Salah satu masalah yang cukup sensitif dan mampu mencetuskan konflik dalam rumah tangga adalah masalah kewangan. Oleh sebab itu, pasangan suami isteri harus berbincang tentang isu ini dengan teliti. Tapi suami jangan kedekut dengan isteri.
Kenapa? Ha… mari ikuti luahan seorang suami yang bernama Budi ini. Dalam status Facebook miliknya, suami ini membuktikan bagaimana perbuatan suami jangan kedekut dengan isteri mampu mendatangkan keuntungan di kemudian hari.
Apa yang lebih menggemparkan, Budi bukan saja tidak kedekut dengan isterinya, malah beliau sendiri sanggup memberi semua gaji beliau kepada si isteri!
Apa yang beliau dapat lihat selepas itu adalah rezeki yang semakin melimpah-limpah. Status ini mendapat pelbagai respon para netizen. Jom tengok apa penjelasan suami ini.
Suami jangan kedekut dengan isteri, serahkan semua gaji anda pada mereka
Kredit: Moneycontrol
***
Aku ada isteri yang hobinya asyik ke shopping mall,
Selera belanja dia tinggi, semua mahal-mahal,
Kadang aku fikir, apa yang dia mahu? Adakah aku mampu menampungnya? Adakah aku akan mampu untuk menyimpan?
Kalau betul aku mampu untuk menyimpan buat masa depan pun, adakah aku akan sanggup buat? Jadi diam-diam aku menyimpan sedikit duit tanpa pengetahuan isteri,
Niat aku hanya ingin mempunyai simpanan bagi masa depan…
Tapi sebenarnya?
Sebenarnya aku sering terbabas,
Aku akan tergoda dengan hobi aku,
Aku akan tergoda dengan kata-kata kawan,
Aku akan tergoda membeli barangan yang tidak penting.
Akhirnya, tiada apa yang aku sempat simpan pun.
Jadi satu hari aku ambil keputusan… Aku akan beri semua gaji aku pada si isteri,
Kredit: Facebook
Biar dia yang uruskan semuanya,
Biar dia buat apa saja. Kalau habis duit itu, maka habislah.
Aneh….
Selepas aku beri semua gajiku itu, isteri berbelanja biasa-biasa saja.
Malah rezeki kami tidak berhenti-henti mengalir. Aku bukan ingin berlagak sombong tapi MasyaAllah, Tuhan kurniakan lebih banyak rezeki untuk kami sekeluarga! Aku sungguh tidak sangka…
Anak-anak kami cemerlang di sekolah setelah kami mampu menghantar mereka ke sekolah terbaik,
Kami ada kereta yang mampu dibeli,
Rumah juga aku berjaya beli 2 tahun lepas,
Kami pergi melancong setiap tahu. Yang lebih syukur, kami mampu pergi Haji!
Adakah ini sebab isteri yang mengurus kewanganku, atau sebab isteri yang bahagia adalah keluarga yang bahagia?
Aku tak pasti. Tapi percayalah, suami jangan kedekut dengan isteri. Tiada istilah membazir jika duit gaji anda itu diguna demi isteri dan keluarga.
Jangan sesekali kedekut dengan isteri dan keluarga. Percayalah, kewangan anda akan semakin berkat dan semakin bertambah kerana anda percaya dengan isteri.
Tak percaya? Cubalah dulu. Baru anda tahu kata-kata aku ini 100% betul!
***
Suami jangan kedekut dengan isteri. Isteri yang bahagia adalah keluarga yang bahagia
Kredit: lgmoroch.com
Umumnya, pihak isteri memang lebih dipercayai sebagai “menteri kewangan” dalam mengendali hal kewangan keluarga. Hal ini mungkin kerana isteri lebih memahami tentang selok-belok kewangan dan harga barang.
Jadi tidak hairanlah bagaimana seorang isteri boleh dengan bijak dan amanah mengaturkan kewangan. Jika tidak, mungkin duit perbelanjaan itu akan habis sebelum cukup bulan!
Bagi saya, mungkin dengan memberi semua gaji suami pada isteri akan membuatkan isteri lebih peka tentang jumlah wang yang mereka ada. Dari kesedaran itu, isteri akan bijak berbelanja untuk tidak mendapat susah di kemudian hari.
Jadi ibu-ibu, siapa di antara anda di sini yang memegang semua gaji suami? Apa pendapat anda tentang hal ini?
Artikel diterjemah dari theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtip-simpan-duit-2018/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!