TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

4 min bacaan
Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Isteri provider adalah wanita yang bukan sahaja menjalankan tanggungjawab isteri dan ibu, tetapi penyumbang besar dalam kewangan keluarga

Realiti kehidupan moden hari ini menyaksikan perubahan besar dalam struktur peranan suami isteri. Semakin ramai wanita, terutamanya isteri, tampil menjadi provider atau penyumbang utama dalam rumah tangga sama ada secara sukarela, atas keperluan, atau kerana keadaan tertentu.

Apa Itu Isteri Provider?

Isteri provider adalah individu yang menyara atau menyumbang secara signifikan terhadap kewangan rumah tangga. Dalam konteks ini, isteri yang menjadi provider mungkin menyediakan majoriti atau keseluruhan pendapatan keluarga, menanggung keperluan asas seperti makanan, bil utiliti, sewa atau ansuran rumah dan meneruskan kerjaya atau perniagaan demi menampung kehidupan sekeluarga.

Peranan isteri sebagai ‘provider’ dalam sesebuah rumah tangga bukanlah mitos atau khayalan. Ia adalah realiti yang wujud, lebih-lebih lagi dalam era kini di mana ramai wanita memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Jika anda belum pernah bertemu wanita begini, mungkin ruang sosial anda belum cukup luas untuk bersua dengan mereka. Golongan ini hidup di sekeliling kita, mereka senyap, tetapi luar biasa.

Isteri Memberi Tanpa Banyak Bicara

Isteri provider lazimnya tidak berkira soal pengorbanan. Dia tidak kisah bersusah asalkan keluarganya bahagia dan hidup dalam keselesaan. Jika suami mampu menyewa rumah, dia membantu membeli rumah sendiri.

Jika suami membeli beras, dia menambah dengan membeli lauk. Jika suami bawa anak bermain di taman, dia menambah dengan merancang percutian keluarga.

Wanita sebegini tidak gemar meminta-minta. Dia jarang merajuk, apatah lagi menuntut itu dan ini. Ini kerana jiwanya terbina dengan sifat berdikari yang tinggi, hingga kadangkala hadir sifat kepimpinan yang biasanya dikaitkan dengan lelaki.

Isteri Pikul Dua Peranan, Tanpa Keluhan

Selain menyumbang dari sudut kewangan seperti membayar yuran sekolah anak-anak, membantu belanja ibu bapa, dan menanggung kos percutian, isteri ini juga tetap menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah.

Dia bangun awal sebelum subuh, menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak, dan mengurus hal ehwal rumah sepenuhnya. Masak, membasuh baju, mengemas rumah, semua dilakukan tanpa berkira.

Dia menjadi guru kepada anak-anak, membantu mereka belajar, mendampingi mereka dalam saat sukar, malah turut membantu kerja sekolah mereka jika perlu.

Percutian keluarga juga dia yang rancang, dari segi kewangan, logistik, hinggalah kepada tempahan hotel dan penyediaan makanan.

Dia membeli barang keperluan dirinya sendiri tanpa meminta daripada suami. Malah, selepas membeli, dia masih menunjukkan dengan bangga kepada suaminya, bukan untuk bermegah, tetapi untuk berkongsi.

Dia Tahu Suami Juga Manusia

Isteri provider juga faham akan kemampuan dan kekangan suami. Bila suami tidak mampu memberi sepenuhnya kerana komitmen lain seperti cukai, roadtax atau keperluan keluarga, dia tidak merungut. Dia tampung dengan tenang dan sabar.

Namun, walaupun dia kuat dan berdikari, dia tetap seorang wanita yang juga ingin dikasihi, dipeluk dan dihargai. Dia bukan kebal. Ada ketika dia penat. Ada masa dia perlukan sokongan yang sama seperti yang biasa diberikan kepada suami dan anak-anak.

Isteri Mampu Membimbing, Bukan Menghina

Ada lelaki yang membesar tanpa bimbingan agama atau nilai-nilai yang baik. Tapi dengan kehadiran isteri yang sabar, lembut, dan penyayang, ramai yang berubah menjadi suami baik, lebih tenang, mampu menjadi imam, dan bercakap dengan sopan dan penuh adab.

Semua ini berlaku bukan kerana paksaan, tetapi kerana kekuatan pengaruh kasih sayang isteri ‘provider’.

Malangnya, wanita seperti ini sering disalah erti. Mereka dianggap angkuh, sombong, tidak menurut kata suami atau terlalu berkuasa dalam rumah tangga.

Hakikatnya, mereka hanya memikul dua peranan iaitu isteri dan penyumbang utama kewangan dalam satu masa, tanpa sebarang keluhan.

Mereka Hanya Mahu Dihargai

Apa yang mereka perlukan bukanlah hadiah mahal atau ucapan bombastik. Cukup dengan sapaan lembut seperti:

  • “Awak okay?”

  • “Terima kasih, sayang.”

  • “Awak nak makan apa-apa tak, saya belikan.”

Saat isteri sebegini mula diam dan tidak seceria biasa, dekatilah dia. Tanyakan keadaannya, peluklah dia, urut bahunya. Jangan biarkan dia terus-terusan menyembunyikan kelelahan dan kesedihan demi menjaga perasaan orang lain. Dia tidak akan meminta, kerana dia terlalu biasa memberi.

Jika anda seorang suami yang dikurniakan isteri seperti ini, jangan ambil kesempatan. Jangan beranggapan dia sentiasa kuat dan tidak perlukan perhatian. Hargailah dia. Sayangilah dia selagi dia masih berada di sisi anda.

Kerana saat dia sudah terlalu letih dan tidak mampu lagi, dia mungkin akan pergi. Dan ketika itu, barulah terasa betapa besarnya kehilangan kerana selama ini, dia telah ‘provide’ segalanya tanpa meminta balasan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
Infant safe products for your home
Infant safe products for your home
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

Baca juga:  Kesetiaan Isteri Diuji Apabila Suami Tidak Punya Harta, Sejauh Mana Kebenaran?

Baca juga: Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai
Kongsikan:
  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham