TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

4 min bacaan
Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

Kenapa tuduh isteri hanya tahu menghabiskan duit suami saja, jika dalam Islam sendiri, ada 5 hak isteri yang wajib disediakan oleh suami?

Baru-baru ini, seorang isteri menangis-nangis kesedihan menceritakan nasibnya kepada theAsianparent Malaysia. Ujar wanita tersebut, dirinya dihina dan dituduh menyusahkan suami sendiri apabila menggunakan duit suaminya. Namun, bukankah itu hak isteri dalam Islam?

Itulah realiti bila anda sudah berumah tangga. Apabila baru saja ingin beli barang atau sesuatu, pasti akan ada mulut-mulut yang sibuk “membawang” mengatakan isteri tersebut sengaja “menghabiskan” duit suami.

Lebih-lebih lagi kalau isteri itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah. Mulalah ada makcik-makcik, mentua, ipar, biras, kawan-kawan mahupun siapa saja akan mula bercakap belakang. 

Isteri dituduh menghabiskan duit suami – Bukankah itu hak isteri dalam Islam?

hak isteri, nafkah isteri, tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab seorang suami, hak suami dan isteri, tanggungjawab suami dalam al quran, hak suami, hak istri terhadap gaji suami, jenis nafkah, nafkah isteri yang bekerja, nafkah istri bekerja, kadar nafkah isteri, tanggungjawab isteri bekerja

Oleh sebab ramai isteri di Malaysia yang sering teraniaya, ditindas dan tidak memahami dengan jelas tentang apa hak isteri dalam Islam yang wajib ditunaikan suami, kami akhirnya membawa isu ini untuk dijawab oleh Uztad yang mahir.

Uztad Fawwaz akhirnya menerangkan serba-sedikit tentang erti hak isteri pada duit suami yang wajar difahami oleh semua umat Islam.

“Dalam institusi rumah tangga, suami isteri wajib tahu hak masing-masing. Dalam Islam, setiap suami wajib melayani isteri dengan baik. 

Manakala untuk isteri pula, anda wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam ini adalah agama yang sempurna.  Setiap hukum dan peraturan bukan hanya memihak kepada satu pihak sahaja, tapi pada semua pihak.”

5 hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami

hak isteri, nafkah isteri, tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab seorang suami, hak suami dan isteri, tanggungjawab suami dalam al quran, hak suami, hak istri terhadap gaji suami, jenis nafkah, nafkah isteri yang bekerja, nafkah istri bekerja, kadar nafkah isteri, tanggungjawab isteri bekerja

Kenapa menuduh seorang isteri menghabiskan duit suaminya, jika seorang suami itu sendiri wajib menyediakan 5 nafkah ini pada isteri?

Inilah hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami:

  1. Makan minum isteri, duit belanja dapur dan bil
  2. Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas seorang isteri adalah sebanyak RM3,00 setahun. Maka, ia bererti RM250 sebulan. Ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
  3. Rumah yang selesa (untuk tinggal dengan aman dan memudahkan isteri membuka auratnya, tanpa individu bukan muhrim)
  4. Ubat-ubatan
  5. Pakaian baru 2 persalinan setahun (termasuklah pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll

Hal ini bererti seorang suami wajib menanggung semua nafkah dan perbelanjaan perkahwinan. Jika isteri bekerja, janganlah sesekali mengambil ringan isu ini. 

Isteri yang tidak bekerja dan memilih untuk jadi suri rumah tangga juga bukan “tin kosong” semata-mata. Ada saja yang berpendidikan tinggi. Namun selepas berkahwin, terdapat pelbagai cabaran dan tuntutan lain yang perlu didahului.

Nasihat bernas tentang isu hak isteri terhadap duit suami

Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

“Kepada isteri, apabila sudah mengetahui tentang hak nafkah ini, janganlah pula “demand” lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami. Apapun, ikut kemampuan suami sendiri.

Jadilah penyejuk hati suami dalam apa keadaan sekalipun. Hakikatnya, bersyukur itu lebih membuatkan hidup anda bahagia. Amanah dengan duit yang diberi. Buat suami pula, jika isteri bekerja, janganlah “sedap” menggunakan duit isteri tanpa izin. Kalau semua benda/urusan menggunakan duit isteri, jika dia tak menghalalkannya kelak, suami itu sendiri yang tak akan lepas di akhirat. Bersyukurlah di sebalik sebarang cabaran dan ketidakmampuan, hakikatnya, ada hikmah yang tersembunyi. Allah SWT itu sendiri adalah pemberi rezeki dan pemberi rahmat.”

Hak isteri pada duit suami: Apa salahnya jika isteri jadi Gabenor Bank di rumah?

Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

Jika sejak berkahwin ini, baki duit gaji anda suami isteri hanya mampu bertahan selama 2-3 minggu saja, percayalah – ini masanya untuk lantik isteri anda sebagai Gabenor Bank di rumah.

Kenapa? Kerana hakikatnya, wanita ini lebih teliti daripada lelaki. Mereka juga lebih berfikiran jauh. Jika isteri memegang semua duit suami, ini bukan bermaksud mereka “queen control“.

Tapi ia bermaksud mereka suami isteri telah bekerjasama untuk menggalas tanggungjawab ini. Cukuplah suami penat keluar bekerja di luar mencari rezeki. Isteri pula harus menjaga bajet kewangan keluarga dengan sempurna.

Apabila ditugaskan sebagai Gabenor Bank di rumah, isteri jangan pula culas. Lakukan bajet kewangan setiap bulan. Berikut antara langkah-langkah membuat bajet kewangan:

  1. Senaraikan pendapatan bersih (selepas ditolak KWSP, SOCSO, Potongan Cukai)
  2. Atur perbelanjaan (asingkan perbelanjaan tetap dan perbelanjaan berubah)
  3. Buat anggaran perbelanjaan setiap bulan (perbelanjaan tidak boleh melebihi pendapatan. Kenal kehendak dan keperluan)
  4. Rekod perbelanjaan
  5. Semak kembali perbelanjaan yang telah dibuat pada akhir bulan, dan baiki bajet bulan hadapan

Ha! Kan senang. Lepas ini, semoga isu isteri menghabiskan duit suami tidak lagi menjadi isu panas yang sering dicanang-canang orang. 

Percayalah, hanya orang yang “biasa” sahaja akan sibuk bercakap tentang orang dan rumah tangga lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Baca juga: Tanggungjawab Isteri Pada Suami Dalam Rumah Tangga, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai – Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham