X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Biarlah Suami Miskin Harta & Tak Mewah, Tapi Mungkin Dia Ada Kelebihan Yang Lain...

4 min bacaan
Biarlah Suami Miskin Harta & Tak Mewah, Tapi Mungkin Dia Ada Kelebihan Yang Lain...

Isteri, biarlah suami anda miskin harta tapi mungkin dia ada kelebihan lain yang tiada pada lelaki lain

Dalam setiap perkahwinan mestilah boleh untuk hidup susah senang bersama supaya bahtera yang dibina kekal sampai ke syurga.

Namun benarlah bagai dikata, tiada siapa yang ingin hidup susah dan tentunya semua orang mengimpikan untuk hidup dalam keadaan yang serba serbi ada.

Selain, hidup dalam keadaan kewangan yang stabil supaya segala keperluan dan kehendak dapat dipenuhi.

Ini kerana, apabila hidup mewah, semua perkara boleh dibeli dan banyak benda boleh dilakukan. Dengan duit segala kehendak dapat dipenuhi dan anda bebas melakukan apa sahaja.

Suami isteri perlu hidup susah senang bersama

susah senang bersama

Namun begitu, setiap pasangan suami isteri memang tidak akan dapat lari daripada masalah kewangan dan sering kali isu ini menjadi pertelingkahan dalam hubungan. Tak kurang juga ia punca kepada penceraian.

Ingin diingatkan, tak semua perkara boleh diselesaikan dengan wang ringgit kalau anda tahu mengatasi masalah tersebut dengan baik.

Tak dinafikan, dalam keadaan ekonomi sekarang, kestabilan kewangan amat diperlukan namun dalam masa yang sama kasih sayang dalam hubungan dan perhatian serta kesetiaan juga perlu dititik beratkan.

Mungkin suami tak mampu beri wang ringgit tapi dia sediakan keperluan lain

Ingatlah, walaupun pasangan anda tidak mampu berikan kemewahan dan wang ringgit seperti yang anda mahu tetapi mungkin dia menyediakan perkara lain kepada anda dengan baik.

Dia tidak mampu berikan anda barangan mewah seperti beg berjenama, makan di tempat yang hebat dan melancong ke luar negara tetapi dia sentiasa ada masa buat diri anda dan keluarga. Ia sudah cukup membahagiakan, bukan?

Malah, setiap kali pulang dari kerja, suami tidak akan keluar melepak di luar rumah tetapi lebih suka meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya. Bukankah itu yang isteri dambakan selama ini?

Ya, dia tak mampu menyediakan seorang pembantu rumah untuk bantu anda menguruskan rumah tapi sedar tak anda, dia selalu menghulurkan bantuan agar dapat meringankan kerja isterinya itu.

Apatah lagi, pernah satu hari anda dibenarkan berehat dan dia pula yang menguruskan segalanya sama ada memasak, menyapu sampah, membasuh pakaian dan lain-lain. Seronok, kan?

Ini bermakna, dia tahu menghargai isterinya yang tercinta.

Senyumlah pada suami setiap hari

susah senang

Kredit foto: Baitul Jannah

Mugkin dia jarang membawa anda pergi bercuti setiap bulan hatta setiap tahun sekalipun. Tetapi, dia jarang membawa masalah dalam rumah. Baginya isteri sudah cukup menenangkan jiwanya. Jadi hargailah dia.

Setiap wanita memang mengimpikan suami yang bergaji besar, punya kerjaya yang stabil dan miliki wang berjuta-juta. Tapi, kalau tiada kesetiaan, kejujuran dan tidak tahu menghargai pasangan, semua yang dimiliki tidak bermakna.

Justeru, jangan pandang pada harta dan pangkat suami semata-mata tapi lihat juga hatinya yang tulus untuk bersama anda. Asalkan dia setia dan tak pernah berlaku curang serta rajin bekerja, itu sudah cukup membahagiakan.

4 Faktor kemiskinan di bandar

kemiskinan bandar

Kredit foto: pa&ma

#1. Saiz isi rumah yang besar

Tahap pengangguran yang tinggi kerana penghijrahan menjadikan purata yang berkerja dalam isi rumah amat terhad. Sekaligus keperluan isi rumah tidak dapat dipenuhi kerana hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang bekerja.

#2. Krisis ekonomi

Stories Rakan Kongsi
Raikan Hari Ibu dengan Bloom and Grow
Raikan Hari Ibu dengan Bloom and Grow
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Kadar inflasi yang meningkat menjadi laluan kepada peningkatan harga barangan dan secara automatik pemintaan menurun.

Sekaligus ia menjurus kepada pemberhentian pekerja sebagai langkah berjaga dan penjimatan oleh majikan. Akhirnya golongan miskin yang sengsara.

#3. Pendapatan rendah

Keadaan ekonomi yang tidak menentu memaksa penduduk bandar untuk mengeluarkan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.

Selain itu, sikap majikan yang mengambil atau mengupah pekerja asing yang jauh lebih murah menjadikan penduduk sedia ada meraih pendapatan yang sedikit.

#4. Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah

Bagi penduduk dengan tahap pendidikan rendah, mereka mengambil pendekatan untuk berhijrah ke bandar dengan harapan mendapat pendapatan yang lebih tinggi.

Apabila ini berlaku, kawasan yang menerima banyak populasi ini akan mewujudkan kawasan setinggan yang kurang tahap kebersihan, kemudahan asas, pendidikan dan pemantauan kesihatan yang minimum.

Semoga bermanfaat.

Biarlah Suami Miskin Harta & Tak Mewah, Tapi Mungkin Dia Ada Kelebihan Yang Lain...

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! – Luah suami ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Biarlah Suami Miskin Harta & Tak Mewah, Tapi Mungkin Dia Ada Kelebihan Yang Lain...
Kongsikan:
  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham