Umum sedia maklum, setiap wanita perlu menutup aurat. Memandangkan tidak lama lagi kita akan bercuti dan balik beraya di kampung, ramai mengambil mudah akan aspek aurat dengan ipar.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:
- Aurat dengan ipar, ketahui batas aurat yang diajar dalam Islam
- Jangan pandang mudah soal aurat dengan ipar
- Batas aurat lelaki dengan perempuan
Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat hidup dengan hanya menurut kemahuan sendiri. Kejadian kita di muka bumi ini juga adalah bersebab. Begitu juga dengan suruhan menutup aurat kepada para wanita.
Aurat dengan ipar, ketahui batas aurat yang diajar dalam Islam
Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.
foto: yanie yusuf
Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis.
Seorang pengguna Facebook, Naziah Mustaka, telah berkongsikan sesuatu yang bermanfaat menerusi satu hantaran di mana dia menjelaskan bagaimana keadaan dia dan adik beradik yang cuba untuk menjaga aurat di dalam rumah sewaktu keberadaan ipar.
Menurutnya dalam penulisan hantaran tersebut, dia dan adik-beradik yang lain termasuklah kakak iparnya akan memakai tudung di dalam rumah apabila ipar mereka pulang ke kampung. Buka sahaja di hari raya, malah hari-hari biasa juga.
Mereka hanya akan buka tudung di dalam bilik, bilik air, ketika abang-abang iparnya pergi solat jumaat atau keluar berjalan-jalan.
Kadang-kadang memang menggelabah juga bila mereka balik secara mengejut, waktu itulah tak terjumpa tudung katanya. Sehinggakan tuala mandi dijadikan penutup kepala.
Waktu tidur pula, disebabkan tak cukup bilik, yang tidur luar kena tutup dengan tirai solat.
Jangan pandang mudah soal aurat dengan ipar
Naziah turut bercerita, “Balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.”
Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras disebabnya masa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.
“Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram disekelilingnya, rimas, panas.
Ditambah pula beratur di bilik mandi. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.
“Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
Suami yang perihatin sepatutnya mengambil kira untuk tetap menyembunyikan aurat isteri, meringankan pengorbanan jika terpaksa ‘berbungkus’ 24 jam,” tegasnya.
“Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.
“Maka menyediakan ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.
“Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai-ramai di kampung halaman. Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram,” jelasnya.
Batas aurat lelaki dengan perempuan
Aurat lelaki:
Di dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Bermakna, mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi.
Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.
Aurat wanita:
Aurat wanita adalah lebih sukar dan berubah mengikut situasi, iaitu:
- Di hadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan.
- Di hadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah di antara pusat hingga lutut.
- Di hadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
- Di hadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat. Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum? Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita di hadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.
- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Meskipun ini pandangan yang dominan, tetapi ada pandangan berbeza pasal aurat perempuan ini, ada yang mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita adalah aurat kecuali di hadapan suaminya.
Ada pula yang mengatakan bahawa kewajipan menutup seluruh anggota badan selain muka dan telapak tangan bagi wanita hanya dalam keadaan solat atau ihram.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri
Baca Juga: Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah, Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta
Baca Juga: Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!