Apabila bergelar seorang ibu dan juga suri rumah, segala urusan berkaitan dalam dan luar rumah menjadi ‘tanggungjawab’ anda. Bagi yang bekerja serta memiliki anak kecil, tentu sekali kerja mengemas rumah bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan oleh kekangan masa seharian.
Setiap orang mengidamkan tempat tinggal yang bersih dan kemas. Ruang tamu, dapur dan tandas antara perlu dijaga ketika para tetamu datang berkunjung ke rumah anda.
Cara mengemas rumah dengan cepat dan bersih
foto: freepik
Sebagai pemilik rumah, menerima tetamu ketika adanya majlis atau hujung minggu perlu dipastikan kesemua bahagian di dalam rumah kelihatan sempurna.
Berikut ada beberapa tips bagi membantu anda mengemas rumah dengan mudah walaupun ada anak kecil:
#1. Bersihkan lantai
Kebiasaannya lantai rumah yang ada anak kecil akan dipenuhi dengan pelbagai mainan atau mungkin kain baju mereka. Untuk memulakan tugas mengemas, anda hendaklah mengutipnya terlebih dahulu dan tempatkan kesemua barang-barang ini di dalam bakul khusus.
Meskipun anak kecil, jangan terlalu manjakan mereka. Ajar si manja anda untuk mengutip mainan atau baju kotor mereka agar kemudian hari lebih berdisiplin.
#2. Membersihkan dapur
Antara beberapa tips mengemas rumah di bahagian dapur agar kelihatan bersih adalah dengan melakukan perkara berikut:
- Bersihkan peti sejuk dengan cara membuang segala sisa makanan agar tidak menimbulkan bau kurang menyenangkan
foto: freepik
- Gantikan span pencuci piring dengan yang baru secara rutin bagi mengelakkan jangkitan kuman
- Bersihkan segala permukaan yang ada di dapur menggunakan cecair pembasmi kuman
- Buang sampah dapur setiap hari bagi mengelakkan kehadiran lipas dan tikus
#3. Mengemas rumah bahagian bilik air
Tandas adalah bahagian penting kerana ia tempat berkumpulnya kuman dan bakteria. Bahkan ketika menggunakan flush, bakteria dan kuman boleh berterbangan di udara.
Justeru bersihkan pemegang pintu, mangkuk tandas dan semua permukaan dalam bilik air dengan cecair pembasmi kuman yang sesuai.
#4. Membersihkan bilik tidur
Bilik tidur adalah ruang yang penting bagi suami isteri. Walaupun anda sering mencuci kaki dan tangan sebelum tidur, ia sebenarnya tidak cukup menjamin kebersihan di bilik tidur.
Bagi menjaga kebersihan ruang ini, anda hendaklah menukar sarung bantal, tilam dan selimut. Sesekali jemur bantal di tengah panas bagi mengelakkan adanya kuman.
Bagi mencegah habuk ataupun debu di dalam bilik, anda boleh memasang penapis udara bagi memastikan kualiti udara yang anda bernafas setiap hari adalah bersih.
#5. Gunakan alat pembersih yang sesuai
Bagi memudahkan kerja mengemas rumah, ibu-ibu hendaklah menyediakan beberapa alat pembersih yang mencukupi. Antaranya penyapu, mop ataupun pembersih vakuum.
Memandangkan kini dunia semakin maju, ramai suri rumah mengakui bahawa penggunaan vakuum amat meringankan beban mereka sewaktu membersihkan ruang dalam rumah.
Memahami keperluan para ibu masa kini, Dyson telah memperkenalkan Dyson Digital Slim tanpa wayar yang berkuasa tinggi dan lebih ringan.
Dengan tawaran harga RM2,999, ia direka khas untuk kegunaan di dalam rumah atau kenderaan anda. Alat pembersih ini terbukti mampu menyedut kotoran, serpihan serta bulu haiwan peliharaan di atas lantai ataupun karpet kediaman anda.
#6. Pasang alat penapis udara bagi memastikan kebersihan
Sempena tahun baharu ini, tentu sekali anda ingin berkumpul dengan ahli keluarga dan rakan terdekat. Bagi mengelakkan pencemaran di dalam rumah disebabkan oleh bau makanan atau masakan, anda boleh pasang penapis udara Dyson Purifier Cool Formaldehyde.
foto: life’s tiny miracle
Menariknya, ia mampu menangkap habuk dan alergen yang sangat halus serta meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
Dengan tawaran harga RM3,199, anda tidak perlu risau akan keselesaan ahli keluarga atau para tetamu yang datang berkunjung ke rumah kerana ia memenuhi piawaian ujian POLAR.
Ketika berdepan dengan orang sekeliling atau tetamu, adalah penting untuk anda menjaga penampilan agar kelihatan kemas dan menawan.
Pengering rambut Dyson Supersonic dan Dyson Airwrap direka khas untuk para wanita yang sibuk. Tidak seperti pengering rambut biasa, ia mampu mengelakkan kerosakan rambut akibat kepanasan yang ekstrem dan membuatkan rambut anda kekal bersinar.
credit to sources
Dengan harga RM1,899, ia menjadi pelaburan yang cukup berbaloi dalam membantu anda menguruskan rambut.
Untuk tampil sedikit berbeza apabila adanya acara atau majlis tahun baharu ini, anda boleh menggunakan Dyson Airwrap styler ketika menggayakan rambut sama ada lurus ataupun kerinting.
Dengan harga RM2,199 dengan dua pilihan warna menarik, ia dilengkapi dengan kawalan haba pintar serta memudahkan gaya rambut yang anda inginkan.
Untuk makluman lanjut, anda boleh terus melayari www.dyson.my atau berkunjung ke Dyson Demo Stores seluruh negara.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Isteri Kena Sama-Sama Penat Urus Rumah Tangga, Buatlah Ikut Mampu & Jangan Paksa Diri
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!