Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!

Baru seminggu bersalin, sudah keluar rumah pergi ke kelas breastfeeding, kelas parenting, bawa baby berjumpa sanak saudara...tak sayang badan ke?
Waktu berpantang merupakan tempoh terbaik untuk memulihkan kesihatan tubuh wanita selepas bersalin. Tetapi ada sesetengah wanita yang keluar rumah seawal seminggu selepas bersalin!
Kebanyakkan wanita pastinya masih merasai kesakitan selepas bersalin, tetapi lain pula dengan segelintir wanita yang 'berani' ini. Adakah badan wanita bersalin sudah sembuh sepenuhnya dalam masa 7 hari?
Risiko Wanita Keluar Rumah Seminggu Selepas Bersalin
Mungkin ada yang merasakan, mustahil bagi ibu baru bersalin keluar berjalan-jalan di pusat membeli belah atau keluar malam pada waktu ini jadi tidak ada yang melakukannya.
Hakikatnya ya, ada yang melakukannya dengan alasan ingin membeli baju bayi, menghadiri keramaian dan alasan yang paling tidak boleh diterima akal, bosan berpantang di rumah!
#1 Luka Masih Belum Baik
#2 Badan Mudah Masuk Angin
#3 Emosi Mudah Terganggu
#4 Risiko Kemurungan
Selepas bersalin, emosi dan fizikal ibu masih lemah yang memerlukan penjagaan rapi. Wanita mengeluarkan darah yang banyak, pasti masih merasa sakit dan mudah terkena jangkitan, malah pada bayi juga.
Pelbagai faktor di luar jangkaan menyebabkan kesedihan mulai terasa. Akibatnya ada ibu tertekan sehingga murung dan lebih teruk lagi meroyan disebabkan situasi ini.
#5 Kesihatan Rahim
Anda berpantang dengan ibu sendiri atau ibu mertua?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
"Curfew" Untuk Remaja Keluar Waktu Malam Akan Dipertimbang, Ini 5 Tips Didik Anak Remaja
Jahitan Bersalin Czer Ibu Ini Terbuka Masa Dia Membongkok Dalam Bilik Air, Ngeri!
Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?
Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z