X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

5 min bacaan
Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Tempoh iddah kematian suami atau bercerai hidup adalah wajib bagi setiap wanita. Ketahui panduan lengkap dan larangannya dalam Islam

Mungkin ada dalam kalangan kita khususnya lelaki dan wanita muslim yang masih belum mengetahui tentang tempoh iddah selepas berlaku perceraian secara hidup atau cerai mati. 

Tempoh iddah dari segi bahasa maksudnya bilangan atau hitungan. Dari segi syarak pula adalah tempoh yang ditentukan oleh syarak terhadap seorang wanita untuk menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya.

Tempoh iddah kematian suami

tempoh edah kematian suami

Tempoh edah kematian suami adalah selama 4 bulan dan 10 hari. Tujuan tempoh iddah ini adalah untuk menghormati suami yang baru sahaja meninggal dunia dan berkabung atas sebab kematian tersebut.

  • Kalau berlaku kematian suami semasa isteri berada dalam tempoh eddah talak raj’ie dan tidak mengandung, eddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari. Dan kiraan tempoh edah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu eddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.
  • Kalau berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh eddah talak bain dan tidak mengandung, eddahnya kekal tiga kali suci atau tiga bulan dan eddahnya TIDAK BERTUKAR kepada edah kematian suami selama 4 bulan 10 hari.

Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika tempoh edah kematian suami

Bagi wanita yang menjalani tempoh iddah kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu yang perlu anda patuhi iaitu:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, ia tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.

Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.

Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya.

Bagi larangan bermusafir ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

larangan ketika tempoh iddah

d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

e) Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah. Oleh itu sepanjang dalam tempoh tersebut mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.

Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:

  • Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
  • Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin gelang rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas perak dan permata
  • Memakai wangi-wangian pada anggota badan rambut dan pakaian
  • Bersolek memakai celak berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
  • Justeru walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah mereka wajib menjaga kebersihan dan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh edah kematian suami.

Tempoh eddah bercerai hidup

tempoh edah bercerai hidup mati

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 :

“Dan isteri-isteri merujuk kepada ayat Al-Quran di atas tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan sama ada perceraiannya secara lafaz talak atau fasakh ialah tiga kali suci daripada haid.”

A) Jadi berdasarkan daripada dalil diatas, jelas menunjukkan tempoh iddah 3 kali suci selepas diceraikan secara talak atau fasakh. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, tempoh edah tamat apabila datang haid yang ketiga.

B) Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri sedang haid/tak suci, tempoh iddah tamat apabila datang haid yang keempat.

C) Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri dalam keadaan nifas, isteri kena tunggu sampai 3 kali suci selepas nifas. Tempoh edah tersebut akan tamat apabila datang haid yang keempat.

Iddah bercerai ketika mengandung

Tempoh iddah bagi seorang wanita yang hamil sama ada dengan sebab kematian suami atau diceraikan suami ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung.

Ini adalah berdasarkan ayat quran di dalam surah At-Talaq yang bermaksud :

“Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.”

Ini ditambah dengan dalil daripada peristiwa Sabiah bt Harith yang telah kematian suami ketika dia sedang hamil dan telah melahirkan anak 11 hari daripada tarikh kematian suaminya.

Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan memberi keizinan kepada Sabiah bt Harith untuk berkahwin lain.

Jadi sekiranya berlaku lafaz cerai dalam tempoh mengandung, walaupun tempoh masa untuk bersalin telah singkat, maka bekas isteri dibenarkan untuk berkahwin selepas daripada bersalin anak tersebut.

Semoga bermanfaat!

Fahmi Ramli, JAKIM

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

Baca juga: Suami Isteri Perlu Sediakan 1 Fail Keluarga Yang LENGKAP, Penting Bila Berlakunya Kematian!

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Stories Rakan Kongsi
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham