X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Solat Taubat: Niat & Cara Melakukannya (Doa Taubat Lengkap)

6 min bacaan
Solat Taubat: Niat & Cara Melakukannya (Doa Taubat Lengkap)

Solat taubat boleh dilengkapi dengan doa taubat dan saiyidul istighfar bagi memohon keampunan dari Allah SWT.

Solat taubat hukumnya adalah sunat bukannya wajib dan yang wajib ialah taubat itu sendiri walaupun anda melakukan dosa kecil. Solat sunat taubat dikerjakan sekurangnya dua rakaat seperti solat sunat yang lain dan sunat baca surah selepas membaca surah Al-Fatihah.

▲▼Isi Kandungan

  • Maksud Solat Taubat
  • Syarat-Syarat Taubat
  • Waktu Solat Taubat
  • Niat Solat Taubat
  • Bilangan Rakaat
  • Cara Solat Taubat
  • Bacaan Zikir Dan Istighfar Selepas Solat Taubat
  • Doa Taubat
  • Hikmah Solat Taubat
  • Penutup: Allah Itu Maha Penerima Taubat

Maksud Solat Taubat

Solat Sunat Taubat adalah solat yang sangat disarankan jika kita merasa telah melakukan dosa atau kesalahan, dan ingin kembali dekat dengan Allah.

Selain beristighfar dan menyesali apa yang telah berlaku, kita boleh sempurnakan taubat nasuha dengan melakukan solat dua rakaat.

Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak terlepas dari kesilapan dan dosa, tetapi yang terbaik adalah mereka yang cepat bertaubat.

Melaluinya kita menunjukkan kesungguhan untuk kembali ke jalan yang benar dan mendekatkan diri dengan Allah, kerana solat adalah ibadah yang paling istimewa untuk menghubungkan kita dengan Pencipta.

Syarat-Syarat Taubat

Solat ini dilakukan selepas seseorang menyedari kesalahan yang telah dilakukan dan dengan penuh rasa penyesalan, memohon keampunan daripada Allah.

Beberapa syarat taubat yang perlu dipenuhi termasuk:

  • benar-benar menyesal atas dosa yang lalu
  • meninggalkan perbuatan dosa tersebut
  • bertekad untuk tidak mengulanginya

Namun, jika dosa yang dilakukan melibatkan perbuatan terhadap manusia, seperti mencuri, mengumpat, atau memukul, kita juga perlu memohon maaf kepada mereka dan memperbaiki hubungan itu sebagai sebahagian daripada taubat yang sebenar.

Waktu Solat Taubat

Advertisement

Ia boleh dilakukan bila-bila masa, bahkan dalam waktu yang biasanya diharamkan untuk solat sunat, kerana ia dilakukan untuk bertaubat segera kepada Allah.

Namun, waktu terbaik adalah selepas tengah malam ketika Qiamullail, kerana suasana yang tenang membuatkan solat lebih khusyuk.

Tapi, yang paling penting, bila kita rasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, mulakan dengan segera – dan solat adalah cara terbaik untuk itu!

Niat Solat Taubat

Rumi: Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Niat dalam hati: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat

Tiada keterangan khusus tentang bilangan rakaat untuk solat ini, tetapi kebanyakan ulamak berpendapat ia boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, atau enam rakaat.

Cara pelaksanaannya sama seperti solat sunat yang lain, dengan niat dan kekhusyukan untuk memohon keampunan dari Allah.

Cara Solat Taubat

Berikut adalah caranya:

Rakaat Pertama

  • Baca doa iftitah
  • Surah yang diperlu dibaca pada rakaat pertama: Surah Al Fatihah & Al Kafirun
  • Selesai baca rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua

  • Baca surah Al Fatihah Dan surah Al Ikhlas
  • Teruskan solat dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehingga selesai rakaat ke-2.
  • Semasa sujud rakaat kedua, bisikkan:

إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Rumi: “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”

Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

7. Salam

Nota: ulangi lagi sekiranya ingin menambah bilangan rakaat. Tetapi 2 rakaat sudah memadai.

Bacaan Zikir Dan Istighfar Selepas Solat Taubat

إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

  • “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : .” 7X
  • Istighfar 40X
  • Subhanallahi wabihamdih subhanallahil Adzim 7X

Doa Taubat

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah.

1.Doa Taubat

Rumi: Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

2.Saiyidul Istighfar

Allaahumma Annta Rabbii Laa iLaaHa ilLaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Maas-Tatha-Tu ‘A-Uudzu-Bika Min Syarrimaa Sona’-tu, Abuu-U-Laka Bini’matika Alayya, Wa Abuu-U BiDzanmmBi, Fagh-Fir-Lii Fa-innahu Laa Yagh-Firudz-DzunuuBa ilLaa Annta.

Maksudnya:

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Hikmah Solat Taubat

Hikmah itu sebenarnya kebaikan yang tersembunyi di balik setiap peraturan Allah, yang bukan untuk kepentingan-Nya, tapi untuk kebaikan kita semua.

Solat Sunat Taubat sendiri punya hikmah besar, iaitu untuk membersihkan dosa-dosa kita dan menunjukkan betapa seriusnya niat kita untuk bertaubat.

Walaupun istighfar pun boleh mengampuni dosa, menunjukkan kita benar-benar menyesal.

Waktu terbaik buat solat ini adalah di tengah malam atau menjelang sahur, dengan sujud panjang sambil merenung kembali dosa-dosa kita. Taubat yang disertai dengan solat ini adalah jalan terbaik untuk mendapatkan keampunan Allah!

Penutup: Allah Itu Maha Penerima Taubat

 

Telah berkata Syeikh Muhammad bin Umar An-Nawawi :

و منه صلاة التوبة و هى ركعتان قبل التوبة ينوى بهما بنة التوبة و تصحان بعدها و التوبة واجبة على الفور و لو من صغيرة و تاخيرها ذنب تجب التوبة منه و لا يعد تاخير التوبة باتيان الركعتين لاجلها لانها من و سائلها و فائدة التوبة انها حيث صحت كفرت الذنب و لو كبيرة

Maksudnya:

“Dan setengah daripada solat-solat sunat itu ialah solat taubat dan iaitu dua rakaat sebelum bertaubat dan berniat ia dengan dua rakaat itu dengan niat bertaubat. Dan sah kedua rakaat itu selepas dari bertaubat. Dan bertaubat itu wajib dengan bersegera sekali pun dari dosa yang kecil. Dan melambatkan taubat itu mewajibkan bertaubat pula darinya dan tidak dikira melambatkan taubat dengan melakukan dua rakaat solat taubat dari kerana bahawasanya ia adalah dari jalan kepada taubat. Dan sungguhnya sunat taubat yang sah itu memadamkan bagi segala dosa sekali pun dosa besar.” (Kitab Nihayah Zain)

Kesimpulannya, cara solat sunat taubat itu hukumnya adalah sunat bukannya wajib. Ada pun sunat taubat maka hukumnya adalah wajib samada dari dosa besar atau dosa kecil.

Ustaz Azhar Idrus, Azyeza Zye

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Cara Solat Dhuha Berserta Doa, Rahsia Pembuka Pintu Rezeki & Keampunan

Baca juga: Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Solat Taubat: Niat & Cara Melakukannya (Doa Taubat Lengkap)
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham