TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

3 min bacaan
Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Kedudukan solat suami isteri di ruang yang sempit menjadi berubah sepertimana diajarkan dalam Islam. Namun jangan risau, solat anda tetap sah

Sudah menjadi hukum kedudukan isteri ketika solat berjemaah adalah berada di belakang suami. Namun, bagaimanakah kedudukan solat suami isteri jika solat jemaah itu dilakukan di ruangan yang sempit?

Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Diajarkan Dalam Islam

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah tempat atau persinggahan yang memiliki ruang agak terbatas. Dalam hal ini, Islam memudahkan urusan solat suami isteri dengan membenarkan perubahan pada kedudukan solat suami dan isteri dalam rumah yang sempit.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi sebuah hadis daripada Anas bin Malik RA:

‎ أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا ، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ

Maksudnya: “Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah S.A.W memakan makanan yang telah dimasaknya.

Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda: “Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua”.” Kemudian Rasulullah S.A.W berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami.

Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.”

Menurut Imam al-Nawawi Rahumahullah: 

“Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan.”

Rujukan Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/293)

Berdasarkan daripada hadis tersebut, jelas kedudukan solat wanita adalah di belakang imam dan makmum lelaki. 

Kedudukan Solat Suami Isteri Di Tempat Yang Sempit atau Ruang Terhad

solat suami isteri

Namun Ustaz Azhar Idrus berpendapat, jika pasangan suami isteri itu harus solat di ruangan yang sempit maka dibenarkan isteri untuk solat di sebelah kiri suami.

Kedudukan solat suami isteri itu turut dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel yang diterbitkan,

“Jika makmum wanita terkehadapan berbanding saf lelaki selagi mana tidak terkehadapan mengatasi imam, atau makmum wanita solat bersebelahan imam atau sebelah makmum lelaki, maka sah solat wanita itu, dan juga solat lelaki, tanpa ada khilaf di sisi kami.”

Rujukan Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/297)

Di sini menjelaskan bahawa jika terdapat keperluan maka isteri dibolehkan untuk solat di sebelah kiri suami.

Keperluan yang disebutkan di sini adalah seperti solat berjemaah di ruangan yang sempit hingga menyukarkan untuk mengekalkan posisi solat berjemaah yang asal.

Hukum Solat Bagi Isteri Yang Berada Pada Sebelah Kiri Imam

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isteri yang solat di sebelah kiri suami kerana ruangan solat yang sempit, solat tersebut dikira sah.

Berdasarkan keterangan di atas, seorang isteri yang solat di sebelah kiri suami hukumnya tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak makruh namun ia hanya termaktub sekiranya ruang solat itu sempit kerana ada keperluan.

Kami sertakan video penjelasan tentang situasi ini mengikut Ustaz Azhar Idrus sebagai rujukan.

Kesimpulannya, kedudukan solat suami isteri tidak tetap dan boleh berubah mengikut situasi. Namun, susunannya perlu mengikut adab dan tertib saf yang disarankan dalam Islam, seperti isteri berdiri di belakang suami untuk menjaga kekhusyukan solat.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Youtube, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Jika Anak Tidak Solat, Adakah Ibu Ayah Yang Akan Menanggung Segala Dosa Mereka?

Baca juga: Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Stories Rakan Kongsi
Learning through play keeps boredom at bay!
Learning through play keeps boredom at bay!
7 simple facts about poop every parent should know
7 simple facts about poop every parent should know
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Immunity, The Outdoors & Resilience: How They All Work Together
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham