X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Bayi Kurang Memberi Respon, Mungkin Alami Masalah Pendengaran, Ini Tanda-Tandanya

6 min bacaan
Jika Bayi Kurang Memberi Respon, Mungkin Alami Masalah Pendengaran, Ini Tanda-Tandanya

Kebanyakan kanak-kanak akan memberikan respons walaupun respons tersebut hanyalah dengan perubahan pada riak wajah mereka. Tetapi, jika anda telah berinteraksi dengan bayi anda tetapi tidak mendapat respons, ia mungkin petanda si manja anda mengalami masalah pendengaran.

Kebanyakkan bayi yang sihat dilahirkan dengan telinga yang berkembang dengan sempurna, namun pada awal kelahiran mereka tidak dapat mendengar dengan baik. Jadi bilakah pendengaran bayi betul-betul berkembang sepenuhnya?

Bayi dilahirkan dengan keupayaan pendengaran tertentu yang yang akan bertambah baik seiring dengan pertambahan usia mereka sehingga mereka boleh mendengar dengan jelas dan mengukur julat bunyi.

Dalam tempoh ini, ibu dan ayah harus memerhati sebarang tanda-tanda yang tidak normal yang berkaitan dengan pendengaran bayi mengikut kadar pertumbuhan usia bayi anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah silalah berjumpa dengan doktor pakar atau mendapatkan ujian pendengaran bayi.

Isi Kandungan

  • Tanda pendengaran bayi normal
  • Tanda pendengaran bayi bermasalah
  • Mengapa masalah pendengaran terjadi?
  • Cara merawat pendengaran bayi

Tanda-tanda pendengaran bayi normal mengikut usia dari lahir hingga 1 tahun

pendengaran bayi, masalah pendengaran

0-3 bulan

  • Bertindak balas kepada bunyi yang kuat beserta terkejut (reflex moro)
  • Pada awalnya bayi yang baru lahir bertindak balas terhadap bunyi yang berhampiran dengan mereka; setelah mencapai usia di antara 2-4 bulan bayi mula mengembangkan pendengaran jarak jauh.
  • Mula respon kepada bunyi berfrekuensi rendah/FL (vokal) berbanding dengan bunyi yang berfrekuensi tinggi/HF (konsonan)
  • Menjelang akhir usia bayi 3 bulan, mereka akan mula mengenali suara ibu, berhenti menangis untuk mendengar dan akan mendengar bunyi mereka sendiri.
  • Menikmati hanya beberapa jenis bunyi yang bising.

4-6 bulan

  • Memusingkan mata/kepala untuk mencari sumber bunyi
  • Respon kepada perubahan nada suara
  • Suka mendengar bunyi yang dihasilkan oleh mereka sendiri seperti bunyi ketawa, bergelak dan membebel (gelung maklum balas pendengaran/auditori berkembang)
  • Menyukai bunyi permainan muzikal seperti mainan berloceng
  • Membalas terhadap bunyi suara dengan cara bayi akan membebel
  • Mula membezakan antara bunyi persekitaran atau bunyi percakapan
  • Selepas mendengar suara ibu, bayi akan menangis jika wajah yang dilihat bukan wajah ibu mereka
  • Mengecam bunyi yang biasa didengar semasa makan seperti bunyi sudu dan pinggan

7-9 bulan

  • Semasa bayi dalam keadaan duduk, mata/kepala/badan akan mengadap sumber bunyi (bunyi lokalisasi); tetapi menghadapi kesukaran mengesan jika bunyi itu berada diatas atau belakang mereka.
  • Bertindak balas kepada permintaan mudah
  • Mengubah suai pertuturan agar sepadan dengan apa yang didengari
  • Meniru percakapan atau bunyi-bunyian
  • Memberi respon apabila nama mereka dipanggil
  • Mengikuti muzik/nyanyian
  • Memahami banyak onomatopoeias (belajar untuk mendengar bunyi)

10-12 bulan

  • Respon secara fizikal kepada bunyi muzik
  • Memberi maklum balas kepada soalan dengan mencari
  • Boleh mencari objek yang ditanya yang berada diluar dari penglihatan
  • Memahami beberapa frasa yang umum seperti “jangan”, “mari sini” atau “nak lagi”.
  • Memahami perkataan yang sering diucapkan seperti cawan, kereta, air, makan atau ayah.

Tanda-tanda masalah pendengaran bayi

pendengaran bayi, masalah pendengaran

1. Tidak terkejut walaupun dengan bunyi-bunyi yang kuat

Jika anda pernah terjatuhkan sesuatu barang yang berat dan ia menghasilkan bunyi yang kuat, ia pasti menyebabkan si manja terkejut dan mungkin menangis.

Tetapi, jika anak anda tidak menunjukkan sebarang reaksi, itu sudah cukup untuk ibu dan ayah mengetahui ada sesuatu yang tidak kena.

2. Tidak memberi respon ketika dipanggil (6 bulan ke atas)

Bayi yang boleh mendengar dengan baik sejak lahir pasti boleh memberi respon walaupun sedikit. Mereka pasti telah mempelajari cara-cara berkomunikasi dari mendengar dan melihat cara ibu dan ayah berinteraksi bersama mereka.

Namun, jika anak anda tidak memberi maklum balas serta tidak menunjukkan kelainan pada reaksi muka mereka, si manja masih tidak mempelajari cara berinteraksi walaupun mereka sepatutnya sudah tahu.

3. Tidak dapat mengeluarkan bunyi yang seakan-akan menyebut perkataan

Tanpa dapat mendengar apa yang dikatakan oleh ibu, ayah dan orang sekeliling, si manja tidak dapat mengetahui cara percakapan yang betul.

Kebanyakan bayi akan mula mengeluarkan bunyi seolah-olah ingin bercakap apabila berusia 6 bulan ke atas, tetapi kalau si manja tidak dapat “bercakap” dengan betul, anda mungkin hendak melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

4. Hanya akan memandang anda ketika dia perasan anda berada berdekatan

Panggillah macam mana pun, tetapi mereka tetap tidak pandang ke arah anda! Apabila anda berdiri di sebelah mereka baru mereka akan perasan akan kehadiran anda.

Jika anda perasan bahawa si manja berperangai sebegini, ia mungkin tanda si manja mengalami masalah pendengaran.

5. Mendengar sesetengah bunyian sahaja

Walaupun begitu, bukan semua bayi yang mengalami masalah pendengaran tidak dapat mendengar terus. Kadang-kala ada sesetengah bunyi yang dapat mereka dengari, walaupun sekadar sayup-sayup. Jadi, jika si manja memberi respons hanya kepada sesetengah bunyi, eloklah anda mengambil langkah berjaga-jaga.

Jadi, anda telah mendapati si manja mempunyai perangai seperti ini, jangan terlalu risau dahulu kerana setiap masalah pasti anda penyelesaiannya. 

Tetapi, sebelum itu, anda perlulah mengetahui punca-punca si manja mungkin mengalami masalah pendengaran. Lagi-lagi apabila kedua ibu dan ayah si manja boleh mendengar dengan sempurna.

Bagaimana masalah pendengaran bayi boleh terjadi?

pendengaran bayi, masalah pendengaran

Pertama sekali, kami hendak tekankan bahawa ketidaksempurnaan si manja bukan salah anda langsung! Kami pasti anda telah menjaga si manja sebaik mungkin sejak si manja berada di dalam rahim lagi.

Kadang-kala, ia adalah faktor luaran yang menyebabkan bayi mengalami kesukaran mendengar.

1. Jangkitan telinga selepas dilahirkan

Ketika si manja berada di dalam rahim dan sejurus selepas dilahirkan, ia mungkin tidak mempunyai apa-apa masalah lagi.

Tetapi, beberapa hari selepas kelahiran, si manja mungkin mengalami jangkitan pada telinga yang anda tidak perasan sehingga ia menjejaskan gegendang telinga si manja lalu menyebabkan kesukaran mendengar.

2. Sentiasa terdedah dengan bunyi kuat

Adakah rumah anda sentiasa memasang televisyen dengan terlalu kuat? Betul, ia memang akan memberikan pengalaman sinematik itu tetapi ia akan mengorbankan pendengaran anak anda.

Bayi yang sentiasa terdedah dengan bunyi-bunyi kuat akan mengalami masalah pendengaran semakin mereka membesar oleh sebab saluran telinga mereka yang masih terlalu kecil dan sensitif.

3. Kecederaan pada kepala

Jika si manja pernah terjatuh dan terhentak kepala mereka, ia tentu akan membawa beberapa implikasi.

Bayi yang terjatuh dan terhantuk kepalanya boleh mengakibatkan kesukaran mendengar mungkin disebabkan oleh saraf-saraf di dalam otak mereka telah terjejas atau si manja mungkin mengalami luka di dalam telinga juga ketika jatuh.

Adakah cara merawat pendengaran bayi?

Langkah terbaik bagi memastikan bayi anda tidak mempunyai masalah pendengaran adalah tidak sesekali ‘ponteng’ rutin pemeriksaan berkala di klinik kesihatan. Sebarang masalah yang dihadapi bayi dapat dikesan lebih awal dan pendengaran anak anda di selamatkan.

Selain itu ibu dan ayah perlu segera mendapatkan pandangan pakar bagi situasi berikut

  • Mendapatkan rawatan segera jika si manja ada jangkitan dalam atau pada telinga. Berwaspada dengan tanda-tanda jangkitan yang ditunjukkan oleh bayi!
  • Jauhkan si manja dari bunyi-bunyian yang terlalu kuat. Cuba halang bunyi bising dari terus menerpa si manja anda untuk melindungi mereka dari kesukaran mendengar kelak.
  • Menggunakan bantuan pendengaran. Ia akan menguatkan bunyi dan membuatkan si manja anda mampu mendengar, tetapi alat bantuan pendengaran mempunyai kos yang tinggi, jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk anda.

Kami harap anda akan menjumpai penyelesaian terhadap permasalahan kesukaran mendengar si manja.

Selamat mencuba, ibu dan ayah!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Rujukan:

  1. March of Dimes. (n.d.). Hearing Loss and Your Baby. www.marchofdimes.org/complications/hearing-loss-and-your-baby.aspx#:~:text=Hearing%20loss%20is%20a%20common,leave%20the%20hospital%20after%20birth.
  2. Hearing First Organisation. (n.d.). Development Milestones Birth to Eight Years. https://www.hearingfirst.org/cfs-filesystemfile/__key/communityserver-components-sitefiles/CMS+Assets-Files-Downloads/hf_2D00_milestones_2D00_09062017.pdf
  3. Mom Junction. (April 5, 2022). When Do Babies Start Hearing After Birth https://www.momjunction.com/articles/when-does-your-baby-start-to-hear_00122556/#:~:text=According%20to%20the%20American%20Speech-Language-Hearing%20Association%20%28ASHA%29%2C%20babies,as%20the%20sixth%20or%20seventh%20gestational%20month%20%282%29

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Sering Menarik Telinga, Kemungkinan Ada Jangkitan!

Baca juga: 10 Pilihan Puting Baby Terbaik Yang Lembut, Selamat, Dan Berkualiti, Malah Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir!

Baca juga: Leher Bayi Akan Mula Kuat Pada Usia Berapa Bulan? Ini Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Jika Bayi Kurang Memberi Respon, Mungkin Alami Masalah Pendengaran, Ini Tanda-Tandanya
Kongsikan:
  • 8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

    8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

  • Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

    Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

    8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran

  • Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

    Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.