Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!

Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!

Pihak theAsianparent bertemu dengan dua pelajar cemerlang yang berkongsi rahsia kejayaan akademik mereka. Ini rahsianya!

Lim Yen Xi, 5 tahun suka menonton kartun manakala Julia Johnson, 12 tahun, pula gemar bermain bola sepak. Walaupun kedua-duanya mempunyai personaliti yang sangat berbeza, mereka mempunyai satu persamaan iaitu mereka menghadiri kelas Kumon.

Menerusi Kumon, kedua-dua anak muda ini kini mampu mempelajari silibus melebihi gred asalnya di sekolah. Buktinya, walaupun hanya 7 bulan belajar di Kumon, Yen Xi kini semakin bagus dalam pembacaan dan penulisan Bahasa Inggeris malah kebolehannya 2 tahun melebihi tahap sukatan pelajaran di sekolahnya!

Bagi Julia pula, dia kini mempelajari Matematik gred pra-universiti walaupun usianya hanya 12 tahun! Ini bermakna dia kini sedang mempelajari silibus 8 tahun melebihi rakan-rakan sebayanya di sekolah.

Memperolehi Kemahiran Hidup yang Penting

Apabila ditanya sama ada Kumon membantu dalam pelajarannya, Yen Xi dengan cepat menjawab, "Ya!"

testimoni kumon

"Saya berlatih sehingga fasih," kata Yen Xi dengan bangga sambil menjelaskan dia melatih penulisan dan kemahiran membacanya dengan menggunakan CD untuk memperbaiki Bahasa Inggerisnya.

Julia pula mengatakan Kumon telah mengajarnya cara-cara mengatasi masalah dan cabaran, suatu kemahiran yang telah diterapkan untuk juga menguasai mata pelajaran yang lain. Katanya lagi, dia kini lebih memahami kepentingan disiplin dan fokus.

kumon malaysia

"Tidak kira bagaimana perasaan saya rasa hari itu, saya tetap akan menyiapkan kerja sekolah saya," katanya sambil menyatakan cara proaktifnya dalam memperuntukkan masa setiap hari untuk membuat lembaran kerja Kumon.

"Apabila saya mampu menyelesaikan lembaran kerja Kumon yang sukar, saya lebih bermotivasi untuk mencuba lembaran kerja tahap seterusnya," kata Julia.

"Saya tahu saya boleh mencapai apa sahaja jika minda saya yakin dan saya akan belajar bersungguh-sungguh," tambahnya lagi.

Malah, kedua-dua ibu bapa Yen Xi dan Julia mula mendapati bahawa anak-anak mereka lebih yakin dan berdikari.

"Saya tidak perlu mengingatkan Julia untuk menyiapkan lembaran kerja Kumon walaupun semasa cuti Krismas. Dia masih akan menyiapkan lembaran kerja Kumon kerana ia adalah sebahagian daripada jadualnya," kata ibu Julia.

Ibu Yen Xi berkata kaedah Kumon telah membuat pembelajaran menyeronokkan buat anaknya, dan pelajarannya juga semakin baik.

Tambah ibu Yen Xi, "Kumon memupuk semangat membaca dengan kaedah yang menarik. Saya tidak memberi tekanan kepada dia, malah dia akan membaca setiap malam dan juga melengkapkan lembaran kerja Kumon setiap hari. 

Mencungkil Potensi Kanak-Kanak dengan Sepenuhnya

Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!

Atas perubahan positif ini, mereka membuat kesimpulan yang kejayaan akademik anak-anak mereka adalah kerana pembelajaran mereka di Kumon!

Mereka berpendapat bahawa Kumon telah mewujudkan ekosistem yang kondusif di mana kerjasama ibu bapa dengan pengajar Kumon berjaya membentuk anak-anak supaya menjadi pelajar yang lebih cekap.

