X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gaji Isteri Lebih Banyak Daripada Suami, Tak Salah Kan?

4 min bacaan
Gaji Isteri Lebih Banyak Daripada Suami, Tak Salah Kan?

Adakah gaji suami lebih kecil dari anda? Ini antara 4 penyelesaian yang boleh anda ikut untuk memastikan keluarga kekal bahagia tanpa suami terasa atau rasa tercabar.

Artikel ini bukan untuk merendahkan para suami, tapi boleh terjadi situasi di mana gaji suami kecil daripada gaji isteri. Ia mungkin kerana pertukaran kerja, kerja tetap atau kerja freelance dan sebagainya. Lagi-lagi dengan situasi sekarang, kewangan memang tidak menentu.

Setiap pasangan suami isteri harus bijak mengatur kewangan keluarga kerana tidak mahu hal duit menyebabkan rumah tangga porak-peranda. Kita sama-sama boleh meredah isu ini dengan lancar.

Jadi, mari ikuti perkongsian daripada Tina* di bawah yang membincangkan bagaimana anda harus merancang kewangan keluarga walaupun jika gaji suami kecil berbanding anda.

Cara merancang jika gaji suami kecil dari isteri

gaji suami kecil

Gaji saya 25% lebih banyak berbanding suami. Namun, kami berjaya mengharungi situasi ini dengan lancar. Kuncinya apa? Kuncinya adalah 4 peraturan di bawah dan seorang suami yang memahami dan bersikap realiti.

Walaupun gaji suami lebih sedikit, namun mereka masih perlu memberi nafkah pada isteri, melainkan jika isteri mengatakan tidak.

Tapi, dengan 4 peraturan ini, suami dan isteri bukan saja mampu meneruskan kehidupan tanpa masalah kewangan yang kronik, tapi rumah tangga yang bahagia juga. 

Ini 4 peraturan merancang berikut:

Advertisement

1. Bina dan tunaikan short-term goals sama-sama

gaji suami kecil

Semua pasangan suami isteri pasti ada individual life goal tertentu. Perkara ini yang membentuk siapa diri kita walaupun kita telah berkahwin.

Jadikan goals ini sebagai short-term goals yang kalian kena capai sama-sama. Contohnya short-term goal saya nak melancong. Jadi, saya simpan sebahagian gaji saya untuk benda ini.

Short-term goals suami pula adalah untuk belajar lebih banyak tentang minatnya pada muzik untuk meningkatkan prestasi kerja (dia bekerja dalam bidang muzik). 

Apa perlu suami isteri buat: Untuk mencapai sama-sama matlamat ini tanpa perselisihan faham adalah isteri boleh menolong suami dalam bentuk bukan kewangan.

Jadi, sementara saya simpan duit untuk travel sama-sama dengan suami, saya juga membantu suami dengan memperkenalkan pelbagai muzik lain padanya. 

Win-win situation kerana suami takkan rasa bersalah jika saya berbelanja untuk kami travel bersama. 

2. Rancang long-term goals dari awal

gaji suami kecil

Suami isteri pasti mahu membeli rumah selepas ada anak. Ia memerlukan komitmen yang berat. Jadi, kalian patut merancang pembelian rumah ini sebagai long-term goals. 

Oleh sebab gaji isteri lebih banyak dari suami, maka isteri boleh mengambil kuasa untuk mengawal simpanan bagi membayar duit muka rumah dan pinjaman bank asalkan gaji suami mungkin akan meningkat 20 atau 30 tahun lagi.

Tapi keputusan untuk menyimpan ini boleh berubah pada bila-bila masa, mengikut situasi kewangan kalian. 

3. Hanya guna duit dari satu pihak untuk perbelanjaan harian

Gaji Isteri Lebih Banyak Daripada Suami, Tak Salah Kan?

Oleh sebab gaji suami kecil berbanding isteri, maka isteri perlu lebih menyimpan duit untuk mencapai long-term goals. Jadi, guna duit gaji suami untuk perbelanjaan di rumah.

Dengan gaji suami itu, kalian boleh membayar bil harian, barangan dapur dan sewa. Jadi apabila gaji suami digunakan untuk mengurus rumah, isteri ada duit lebih (duit selepas simpanan) yang boleh digunakan untuk kesenangan kalian bersama.

Contohnya mungkin nak pergi tengok wayang dan makan di restoran mahal.

4. Jangan fikir banyak jika mahu menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri/pasangan

gaji suami kecil

Perbelanjaan persendirian adalah salah satu cara untuk menghadiahkan sesuatu pada diri anda. Kan kita sendiri sudah penat bekerja?

Suami atau isteri berhak untuk berbelanja bagi menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri atau pasangan. Mungkin isteri minat alat solek dan suami suka permainan PS3 terbaru. 

Guna duit gaji untuk beli hadiah-hadiah ini. Tapi, asingkan siap-siap duit simpanan dan duit perbelanjaan harian. Yang penting tahu tanggungjawab masing-masing sebelum berbelanja untuk diri sendiri. 

Merancang kewangan memerlukan tolak-ansur dan persefahaman daripada suami isteri. Roda dunia tidak selalunya di atas. Kadang-kadang, ia berputar ke bawah. 

Jadi, keluarga yang bahagia harus bijak mengatur kewangan mereka. Anda dan suami mampu mengharungi detik-detik ini.

Moga keluarga kalian sentiasa dilindungi. 

Artikel digubah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kesetiaan Isteri Diuji Apabila Suami Tidak Punya Harta, Sejauh Mana Kebenaran?

Baca juga: Suami Malas Kerja, Curi Duit Anak Sampai Isteri Tertekan Kena Tanggung ‘Biawak Hidup’!

Baca juga: Dituduh Kahwin Kerana Harta, Suami Pula Bermesej Kekasih Lama, Wanita Ini Terus Cekal & Tabah

Stories Rakan Kongsi
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Gaji Isteri Lebih Banyak Daripada Suami, Tak Salah Kan?
Kongsikan:
  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham