X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah, Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta

4 min bacaan
Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah, Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta

Kalau suami selalu tegur tentang aurat isterinya, itu tanda dia sangat menyayangimu....

Anda tahu kan tentang batas aurat wanita? Sebab itu suami yang menyayangi isteri akan selalu menegur cara mereka berpakaian. Misalnya begini.

Sayang…nak pergi mana tu, mari sini dekat abang. Sambil dia tarik untuk labuhkan tudung isteri agar menutupi dada.

Tangannya juga menurunkan lipatan tangan baju isterinya supaya tidak kelihatan pada mata nakal yang lain.

Sweet, kan? Suami anda ada buat begini tak?

batas aurat wanita

Semestinya sebagai wanita kita mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi suami.

Tapi bukan hanya suami atas kad perkahwian tetapi mampu membimbing dan mendekatkan kita dengan Tuhan.

Sebab itu, wanita memang tetap mahu dibimbing oleh lelaki yang baik dan bukan semata untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Namun, lelaki yang baik itu memang terlalu ramai sampai kekadang tak tahu nak pilih yang mana.

Sampai kekadang tak tahu baik sebab suka atau sebab rupa.

Tapi jangan sesekali buruk sangka, mungkin mereka benar-benar ikhlas menyayangi kita. Malah, sanggup menerima serba kekurangan isteri tercinta.

Ada yang kata lelaki yang baik ini maksudnya tak pernah marah, berbudi pekerti, bijak mengambil hati orang tua dan pandai memujuk hati pasangan.

Tetapi sebenarnya lelaki dua kali ganda lebih baik kalau menegur cara isterinya berpakaian.

Suami menegur batas aurat wanita

aurat isteri

Namun, kalau suami selalu menegur cara anda berpakaian ketahuilah dia sebenarnya menyayang isterinya sepenuh jiwa dan raga. Malah dia mahu anda menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Jadi jangan sesekali berkecil hati atau menarik muka bila ditegur suami sedangkan teguran itu menyediakan ke arah kebaikan.

Ketahuilah bahawa niat suami itu agar dapat melindungi isterinya dari perkara yang tidak sepatutnya. Bahkan dia menganggap batas aurat wanita itu terlalu mahal sebab itu suami mahu menjaga aurat isterinya dari pandangan mata bukan mahram.

Buat lelaki pula, jangan jadi suami dayus kalau nampak isteri tak tutup aurat dengan sempurna malah tidak pernah menegur langsung tingkah laku isteri di luar.

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasullulah SAW bersabda, Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagihan arak. Lalu sahabat berkata, Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagihan arak tetapi apakah itu dayus? Lalu nabi berkata iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).

Jadi isteri, terimalah teguran suami itu dengan baik sebagai tanda cintanya kepada anda.

9 ciri-ciri lelaki dayus

aurat

Ini antara ciri-ciri lelaki dayus: 

#1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu terutama semasa berada di luar rumah.

#2 Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan siapa terutama lelaki. Malah sering pulang lewat ke rumah.

#3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan hingga aurat terlihat.

Stories Rakan Kongsi
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!

#4. Tidak menegur jika anak perempuannya ber’dating’ dengan tunang atau teman lelaki bukan mahramnya.

#5. Tak tegur anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

#6. Menyuruh dan bangga bila anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

#7. Izinkan anak atau isterinya berlakon dengan adegan berpelukan atas ranjang kononnya tuntutan kerja dan sebagainya.

#8. Biarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat denagn sempurna.

#9. Tak kisah bila tubuh isteri disentuh dengan lelaki lain tanpa sebab.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat dalam perkahwinan anda bersama pasangan. Kongsi dan tag suami anda dan minta mereka baca artikel ini supaya maklumat ini dapat dikongsi bersama. 

Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah, Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber & gambar:  Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah, Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta
Kongsikan:
  • Hebat, Doktor Malaysia Cipta Hijab Steril Pertama & Hospital Di UK Terimanya!

    Hebat, Doktor Malaysia Cipta Hijab Steril Pertama & Hospital Di UK Terimanya!

  • Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri

    Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Hebat, Doktor Malaysia Cipta Hijab Steril Pertama & Hospital Di UK Terimanya!

    Hebat, Doktor Malaysia Cipta Hijab Steril Pertama & Hospital Di UK Terimanya!

  • Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri

    Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.