Salah satu kaedah pendidikan Kumon memerlukan pelajar untuk melengkapkan lembaran kerja Kumon setiap hari, dan ini jelas membuahkan hasil kepada Yen Xi dan Julia. Mereka bukan sahaja lebih pintar, malah lebih pantas dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri!

Disiplin bukan semata-mata untuk menyelesaikan kerja rumah atau hanya untuk fokus dalam kelas. Malah para pelajar sendiri menyedari akan manfaat 'menangguhkan' ganjaran segera, dan sebaliknya mengutamakan hasil yang lebih bermanfaat di masa akan datang!

Kebanyakan pelajar Kumon mempunyai matlamat yang lebih besar dalam fikirannya, iaitu untuk mendapat pengiktirafan 'Advanced Students' di mana mereka belajar melebihi gred asal di sekolah.

Yen Xi dan Julia telah membentuk identiti yang kuat dan pendirian yang positif. Mereka lebih berdisiplin, bermotivasi, tekun dan tekad bagi menghadapi cabaran dan tekanan rakan sebaya di masa hadapan.

Inilah cara Kumon - untuk membuka kunci potensi kanak-kanak supaya mereka lebih berdikari, mempunyai pemikiran kritis, berdisiplin dan tekun - kesemuanya merupakan kemahiran hidup penting dan kritikal dalam tahun-tahun pembesaran mereka.

Bukan sahaja Kumon memupuk pembelajaran positif dalam kanak-kanak, ia juga mengajar kanak-kanak cara pembelajaran sendiri dengan panduan yang minima.

belajar kumon di rumah

Teknik Pembelajaran Yang Optimum

"Saya suka bahawa Kumon tidak mengikut umur, seperti sekolah. Kumon mengikut kemampuan pelajar tersendiri,"kata ibu Julia.

Dengan mengambil kira pemikiran pembelajaran kendiri, kaedah Kumon direka khusus untuk membolehkan pelajar maju dengan lancar dan progresif. Kanak-kanak akan belajar pada tahap yang sesuai untuk mereka, yang dikenali sebagai tahap "paling optimum".

Tahap "paling optimum" bermaksud pelajar ditempatkan pada tahap Kumon yang paling sesuai untuk mereka pada masa ini, mengikut keupayaan dan tahapnya. Di Kumon, tidak ada rancangan pelajaran yang sama untuk semua pelajar, malah setiap pelan disesuaikan dengan tahap pemikiran pelajar masing-masing!

Kumon adalah pusat pembelajaran terbesar dan terkenal di dunia dengan lebih 4 juta pelajar yang kini mendaftar di 51 negara dan wilayah.

Sejak penubuhan Kumon di Malaysia pada tahun 1997, kini terdapat lebih daripada 200 pusat di seluruh negara. baru-baru ini, 5 pusat baru Kumon telah dibuka di Bintulu (Sarawak), Bukit Jalil (Kuala Lumpur), Taman Putra Utama (Perlis), Bandar Baru Tunjong (Kota Bahru, Kelantan) dan Jalan Semariang (Kuching, Sarawak).

Kini, Kumon Malaysia diiktiraf dan disahkan oleh ibu bapa dan keluarga sebagai pilihan terbaik yang mampu membantu kanak-kanak menguasai Bahasa Inggeris dan Matematik dengan mudah dan berpotensi untuk mencapai pembelajaran melebihi gred asalnya di sekolah, berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Ingin lebih mengetahui Kumon? Daftarlah anak anda di Kumon sempena kempen "Hujung Tahun Istimewa"! 

buku kumon pdf

Anak anda boleh menikmati kelas Kumon selama 1.5 bulan dengan bayaran 1 bulan sahaja. Promosi ini terbuka kepada pelajar baru serta pelajar sedia ada yang ingin mengambil subjek tambahan. Promosi ini boleh didapati di semua pusat Kumon di seluruh negara, kecuali pusat Kumon Vista Kiara. Sila daftar sebelum 7 November untuk menerima beg Kumon PERCUMA! *

Lawati https://kumonmalaysia.com/promotion untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner