6 langkah bijak untuk tangani anak TAK MAHU makan nasi

lead image

Tips untuk bantu anak berselera makan dan senarai makanan berkhasiat yang boleh anda sediakan selain nasi

Memang tension bila anak susah makan nasi terutama bila ibu sudah penat-penat masak. Tapi bila si kecil makan, diluahnya kembali! Tentu ibu rasa kecewa, kan? 

Perkara ini memang menjadi masalah besar pada ibu-ibu sekalian. Bimbang kalau ‘tak peduli soal perut anak’ nanti si kecil itu lapar dan perut masuk angin.

Hanya ibu yang berhadapan situasi ini sahaja yang faham bagaimana perasaan bila anak susah makan nasi hingga kadang-kadang terpaksa buat helah supaya anak mahu makan. 

Tapi, jangan risau lagi ibu. Hari ini, kami akan membantu anda. Jom kita lihat apakah yang anda boleh lakukan dalam menangani anak susah makan nasi. 

6 tips anda boleh buat bila anak susah makan nasi 

1 – Menghias makanan

anak susah makan nasi, cara mengatasi anak susah makan nasi, makan nasi, anak tak nak makan nasi, anak enggan makan nasi, anak sukar makan nasi, anak tak naka makan, anak susah makan, anak elak makan nasi, elak makan nasi, punca anak tak nak makan nasi, sebab anak enggan makan nasi, tak mahu makan

Cara pertama untuk tambat selera anak susah makan nasi adalah dengan menghias makanan si kecil mengikut kreativiti masing-masing.

Lebih-lebih lagi bila anda menghias makanannya dengan watak kartun yang disukai atau memperbanyakkan warna menarik dalam pinggan anak.

Barulah dia teruja nak makan hidangan yang anda sediakan itu! 

2 – Makanan berkhasiat yang pelbagai 

Cuba campurkan sedikit krim, keju cair atau ais krim pada buah-buahan dan sayur-sayuran anak. Walaupun, ia nampak pelik untuk masyarakat Melayu kita, tapi anda patut cuba.

Mana tahu anak suka. 

  • Jika anak suka manis, berikannya minum jus buah-buahan yang segar. 
  • Sekiranya buat roti pizza untuk gantikan nasi. Lebihkan sayuran dan daging.

Ada situasi berlaku pada seorang kanak-kanak yang tak suka makan sayur tapi bila ibunya menyalut sayur tersebut dengan keju. Habis dimakannya hingga lincin. Best kan? 

3 – Makan bersama-sama anak 

Sebenarnya kalau nak tahu, apa yang ibu bapanya makan pasti anak akan perhati dan menjadi ikutan. 

Sebab itu, adalah sangat penting ibu bapa menunjukkan tabiat makan yang betul supaya anak dapat mengikutnya. 

Selain itu, pastikan anda makan mengikut rutin biasa seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam supaya anak juga terikut dengan aturan itu.

Sekaligus membantu anak susah makan nasi agar lebih berselera selepas ini. 

4 – Jangan paksa anak makan jika tak mahu 

anak susah makan nasi, cara mengatasi anak susah makan nasi, makan nasi, anak tak nak makan nasi, anak enggan makan nasi, anak sukar makan nasi, anak tak naka makan, anak susah makan, anak elak makan nasi, elak makan nasi, punca anak tak nak makan nasi, sebab anak enggan makan nasi, tak mahu makan

Perkara penting yang anda perlu ingat adalah jangan sesekali ugut anak jika dia tak mahu makan nasi seperti tidak benarkan bermain jika tak habis makan dan sebagainya

Hal ini kerana, ia akan membuatkan anak bertambah benci pada makanan tersebut dan langsung tidak suka makanan itu bila dihidangkan di depan matanya. 

Apa yang anda boleh buat adalah rasuah mereka secara positif seperti jika anak habiskan makanan dalam pinggan anda akan membawanya bermain di taman.

Sekurangnya itu bukannya satu paksaan. 

5 – Masak bersama anak 

Kebiasaannya, anak memang suka bila dapat membabitkan diri ketika ibu dan ayahnya membeli barang dapur. Sekaligus dia dapat membuat pilihan mengikut makanan yang disukai. 

Setelah itu, ketika masak ajak anak untuk memasak bersama seperti menggaul tepung, basuh sayur dan buah, memotong timun dan lain-lain. 

Sekaligus, ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga anda. 

6 – Menonton video kartun yang disukai 

Selain itu, anda juga boleh menayangkan video kegemaran anak yang menunjukkan pemakanan sihat. 

Kebiasaannya, anak mudah terpengaruh dengan watak kartun yang disukai dan secara tak langsung mereka akan mengikutnya. Jika watak itu sedang makan, mereka juga akan ikut sama. 

9 makanan untuk ganti anak susah makan nasi 

anak susah makan nasi, cara mengatasi anak susah makan nasi, makan nasi, anak tak nak makan nasi, anak enggan makan nasi, anak sukar makan nasi, anak tak naka makan, anak susah makan, anak elak makan nasi, elak makan nasi, punca anak tak nak makan nasi, sebab anak enggan makan nasi, tak mahu makan

Kredit: Vemale.com

Jika anak susah makan nasi, ibu jangan terlalu bimbang. Anda boleh menggantikannya dengan pilihan yang lain seperti di bawah ini. 

1) Roti sandwich : Pilih roti penuh bijirin, telur, ikan tuna, sayur-sayuran dan keju. 

2) Mee goreng: Tambahkan sayur, telur, ayam atau daging dalam mee goreng anak supaya lebih seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan ketika menumis. 

3) Cucur nasi: Kisar nasi secawan, masukkan lobak merah, bawang dan daun sup.

4) Spagheti Carbonara: Spagheti, susu segar, lobak merah, bawang dan ayam atau daging yang telah dikisar. 

5) Makaroni bakar : Hanya guna telur, daun sup dan keju. 

6) Bihun goreng singapore: Hanya tumis bawang dan masukkan udang atau ayam. 

7) Nasi putih gulung : Masukkan nasi, daging ayam dan sayur ke dalam telur yang telah digoreng nipis.

8) Pizza: Guna cendawan butang, tomato, bawang dan cheddar cheese. 

9) Biskut homemade: Hanya guna conflakes atau oat untuk buat biskut anak.

Semoga bermanfaat dan kongsikan di laman Facebook anda! 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Keluarga 

Sumber: Sirap Limau, Ibudoakan

Baca juga:

7 resepi enak untuk makanan bayi 1 tahun, ibu dah cuba belum resepi ini?