X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sibuk Kerja Sambil Urus Anak Punca Wanita Sering Abaikan Kesihatan Hingga Alami Depresi!

3 min bacaan
Sibuk Kerja Sambil Urus Anak Punca Wanita Sering Abaikan Kesihatan Hingga Alami Depresi!Sibuk Kerja Sambil Urus Anak Punca Wanita Sering Abaikan Kesihatan Hingga Alami Depresi!

Disebabkan peranan wanita semakin berat pada hari ini, ia membuatkan aspek penjagaan kesihatan sering kali diabaikan tanpa melihat kesan yang bakal dihadapi oleh mereka.

Pernah tak anda terfikir bahawa kesihatan wanita itu amatlah penting untuk sentiasa dipelihara? Tahukah anda, ia boleh mengubah masa depan anda di kemudian hari dengan pelbagai penyakit yang mungkin disebabkan oleh persekitaran, emosi, pemakanan dan gaya hidup.

Baru-baru ini, sempena bulan kesedaran bagi memperingati Kanser Payudara, Natugee iaitu jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik bekerjasama dengan Mrs Malaysia World bagi mendidik tentang penjagaan kesihatan wanita “Healthy Is The New Happy! A Better You Today” supaya kualiti hidup seseorang wanita itu aman dan harmoni di masa hadapan mereka.

Program yang berlangsung ini bukan hanya untuk memberi kesedaran berkaitan kanser payudara sahaja, tapi ia juga meliputi segenap aspek kesihatan wanita kerana kita dapat lihat orang perempuan turut mengalami masalah kesihatan mental dan jumlahnya meningkat saban waktu!

Penjagaan kesihatan wanita dari segi mental dan fizikal

kesihatan wanita

Pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee berkata wanita pada hari ini memikul tanggungjawab yang sangat besar hingga ada segelintir daripada mereka mengabaikan kesihatan diri.

Hal ini kerana, wanita memikul peranan sebagai isteri, ibu, anak kepada ibu bapanya, menantu dan pekerja malah ada juga yang mempunyai perniagaan sendiri!

Atas sebab itu, tanggungjawab mereka sentiasa bertambah setiap masa, sekaligus menyebabkan wanita tidak dapat mengawal emosi.

Beliau menambah, setiap wanita perlu memastikan kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik tidak kira fizikal mahupun mental.

“Program ini juga bertujuan agar dapat mendidik kaum wanita supaya tidak mengambil ringan terhadap produk penjagaan wajah mereka kerana produk yang salah boleh mengganggu hormon dan menjejaskan kesihatan dalaman juga luaran,” katanya.

Program ini menampilkan empat panel bertauliah iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd Puan Rina Rifaee, Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Cliniques Dr Linda Mat Hassin, Pengarah Mrs Malaysia World 2019 Datin Harveen Kaur dan pelakon terkenal Datin Diana Danielle.

Datin Diana Danielle menyingkap masalah kegelisahan yang dihadapi

natugee

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti popular tanah air, Datin Diana Danielle yang juga isteri kepada pelakon filem Dato’ Farid Kamil ini. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora.

Semasa program berlangsung, Diana ada berkongsi pengalamannya yang menderita gangguan kebimbangan hingga menyebabkan kemurungan dan depresi.

Menurut Diana, masalah itu berlaku apabila dia sibuk bekerja, menguruskan anak-anak dan perniagaan yang baru bermula hingga membuatkannya sukar tidur lantas tertekan.

Keadaannya berlanjutan apabila beliau mula susah bernafas selama beberapa hari yang pada mulanya dianggap mungkin serangan asma. Namun keadaannya semakin teruk hingga dia akhirnya membuat keputusan untuk dapatkan rawatan sewajarnya.

Namun, Diana bersyukur dengan ibunya yang sentiasa prihatin dan memberi sokongan kepadanya sepanjang masalah kegelisahan yang dialami itu.

Turut menceritakan kisah yang sama, Puan Rena turut mengalami keadaan ini kerana perubahan gaya hidup, tekanan kerja dan masalah kesihatan yang dihadapi anaknya.

Akhirnya dia tekad menyertai sebuah kumpulan komuniti, tukar gaya pemakanan dan mengubah corak hidup hingga kesihatanya kembali pulih seperti sedia kala. 

*****

Kesimpulannya, sesibuk mana pun kita, ingatlah untuk sayangi diri anda terlebih dahulu kerana kesihatan juga penting untuk dijaga dengan sebaiknya kerana ia permulaan kepada kehidupan yang lebih bersinar di kemudian hari. 

Jika anda mengalami masalah yang sama, sila rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang betul. Semoga bermanfaat. 

Sibuk Kerja Sambil Urus Anak Punca Wanita Sering Abaikan Kesihatan Hingga Alami Depresi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Sibuk Kerja Sambil Urus Anak Punca Wanita Sering Abaikan Kesihatan Hingga Alami Depresi!
Kongsikan:
  • Trend Cederakan Diri Sendiri Makin Meningkat Di Kalangan Remaja & Kanak-Kanak, Anda Tahu Tandanya?

    Trend Cederakan Diri Sendiri Makin Meningkat Di Kalangan Remaja & Kanak-Kanak, Anda Tahu Tandanya?

  • Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi

    Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Trend Cederakan Diri Sendiri Makin Meningkat Di Kalangan Remaja & Kanak-Kanak, Anda Tahu Tandanya?

    Trend Cederakan Diri Sendiri Makin Meningkat Di Kalangan Remaja & Kanak-Kanak, Anda Tahu Tandanya?

  • Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi

    Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.