dan dera anak. Sebelum ini kanak-kanak berkenaan sering dilihat berkeliaran dan merosakkan harta benda di kediamannya.

Setelah serbuan oleh pasukan polis tempatan dilakukan, mereka berjaya menjumpai beberapa bukti seperti kayu dari kandang kambing, kayu bakar, tali dan mangkuk plastik untuk dimakan.

Walau bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah kerana mereka langsung tidak mengabaikan anak sepanjang hari. Dia mengaku bahawa meninggalkan kanak-kanak berkenaan ketika keluar bekerja pada waktu siang.

Sering dilihat merayau sendirian

dera anak letak kandang kambing

credit to sources

”Dia pernah mengamuk dan keluar dari rumah. Beberapa kali juga hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang lalu-lalang.” jelas pasangan berkenaan. 

Seterusnya, anak kurang upaya berkenaan dijaga oleh neneknya di kampung dan meninggalkan ibu ayahnya.

”Pada 6 bulan yang lalu, GF pernah meninggalkan kediaman berkenaan dan dia telah dijumpai oleh penduduk. Kemudian dibantu oleh ketua kampung untuk menghantarnya semula ke rumah.”

Mangsa penderaan ini sebenarnya anak kurang upaya yang mengalami kecacatan autistik. Proses penjagaan hariannya turut memerlukan sejumlah besar wang. Justeru, pihak berwajib sudah menyalurkan bantuan dari pertubuhan untuk membiayai segala keperluannya termasuklah pendidikan.

Tips membesarkan anak yang kurang upaya

Tidak dinafikan, ia adalah satu tugas yang amat sukar dan mencabarkan untuk memberikan bimbingan, kasih sayang serta sokongan terhadap anak-anak kurang upaya.

Justeru, kami telah menyenaraikan beberapa tips mudah ini agar sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam seharian iaitu:

#1. Melibatkan diri secara aktif

Setiap ahli keluarga hendaklah mengambil bahagian dalam memilih keputusan tentang perkhidmatan dan gaya jagaan terbaik untuk anak kurang upaya.

Sebenarnya, semakin aktif penglibatan ahli keluarga, semakin si manja bersemangat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

#2. Mendapatkan rawatan awal

dera anak autisme

foto: utm newshub

Stories Rakan Kongsi
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season

Rawatan secara awal sekaligus dapat membantu memaksimumkan potensi kanak-kanak dan mengurangkan beban penyakit dihidapinya. Pengalaman awal seorang kanak-kanak memainkan peranan kritikal bagi perkembangan otak serta mendedahkan diri mereka dengan persekitarran yang selamat.

#3. Lupakan apa yang orang lain kata

Jika anda terlalu mendengar stigma masyarakat sekeliling, ia secara tidak langsung telah menyumbang kepada tahap psikologi yang rendah dan mendedahkan diri sendiri terhadap tekanan. 

Justeru, ibu ayah perlu memastikan diri menerima takdir akan kekurangan yang dimiliki oleh anak dan yakin sepenuhnya untuk berdepan dengan manusia di sekeliling.

Apa yang penting adalah tiada jalan pintas untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. Setiap hari adalah proses kehidupan, ibu ayah perlu bimbing tangan si manja serta melengkapkan hidupnya dengan pelbagai kemahiran baru.

Hal ini adalah untuk menyokong diri anak-anak berkembang maju seiring kanak-kanak yang normal lain.

Sumber: Kompas, Mypositive parenting

Gambar sekadar hiasan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-makan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Muka Lebam & Tangan Diikat, Pasangan Ini Sanggup Biarkan Anak Autisme Dalam Kandang Kambing
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham