TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang

16 Dec, 2021
Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang

Sambut hari lahir pasangan adalah cara untuk menunjukkan kita menyayanginya. Namun tidak semua menghargai usaha ini

Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam kehidupan berumah tangga. Antara salah satu cara bagi meningkatkan kebahagiaan adalah mengingati dan sambut hari lahir suami tercinta pada setiap tahun.

Tidak semua memiliki kemampuan untuk buat sambutan hari lahir yang lengkap dengan belon, jambangan bunga dan makanan. Namun sebenarnya sudah memadai jika anda memberi ucapan sebagai tanda ingatan.

Sambut hari lahir suami dengan sebiji kek

Sambut hari lahir pasangan menjadi hari istimewa dan suatu kemestian dalam kehidupan suami isteri. Walau bagaimanapun tidak semua menghargai usaha ini kerana menganggapnya sama seperti hari-hari biasa.

Perkara ini dilalui oleh seorang wanita apabila dia dilihat berusaha sambut hari lahir suami tercinta, namun mendapat reaksi yang sebaliknya. 

Sebuah video telah dimuat naik dalam akaun TikTok @c_ehem menunjukkan wanita berkenaan menantikan kepulangan suaminya di rumah. Pada tangannya ada sebiji kek hari jadi yang sudah siap dipasang lilin.

sambut hari lahir suami

Setelah si suami membuka pintu, dia seolah-olah tidak gembira langsung dengan usaha isterinya. Malah tergesa-gesa beredar dari situ. Wanita berkenaan dilihat masih lagi berdiri memegang kek hari jadi dengan tersenyum manis yang mungkin menantikan kata-kata penghargaan daripada suami.

Setakat ini, tidak dipastikan lagi sama ada video tersebut berlaku di negara kita atau sebaliknya. Rakaman berdurasi 39 saat ini berjaya meraih 1.1 juta tontonan serta 65,000 komen dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rata-ratanya meluahkan rasa kasihan melihat usaha dan pengorbanan wanita tersebut tidak dihargai langsung oleh suaminya. Bukan itu sahaja, ramai yang meminta agar golongan lelaki belajar untuk menghargai pasangan dalam apa jua situasi.

Ramai yang memahami situasi dihadapi oleh wanita ini. Amat sakit bila segala usaha untuk membahagiakannya langsung tidak dihargai oleh orang tercinta. Malah ada juga berpendapat bahawa ia adalah sekadar ‘content’ untuk mendapatkan view tinggi, namun boleh dijadikan sebagai pengajaran buat pasangan yang lain.

Cara mudah untuk menghargai isteri

sambut hari jadi

credit to sources

Setiap wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Kedua-duanya adalah saling melengkapi. Sangat tidak adil untuk satu pihak sahaja yang berusaha menjalankan tanggungjawab sebaiknya dalam kehidupan suami isteri.

Meskipun masing-masing sibuk dengan tugasan seharian, isteri yang tidak bekerja dan penampilannya tidak secantik wanita lain juga layak untuk dihargai setiap masa.

Suami hendaklah memahami akan keadaan isteri kerana dia telah mengorbankan waktu rehatnya bagi menguruskan rumah serta menjaga anak-anak sebaik mungkin.

Sebenarnya untuk menghargai isteri tidak perlu hadiah yang mahal. Mereka hanya inginkan suami menyayangi dan menerima seadanya. Berikut panduan yang boleh anda cuba bagi membahagiakan isteri di rumah:

#1. Anggap isteri seperti diri anda sendiri

Jika anda inginkan layanan dan perhatian dari isteri, maka begitu jugalah dia inginkan dari anda. Justeru sentiasa letakkan diri anda di tempatnya yang sentiasa inginkan belaian, perhatian dan kasih sayang.

Jika waktu bercinta segalanya indah, tetapi kenapa selepas berkahwin menjadi semakin suram? Sepatutnya perlu sama-sama lakukan sesuatu yang boleh menambat hati pasangan. Hargailah mereka sebelum terlambat.

#2. Ciuman sebagai hadiah terindah

cara hargai isteri

credit to sources

Tanyakan pada diri anda sendiri, bilakah kali terakhir anda cium dahi isteri setelah melihat dirinya penat menguruskan segala hal? Sekali atau tidak pernah langsung?

Sebenarnya ramai suami memandang remeh akan perkara ini. Ciuman dari lelaki yang dicintai wanita mampu melenyapkan segala tekanan serta kepenatan yang ditanggungnya setiap hari. Justeru mulakanlah untuk mencium dahi pasangan anda dengan kerap ya!

#3. Sentiasa mengucapkan terima kasih

Ucapan terima kasih mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental seseorang. Dipetik dari psychologytoday.com, berterima kasih dapat mengurangkan emosi negatif seperti cemburu, kebencian atau kekecewaan.

Bukan itu sahaja, pakar psikologi dari Universiti California, Robert A Emmons mengatakan bahawa berterima kasih dapat meningkatkan kebahagiaan sesebuah hubungan dan sekaligus mengelakkan kemurungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baik Buruk Suami Hanya Isteri Yang Tahu, Bersyukurlah Jika Dia Masih Menjaga Aib Anda

Stories Rakan Kongsi
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
Sick Children Can Be A Handful, But Not With These Tips!
Sick Children Can Be A Handful, But Not With These Tips!
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham