X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

4 min bacaan
Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

Mari dapatkan kefahaman sebenar tentang hak penjagaan anak selepas berlakunya perceraian antara ibu dan ayah pada usia anak masih kecil.

Tiada siapa yang mahukan perceraian. Namun, jika ia terjadi tatkala anak kita masih kecil, antara persoalan yang sering bermain di fikiran ibu ayah adalah: hak penjagaan anak akan diberikan kepada siapa selepas bercerai?

Ada yang merasakan ibu adalah penjaga tunggal lagi mutlak yang akan diberi tanggungjawab untuk menjaga anak selepas ibu ayah berpisah. Tapi, itu bukanlah satu pemikiran yang betul.

Hak penjagaan anak kecil, hadhanah

hak penjagaan anak

Kredit: Freepik

Hak penjagaan anak kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Kalau ibu ayah nak tahu, hukum penjagaan anak diperolehi melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr ketika seorang wanita datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:

“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”

Maka, hadis riwayat Abu Daud ini telah dijadikan dasar kepada pemberian hak penjagaan anak kepada ibu jika berlakunya perceraian.

Baca juga: Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

Adakah hak ibu untuk menjaga anak satu hak yang mutlak dan kekal?

hak penjagaan anak

Kredit: Unsplash

Jawapannya adalah tidak sama sekali! Di negara kita, hak jagaan anak selepas bercerai akan ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Si ibu yang diberikan keistimewaan untuk menjaga anak PERLU memenuhi syarat berikut:

  • seorang Islam
  • sempurna akal
  • mampu memberi jagaan dan kasih sayang pada anak
  • berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah
  • mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat

Perkara lain yang boleh menyebabkan si ibu hilang hak penjagaan anak

Ada beberapa perkara lain yang boleh membuatkan pihak mahkamah menggugurkan kelayakan ibu untuk menjaga anaknya.

  • jika si ibu berkahwin lain dengan seseorang yang tiada pertalian darah dengan anaknya dan jika hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan si anak
  • jika si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
  • jika si ibu berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menjauhkan anak daripada ayahnya
  • jika si ibu itu murtad
  • jika si ibu mengabaikan atau menganiaya anaknya

Jika si ibu dinilai oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak layak untuk menjadi penjaga anak-anak kerana tidak memenuhi syarat, maka hak penjagaan anak akan jatuh kepada orang tertentu.

Selain ibu, siapa yang layak jaga dan berhak terhadap anak?

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

Kredit: Pexels

Susunan senarai penjaga yang akan diberi kuasa untuk memelihara anak yang ibu ayahnya telah bercerai adalah seperti berikut:

  • ibu
  • nenek sebelah ibu dan ke atas
  • bapa
  • nenek sebelah bapa dan ke atas
  • kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  • kakak atau adik perempuan seibu
  • kakak atau adik perempuan sebapa
  • anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  • anak perempuan daripada kakak atau adik seibu
  • anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
  • mak saudara sebelah ibu
  • mak saudara sebelah bapa
  • waris lelaki yang boleh menjadi warisnya

Seperti yang anda lihat dalam senarai di atas, bapa, secara amnya, berada di kedudukan ketiga dalam penentuan hak jagaan anak selepas bercerai.

Bolehkah anak menentukan dengan siapa dia mahu tinggal?

hak penjagaan anak

Kredit: Freepik

Ya, keputusan anak akan diambil kira oleh pihak mahkamah ketika menentukan siapa yang akan menjaga anak selepas perceraian.

Tetapi, anak tersebut bukanlah anak kecil. Dia perlulah seorang yang telah baligh atau mumayyiz (dapat membezakan antara baik dan buruk, antara benar dan salah serta sudah mampu menjaga kebajikan diri sendiri).

Walaupun begitu, keputusan akhir masih di bawah ketentuan pihak mahkamah. Jika anda hendak tahu lagi, undang-undang yang berkaitan tentang hak penjagaan anak bergantung kepada enakmen negeri masing-masing.

Jika anda sedang mengalami permasalahan tentang hak jagaan anak selepas bercerai, teruslah mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak peguam di tempat anda bagi mendapatkan bantuan atau kepastian.

Yang pastinya, hak penentuan untuk menjaga anak akan ditimbangtara secara telus oleh mahkamah dan ianya demi kesejahteraan anak-anak.

Stories Rakan Kongsi
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

Sumber: Mufti WP, Berita Utusan, Khidmat guaman syarie, Kincolaw

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?
Kongsikan:
  • 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

    8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

  • 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

    10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

  • Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

    Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

    8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

  • 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

    10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

  • Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

    Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.