X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 10 Bulan 'Pergi' Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ibu Alert 7 Petanda Ini!

4 min bacaan
Bayi 10 Bulan 'Pergi' Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ibu Alert 7 Petanda Ini!

Jangkitan kuman pada paru-paru boleh menjadi sangat serius terutamanya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kerana sistem ketahanan tubuh mereka belum kuat

Setiap ibu ayah amat mengharapkan anak yang dilahirkan dapat membesar dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua ditakdirkan dengan pengakhiran yang indah. Seperti kisah dihadapi oleh ibu ini, bayi perempuannya dijemput Ilahi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketentuan ini pastinya amat perit untuk ditelan bagi mana-mana ibu ayah. Namun siapalah kita untuk menolak takdir yang ditentukan, ada hikmah di sebaik setiap ujian berat ini.

Bayi meninggal dunia kerana jangkitan kuman pada paru-paru

penyakit pneumonia

Pada 10 Jun lalu seorang ibu, Bunga Js Reena telah berkongsi status di Facebook mengenai pemergian anaknya yang tercinta.

Dengan penuh rasa berat hati dan dukacita, dimaklumkan puteri kesayangan kami Airisthea Nur Inara Binti Wirman 31/07/2020- 08/06/2021, bidadari kecil syurga yang singgah sebentar dalam hidup mama selama 10 bulan 8 hari, Thea seorang anak yang sangat sempurna.

Kulitnya putih gebu, comel pipi merah dan tinggi. Setiap mata yang memandang Thea mesti akan geram dengan kecomelannya. Namun tempat Thea bukan di sini, tempat Thea sana, di syurga.

Mama tahu Thea penat, Thea kuat dan bertahan pun untuk mama. Pada 10/05/2021 Thea dimasukkan ke ICU, sesak nafas disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Mama ingat itulah kali terakhir mama jumpa Thea. Tapi Thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga Thea selama 3 minggu dalam wad.

Sepanjang dalam wad, Thea nampak sihat dan gembira dengan mama. Tidak tunjuk sikit pun Thea sakit, rupanya Thea mahu luangkan masa untuk bermanja dengan mama sebelum pergi jauh tinggalkan mama.

Mama redha dengan pemergianmu nak. Mama tahu sudah cukup Thea menanggung sakit dan terseksa. Mama halalkan rahim mama, halalkan susu mama dan makan minum Thea. Damailah di sana, tunggu mama di pintu syurga.

bayi meninggal akibat jangkitan kuman

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha”.

Ya Allah ampuni dia,rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Risiko jangkitan kuman pada paru-paru 

Menurut info dari Myhealth, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia merupakan jangkitan kuman biasa terjadi dalam kalangan bayi, anak kecil dan warga emas.

Masalah ini berlaku disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia turut disebabkan jangkitan awal pada sistem pernafasan bahagian atas (batuk dan selesema) yang kemudiannya merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Untuk pengetahuan ibu ayah, keadaan ini boleh bermula dengan tidak serius sehinggalah boleh membahayakan nyawa.

jangkitan paru-paru

credit to sources

Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut hendaklah segera dibawa ke hospital:

  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan, minum atau membuang air kecil
  • Sukar bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Pernafasan yang agak laju
  • Demam panas
  • Sakit dada, muntah atau cirit birit

Langkah pencegahan jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia

Bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada paru-paru ini, ibu ayah dinasihatkan mengekalkan persekitaran yang baik dan teruskan penyusuan susu ibu.

Bukan itu sahaja, anda hendaklah mengikuti jadual imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman pada paru-paru seperti:

  • Vaksin pneumococcal– Ia adalah untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi seperti tiada limpa, sakit buah pinggang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan akibat kelemahan sistem pertahanan badan
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles)- Ia diwajibkan untuk semua kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Negara
  • Vaksin Influenza– Vaksin ini untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi. Misalnya, masalah pernafasan yang kornik, masalah badan kurang daya tahan dan penyakit jantung

Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan. Sistem ketahanan tubuh si manja memainkan peranan utama bagi melawan penyakit ini. Jika ia berpunca oleh jangkitan bakteria, doktor perubatan mungkin akan mempertimbangkan ubat antibiotik.

Sekiranya jangkitan kuman pada paru-paru berlarutan atau menjadi serius, ibu ayah hendaklah segera membawa anak ke hospital bagi mendapatkan oksigen, antiobiotik dan sokongan perubatan lain.

Sumber: Bunga Js Reena, MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi 10 Bulan 'Pergi' Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ibu Alert 7 Petanda Ini!
Kongsikan:
  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

    Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

    Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.