X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Parents Tolong Jangan Menjerit-Jerit Pada Anak, Kaki Jalan Dulu, Bukan Mulut!

4 min bacaan
Parents Tolong Jangan Menjerit-Jerit Pada Anak, Kaki Jalan Dulu, Bukan Mulut!

Anak-anak tidak mengira usia kadang kala memang amat menguji kesabaran. Tapi mohon elakkan menjerit pada anak jika mahu mereka buat sesuatu.

Anak-anak tidak mengira usia kadang kala memang amat menguji kesabaran. Tapi mohon elakkan menjerit pada anak jika mahu memberi arahan atau mahu mereka buat sesuatu.

Seperti dikongsikan dalam portal zuriat.com, tips keibubapaan daripada seorang kaunselor dikenali sebagai Puan Farhan yang memberikan tipsnya dan menasihatkan supaya parents tidak menjerit-jerit pada anak.

Kita yang dewasa ini pun tidak suka dijerit atau dibentakkan apabila disuruh bukan? Jadi elakkan jerit pada anak.

Ada kalanya, apabila disuruh, mereka seperti sengaja tidak mahu buat, untuk menguji kesabaran kita mungkin.

Bila disuruh, lambat-lambat saja pergerakannya, bila tinggi suara barulah nak bergerak. Kita sebagai ibu bapa kadang kala naik angin juga, terjadilah jeritan pada anak.

Menjerit pada anak beri kesan pada perwatakannya

menjerit pada anak

Ini antara perkongsian yang dibuat kaunselor berkenaan mengenai menjerit pada anak yang sangat tidak digalakkan dilakukan oleh semua ibu bapa.

Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki dulu baru mulut.

Ha, mesti anda tertanya tanya kan. Konsep apa ni.

Sebenarnya, dalam menguruskan anak anak kita ni suka sangat menggunakan mulut kita sebagai senjata untuk memberi arahan kepada anak anak.

Tetapi masalahnya bila kita guna mulut kita sahaja kita akan cenderung untuk untuk menjerit, menjerkah dan berteriak saat bercakap dengan anak anak.

Katakan kita suruh anak pergi solat.

“Abang, pergi solat. Dah lewat ni, asyik je dengan televison tu”

Anak yang dengar tu sekadar berkata

“Kejap la buuuu….”

“Abang, pergi solat!!”

“Kejap la bu……”

Akhirnya….

Anda membebel tanpa henti dan kemarahan anda pun meluap luap.Tapi, anak anda masih tidak berganjak. Paling tidak pun dia lari masuk bilik sebab bosan kena bebel kan.

Jadi, sebab itulah pentingnya konsep kaki dulu baru mulut tau.

Maksudnya, sebelum kita nak tegur atau suruh apa apa kita pergi dekat dengan anak.

Dari menjerit dan jerkah anak anak, lebih baik anda pergi dekat dengan anak dan barulah anda beritahu apa yang dia perlu lakukan.

Kalau anak tengah main , selesaikan permainan dia dahulu. Kemas apa yang patut.

Kalau anak tengah tengok tv, tutup dahulu television dan barulah anda beritahu apa yang perlu dia lakukan.

Kalau bab solat, pergi dekat anak untuk ajak mereka solat bersama sama.

Gerakkan kaki anda dulu ya.

Stories Rakan Kongsi
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kaki yang bergerak dekat dengan anak anak itu akan membantu setiap mesej di terima dengan lebih baik.

Itu juga jadi contoh kepada anak anak tau.

Bayangkan kalau kita terbiasa menjerit kepada anak anak bila nak suruh sesuatu, mereka juga akan terbiasa bercakap begitu dengan anda.

Bayangkan akan menjerit minta nasi

“Ibu!!!!!! Nak nasii, lapar!”

Sedap tak dengar anak cakap begitu?

Tak kan?…

Jadi, bila mahu bercakap dengan anak anak,anda pergi dulu dekat mereka insyaAllah mereka juga akan amalkan begitu.

Menjerit pada anak buat dia lagi keras hati

menjerit pada anak

Menurut artikel yang dikongsikan, maksud kaki jalan dulu baru mulut adalah jika mahu menyuruh anak berbuat sesuatu, pergi kepadanya dan mintak dengan cara baik.

Bukan anda dari dapur menjerit sehingga oktaf kelapan, anak nak tolong pun malas ibu! Cuba anda buat, anda akan nampak kesannya apabila tidak menjerit kepada anak-anak.

Anak-anak ini ada moodnya, jadi mereka juga ada kalanya terasa seperti tidak mahu mendengar cakap orang lain, mungkin ketika anda meminta tolong, ketika itulah yang mereka rasakan perasaan itu.

Jadi cubalah minta secara elok jika mahu mereka lakukan sesuatu untuk anda. Jangan lupa ya, setiap perbuatan anda akan diserap dalam minta mereka dan tidak mustahil mereka akan ulang benda sama pada anda.

Jadi, jika mahu anak anda melayan anda atau orang lain dengan baik, cermin dulu cara anak layan mereka bagaimana. Ada yang mungkin merasakan cara layanan pada anak itu tidak penting kerana mereka masih kecil, tetapi ingatlah bahawa mereka sebenarnya memerhati apa yang kita lakukan.

Kanak-kanak adalah pemerhati paling baik

menjerit pada anak

Anak-anak ini nampak saja mereka tidak ambil perhatian, tetapi mereka adalah pemerhati terbaik sebenarnya kerana otak mereka ini menyerap seperti span.

Apa saja yang kita lakukan mereka boleh tiru. Jangan terkejut jika anda memberi arahan kepada mereka dengan nada menjerit, begitu jugalah caranya mereka akan bercakap dengan anda nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: thezuriat

Gambar : sumber

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-didik-anak-menjadi-lelaki-sejati-bakal-menantu-anda-akan-berterima-kasih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Parents Tolong Jangan Menjerit-Jerit Pada Anak, Kaki Jalan Dulu, Bukan Mulut!
Kongsikan:
  • Mengapa Anak Kecil Suka Menendang Dan Menjerit? Apa Nak Buat Untuk Mengawalnya?

    Mengapa Anak Kecil Suka Menendang Dan Menjerit? Apa Nak Buat Untuk Mengawalnya?

  • Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

    Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Mengapa Anak Kecil Suka Menendang Dan Menjerit? Apa Nak Buat Untuk Mengawalnya?

    Mengapa Anak Kecil Suka Menendang Dan Menjerit? Apa Nak Buat Untuk Mengawalnya?

  • Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

    Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.