Jika suami bersikap dayus dan melayan isteri dengan teruk, pasti ada isteri bertindak meneruskan kehidupan walaupun melalui penceraian. Namun bagaimana pula jika isteri tak hormat suami hanya kerana kehidupan tidak lagi seindah dulu?
Apabila sahnya ikatan pernikahan, tentunya setiap pasangan mengharapkan hubungan yang berterusan dan kekal bersama walau dalam keadaan susah dan senang. Hakikatnya hanya apabila suami isteri benar-benar berada dalam situasi itu, barulah mereka benar-benar teruji.
Kesetiaan Seorang Isteri Diuji Bila Suami Tak Punya Apa-Apa
Untungnya seorang suami apabila isteri sentiasa memberi sokongan dan bantuan di saat memerlukan. Namun tidak semua lelaki bernasib baik dan tidak semua wanita yang sanggup menerima ujian ini dengan hati terbuka.
Inilah yang dialami oleh seorang lelaki yang menceritakan kisahnya pada seorang penumpang. Siapa sangka dalam keadaan senang, kehidupannya dikira bahagia dengan suami dan anak-anak, tetapi hilang segalanya apabila jatuh malah isteri tak hormat suami lagi.
Hari ini Allah uji saya. Saya ‘down’, swing, rasa tak waras, despression, anxiety, and so on. Saya rasa masalah saya sangat besar. Saya ke Balai Polis Gombak nak buat Laporan Polis. Sampai di balai polis, saya tengok ramai orang tengah tunggu giliran nak buat report haha! So saya pun cakap dalam hati: “Okey. Bukan saya seorang je yang ada masalah, tapi ramai lagi.”
So that, saya cakap dalam hati, esoklah saya buat report polis. Then saya panggil #UBER untuk pickup saya depan balai polis untuk pulang ke rumah.
UBER datang dengan kereta Pesona. Saya buka pintu, saya minta izin untuk duduk di seat belakang. Dia okey, senyum, bagi salam.
“Awak polis ke?” Tanya dia.
“Eh tak.” Jawab saya.
So kami perkenalkan diri sikit-sikit.
“Saya dah 4 bulan kerja full time UBER. Macam inilah hidup saya. Saya menumpang di rumah adik saya di Setapak.” katanya.
“Oh takpe. UBER ni pun sumber rezeki jugak.” Saya cakap.
“Dulu saya bekerja. Then saya diberhentikan.” Katanya. Dia senyum.
“Kerja mana?” Saya tanya.
Dia terus pandang saya di seat belakang. Dia tersenyum.
“Awak rasa?” Dia main teka-teka plak?
“Bank?” Saya teka. Dia senyum pandang saya.
“Saya bekas pekerja sebuah syarikat penerbangan selama 13 tahun. Kami diberhentikan kerja oleh syarikat tersebut sebab mereka ada problem hari tu. Dengan masalah kewangan, reputasi. Ramai dari kami yang kena buang kerja.” jelasnya.
Dia cerita kerja dia di syarikat penerbangan dulu tapi saya lupa. Dia cerita kerja dia memastikan kapal tu wajib dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum berlepas, pastikan minyak, enjin semua… Saya dengar jelah.
Isteri Tak Hormat Suami, Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasih
Kredit: Columbiainvestigations.com
“Bila saya diberhentikan, isteri saya mula menjauh. Sepatutnya bila suami dalam keadaan yang macam ni lah… isteri perlu berada disisi suami. Isterilah yang patut jadi pendorong suami. Kuatkan suami, bantu suami…” luahnya. Saya faham. Terdiam sekejap saya.
“Sejak saya diberhentikan kerja oleh syarikat penerbangan itu, isteri saya macam kurang hormat dengan saya. Dia bercerita keburukan saya pada EX-BOYFRIEND dia. Dia contact balik dengan EX-BOYFRIEND dia…”
Allah! Kes dia sama dengan kes saya. Orang yang kita sayang contact balik dengan BEKAS KEKASIH, bercerita tentang aib kita pada EX dia. Air mata saya dah bertakung. Seolah-olah saya sedang mendengar kisah saya sendiri. Demi Allah, hati sakit.
“Isteri saya bawa kes kami ke mahkamah. Depan Hakim dia kata dia tanggung saya macam ‘bela biawak hidup’. Hakim pun terperanjat. Dua kali Hakim ulang ‘bela biawak hidup’ then Hakim pandang saya seolah-olah Hakim nak beritahu kalau dah isteri sendiri cakap macam tu pada suami, kenapa saya still nakkan isteri saya lagi? Isteri apa macam tu?” luahnya. Allahuakbar.
“…dan dalam diam, isteri saya pergi ke luar negara tanpa pengetahuan saya.” katanya.
(Sekali lagi sama dengan kes saya, bila lelaki yang saya kenal tu lari ke Victoria, Melbourne, Australia)
“Saya ini masih suami dia sampai sekarang tapi dia dah start keluar rumah tanpa pengetahuan saya, famili mertua pun tak suka saya sejak saya diberhentikan kerja, isteri saya pun dah kembali balik dengan EX-BOYFRIEND dia, walhal saya ini suami dia lagi.” luahnya lagi. Allah… Saya tahu dia sedih. Makan dalam. Hati koyak, jahanam.
Sesungguhnya kesetiaan seorang ISTERI itu diuji bila SUAMI tak punya apa-apa dan kesetiaan SUAMI itu diuji disaat SUAMI itu punya segalanya.
“Saya pun dah jumpa isteri ex-boyfriend isteri saya tu. Isteri ex-boyfriend saya tu cakap, suami dia jarang-jarang balik rumah. Pernah sekali masa birthday suami dia, dia ingat nak celebrate birthday suami dia tapi suami dia cepat-cepat nak keluar rumah, katanya nak jumpa kawan.”
“Keesokkan harinya baru suami dia balik. Then awak tahu apa isteri dia jumpa dalam bonet kereta suami dia? Dia jumpa pakaian perempuan, pakaian dalam, pakaian kanak-kanak dalam bonet kereta. Bila dia tanya suami dia pakaian siapa? Suami dia jawab pakaian passenger tertinggal sebab suami dia tu pun bawa grab car, uber macam tu. Tak mustahil itu pakaian isteri dan anak-anak saya.” luahnya. ALLAH. Menitis air mata saya diserap niqab.
“Mungkin isteri saya dengan lelaki itu bawa anak-anak saya. Bila orang lain tengok, mesti orang ingat mereka suami isteri dan anak-anak…” luahnya lagi. Allah… Sejujurnya saya tak kuat jadi lelaki macam dia.
Sejak Berkahwin Lebihkan Isteri Dari Ibu Sendiri
“Allah uji awak. Awak redha?” Saya tanya.
“Saya redha.” Jawabnya.
“Lepas ni awak jaga hubungan awak dengan Allah. Jaga hubungan awak dengan ibu awak.” Saya nasihatkan dia.
“Itulah. Mungkin sebab selama ni saya tak jaga hubungan saya dengan Mak saya. Isteri saya hanya berkahwin dengan diri saya saja. Sejak berkahwin, saya banyak ikut cakap isteri. Jarang-jarang jumpa Mak saya.” luahnya. Saya jadi sakit hati.
“ Dalam Islam, ISTERI sepatutnya ingatkan suami tentang ibu si suami. ISTERI wajib ingatkan suami tanyakan khabar ibu si suami, ISTERI kena ingatkan suami bagi duit pada ibu si suami, beri pertolongan pada ibu si suami, jenguk, jumpa dan ajak suami melawat ibu si suami. Itu antara tanggungjawab isteri pada suami. Ingatkan suami tentang ibunya, bukannya suruh suami lupakan ibu dia.” jelas saya panjang lebar. Dia angguk, diam dengar saya cakap. Saya tahu dia sedang berfikir.
“Terima kasih sebab sudi dengar…” Akhirinya.
Sumber: Happyjoyjoy.com
Kita ini manusia, tak pernah lari dari masalah. Allah uji kita dengan orang-orang sekeliling kita. Kita rasa masalah kita berat, tapi rupanya ada orang lain yang punya masalah yang maha dahsyat. Allah sedang perlihatkan pada kita masalah ummah hari ini, di mana suami isteri boleh curang, yang belum bernikah pun boleh hidup macam suami isteri. Ini bukan drama TV, tapi ini REALITI yang semakin menjadi-jadi.
Laa hawla wala khuwwata illa billah.
Jaga hubungan dengan Allah
Selalu tak dengar apabila anda jaga hubungan dengan Allah swt, maka Dia akan jaga hubungan anda dengan keluarga. Jadi di situlah ramai manusia silap. Dikejarnya hubungan sesama manusia lebih dari segalanya, atas dasar untuk memuaskan hati siapa? Hati manusia berbanding sang Pencipta sendiri.
Jadi sentiasalah bersujud kepadaNya, berdoa agar keluarga dilindungi, bukan sahaja suami isteri malah hubungan sesama keluarga dengan ibu ayah juga adik beradik.
Malah jika anda orang yang terlalu taksub bekerja juga anda akan diuji, bila-bila nikmat kerja itu akan ditarik semula, dan apabila tak punyai pekerjaan, keluarga pun hilang tempat bergantung.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ohbulan
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcurang-dalam-perkahwinan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!