X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Hadapi Cabaran Berbeza Sama Ada Di Bandar & Luar Bandar, Salute Dua-Duanya!

4 min bacaan
Ibu Hadapi Cabaran Berbeza Sama Ada Di Bandar & Luar Bandar, Salute Dua-Duanya!Ibu Hadapi Cabaran Berbeza Sama Ada Di Bandar & Luar Bandar, Salute Dua-Duanya!

Peranan seorang ibu pastinya mempunyai satu persamaan yang ketara, ia penuh dengan kasih sayang dan semuanya dilakukan kerana anak-anak yang tercinta!

Adakah perbezaan di antara ibu bandar dan luar bandar? 

Menjadi seorang ibu tentunya merupakan satu cabaran khususnya pada waktu kini. Keperluan anak-anak semakin bertambah, malah pendidikan semakin penting sejajar dengan peredaran zaman yang menjadikan tanggungjawab ibu ayah semakin banyak!

Mengapakah Terdapat Perbezaan Di Antara Ibu Bandar dan Luar Bandar?

bandar dan luar bandar, ibu moden, peranan ibu, cabaran menjadi ibu, tangungjawab ibu, ibu yang baik, cabaran ibu tunggal, pengorbanan ibu, ibu terbaik, hadiah buat ibu

sumber: marcad.com

Di zaman yang kian membangun, prestasi hidup juga semakin meningkat, namun kehidupan di luar bandar masih ada perbezaan ketara berbanding penduduk bandar.

Perbezaan yang berlaku di antaranya walau bagaimanapun masih mengikut arus perkembangan negara namun setiapnya mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan tersendiri.

5 Cabaran Yang Berbeza Buat Para Ibu…

Berikut merupakan perbandingan di antara ibu bandar dan luar bandar.

#1 Pengurusan Masa

Kehidupan di bandar tentunya penuh dengan kesesakan lalu lintas, tambahan lagi dengan jumlah kenderaan yang banyak! Makin merungsingkan bila waktu persekolahan pada awal pagi dan jarak sekolah pula agak jauh dari rumah.

Jadinya ibu dan anak-anak perlu mengurus masa dengan baik seperti bangun awal, menyiapkan pakaian malam sebelumnya,dan perlu tidur awal untuk keesokkan harinya.

Ibu Hadapi Cabaran Berbeza Sama Ada Di Bandar & Luar Bandar, Salute Dua-Duanya!

Sebaliknya, kebanyakan ibu luar bandar tidak perlu menghadapi masalah ini. Keadaan lalu lintas tidak begitu sesak seperti di bandar, dan kanak-kanak tidak perlu bangun terlalu awal.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, keluarga boleh meluangkan masa untuk bermain atau melakukan perkara lain, maka waktu tidur ibu dan anak-anak juga tidak terganggu.

#2 Persaingan

Di bandar, para ibu tentunya lebih tertekan dengan persaingan dalam pelbagai perkara. Persaingan yang dimaksudnya adalah dalam hal pembelajaran anak, soal urusan keluarga dan pekerjaan.

Wanita di bandar kebanyakkan bekerja di samping menguruskan keluarga dan anak-anak, sambil perlu menguruskan diri sendiri.

Para wanita yang bergelar ibu masing-masing cuba untuk menyesuaikan keadaan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga, malah melakukan perkara yang kebanyakkan dilakukan oleh para lelaki di luar bandar!

Ibu di luar bandar lebih kurang tekanannya malah kebanyakkan dari mereka tidak bekerja, dan hanya menjaga keperluan suami dan anak-anak sahaja.

#3 Kos Hidup

Kos hidup pastinya sesuatu yang paling ternyata perbezaannya antara bandar dan luar bandar.

Akibat kos sara hidup yang lebih tinggi di bandar, kebanyakkan ibu perlu bekerja bagi membantu kewangan keluarga bagi membayar bil-bil, yuran sekolah anak dan masih perlukan wang untuk penampilan diri sendiri, khususnya sebagai wanita bekerjaya.

Cabaran yang perlu dialami ibu di bandar bukan sahaja meliputi membayar bil-bil rumah sahaja, malah bagi memenuhi keinginan anak-anak di bandar yang tentunya lebih sukar untuk dituruti!

bandar dan luar bandar, ibu moden, peranan ibu, cabaran menjadi ibu, tangungjawab ibu, ibu yang baik, cabaran ibu tunggal, pengorbanan ibu, ibu terbaik, hadiah buat ibu

sumber: getty images

Ibu di luar bandar pula tidak perlu risaukan kos hidup yang tinggi kerana rata-rata barangan di luar bandar lebih murah, malah ada yang mengusahakan tanaman sendiri. Beruntungnya mereka!

#4 Kemudahan

Berlainan pula dengan faktor kemudahan di mana di bandar, lebih banyak kemudahan yang disediakan kepada orang ramai.

Bagi para ibu khususnya, di sebalik kos tinggi dan sebagainya, banyak perkara yang disediakan untuk memudahkan para ibu.

Antaranya bilik menyusu di setiap mall, mudah mendapatkan barangan anak-anak, senang mendapatkan pengasuh bertauliah (pastinya dengan sedikit pengeluaran kos!) dan kemudahan kafe mesra kanak-kanak yang menyenangkan ibu untuk beriadah bersama rakan-rakan. 

Sekiranya ibu mulai lelah dan ingin berehat, kini terdapat banyak spa dan tempat istirehat khas untuk para ibu di bandar. 

Bgai ibu luar bandar pula, kebanyakkan kemudahan yang disebutkan tadi perlu disediakan sendiri, tapi mujurlah wujud sistem membeli belah atas talian sekarang ya! Senang untuk ibu berbelanja membeli barangan bayi juga. Hihi.

#5 Aktiviti

bandar dan luar bandar, ibu moden, peranan ibu, cabaran menjadi ibu, tangungjawab ibu, ibu yang baik, cabaran ibu tunggal, pengorbanan ibu, ibu terbaik, hadiah buat ibu

Jika dulu kebanyakkan ibu tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti, kini banyak aktiviti yang disediakan untuk para ibu malah boleh melibatkan anak-anak juga.

Contohnya sekiranya ibu ingin melakukan senaman di gim, pergi ke spa atau menyertai aktiviti larian bersama rakan-rakan.

Bagi ibu di luar bandar pula, masih ada aktiviti untuk mereka namun lebih terhad kerana mereka perlu menguruskan keluarga dengan sendiri. 

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Wah, walaupun berbeza kehidupan ibu bandar dan luar bandar, namun kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri ya. Apa-apapun para ibu perlu bijak menguruskan masa dan perlu mempunyai masa untuk diri sendiri, tentunya dengan pertolongan suami juga!

Ada di kalangan ibu yang mengalami kemurungan tak?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combapa-zaman-moden

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ibu Hadapi Cabaran Berbeza Sama Ada Di Bandar & Luar Bandar, Salute Dua-Duanya!
Kongsikan:
  • 5 Idea Hadiah Untuk Isteri Lepas Bersalin, Bukan Untuk Orang Lain, Untuk Isteri Tercinta Juga!

    5 Idea Hadiah Untuk Isteri Lepas Bersalin, Bukan Untuk Orang Lain, Untuk Isteri Tercinta Juga!

  • 10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini

    10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • 5 Idea Hadiah Untuk Isteri Lepas Bersalin, Bukan Untuk Orang Lain, Untuk Isteri Tercinta Juga!

    5 Idea Hadiah Untuk Isteri Lepas Bersalin, Bukan Untuk Orang Lain, Untuk Isteri Tercinta Juga!

  • 10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini

    10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.