X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

4 min bacaan
Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

Penampilan diri selepas bergelar isteri kebanyakannya telah berubah. Mana tidaknya setiap masa anda perlu berkorban uruskan rumah tangga

Penampilan diri hendaklah sentiasa dijaga supaya mata sekeliling sedap memandang, terutamanya bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga. Tidak dinafikan ramai suri rumah mengabaikan perkara ini dengan alasan ‘hanya duduk di rumah jaga anak-anak, tidak perlu cantik-cantik’.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri jaga penampilan diri, suami kenalah hargai dan berhenti pandang yang lain
  • Jadi pasangan yang boleh bagi pendapat bila isteri jaga penampilan diri
  • Isteri yang pandai melawa mampu menarik hati suami

Namun tahukah anda bahawa setiap lelaki suka melihat kecantikan? Mereka lebih terpikat kepada isteri yang pandai jaga penampilan diri ketika berada di luar ataupun dalam rumah.

Isteri jaga penampilan diri, suami kenalah hargai dan berhenti pandang yang lain

isteri suka melawa

Menurut perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Syamsul Fitri mengenai pandangan seorang suami terhadap isterinya.

Awal perkahwinan dulu saya tak pernah ambil kisah jika isteri nak melawa. Cukup bagi saya pakai baju yang biasa sahaja.. Malas betul nak menunggu dia bersiap lama-lama.

Suatu hari saya tertengok gambar dia waktu bujang dulu. Kenapa dulu lawa, sekarang biasa-biasa?

Baru saya sedar rupanya saya ada tersalah cara! Kalau bini melawa tu pujilah, baru seronok hati dia. Bila hatinya sentiasa bahagia, tentu keluarga pun ceria.

Tak ada dah nak marah-marah bila kita sibuk kerja. Nak main game pun tenang! Biasalah tu, siapa-siapa pun akan rasa seronok bila dapat pujian. Lebih-lebih lagi kalau suami yang puji, tahap bangga tu lagi tinggi dari orang lain.

Ya lah dia dah kahwin dengan kita tentu saja perhatian dari suami yang dimahukan. Janganlah angguk saja bila isteri tanya cantik ke tidak, ulas saja apa yang kita nampak depan mata.

Jadi pasangan yang boleh bagi pendapat bila isteri jaga penampilan diri

”Cantik baju ni, sesuai dengan u nampak kurus. Tudung pun matching sangat tak nampak kedut, muka u pun nampak young gittu!” konfem senyum habis si isteri!

Bukan senang nak melawa.

isteri jaga penampilan

Dulu waktu bujang suka tengok perempuan cantik yang tidak bersolek kononnya. Tahukah anda sebenarnya mereka ada pakai makeup, cuma kita je tidak tahu.

Dah kahwin ni baru saya sedar paling kurang pun sapu bedak dengan gincu, barulah isteri yakin bila keluar rumah.

Baju tak payah cakap lah, kalau nak bergambar tak boleh baju sama nanti dia rasa segan nak muat naik di IG, risau orang mengata asyik pakai baju sama.

Padahal saya sendiri pun tak perasan yang dia pakai baju lama, semua benda ini ambil masa nak siapkan. Make up paling kurang pun 30 minit. Jadi sebagai lelaki, kita kenalah bertenang menunggu isteri.

Jangan push mereka nanti rosak mood, terus tak seronok. Nak ambil gambar pun tak lalu. 

Selalu lah puji bila isteri melawa. Ia bukan benda senang jika dibandingkan dengan orang lelaki bersiap.

Bila bina jaga penampilan diri dan melawa, suamilah yang paling beruntung. Sebabnya tak payah terliur tengok perempuan lain. Saya selalu letak benda ni dalam kepala. 

Buang masa dan habis duit dalam poket sahaja kalau berkenan dekat perempuan lain. Kalau nak kahwin, kena keluar belanja yang lain pula. Kalau tak nak, satu hal nak sembunyikannya dari isteri.

Isteri yang pandai melawa mampu menarik hati suami

isteri cantik

Kesimpulannya, biarkan saja isteri melawa. Nanti suami juga yang suka. Bila suami tak pandang perempuan lain, semestinya dialah yang paling gembira.

Orang perempuan suka melawa, usahlah kecam hobi mereka. Jangan ingat ia untuk tatapan lelaki lain pula, ia hanya untuk tingkatkan keyakinan diri isteri sahaja.

Hidup berumahtangga perlulah sama-sama mengecapi bahagia. Jangan sesekali mengabaikan perasaan isteri. Sesekali pujilah isteri dan hargailah usahanya, biar hati isteri sentiasa gembira.

Fahamilah keinginan setiap pasangan. Isteri sudah korbankan banyak waktu rehatnya untuk menguruskan hal rumah tangga, sebagai suami bawalah dia keluar beli pakaian baru atau keperluan bersolek.

Mesti dia rasa sangat terharu, janganlah kedekut laburkan duit untuk isteri sendiri, besar pahalanya.

Syamsul Fitri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kisah Benar Suami Mengadu Rasa Geli Isteri Busuk & Badan Seperti ‘Dugong Bunting’

Baca juga: Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang

Baca juga: ”Bila Keluar Rumah Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Nak Berhias Malas,”- Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!

Stories Rakan Kongsi
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham