X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

5 min bacaan
Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

Cara mengajar suami curang tanpa perlu bergaduh memerlukan tindakan bijak isteri dalam mengawal emosi. Begini panduan dikongsi oleh peguam

Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga adalah sesuatu perkara yang tidak begitu mudah. Lebih-lebih lagi apabila didatangi ujian orang ketiga dalam hubungan sehingga membuatkan suami berubah sikap. Justeru bagaimana cara mengajar suami curang ini?

Tidak dinafikan bahawa cinta yang dikhianati meninggalkan kesan begitu mendalam kepada isteri dan anak-anak. Jauh di dalam hati wanita sebolehnya tidak ingin berpisah dengan suami sehingga memendam kesedihan seorang diri.

Cara mengajar suami curang

Seorang peguam syarie, Nurul Izzah Zainol mendedahkan realiti kes yang diterimanya melibatkan suami bermain kayu tiga dengan isteri dan berkongsi beberapa cara mengajar suami curang.

#1. Elak dari menyerang atau bergaduh

suami curang

Bila emosi berada di kemuncak, cara mengajar suami curang yang paling utama adalah elakkan dari bergaduh mulut dan bertindak di luar kawalan. Sebab bila hilang akal, kita terus confront dan buat tindakan yang nanti bodohkan diri sendiri.

Terutama bila sampai berlaku body assault sampai kita pula kena criminal charge. Selalunya skandal suami orang ni tidak cantik mana. Kalau muka lawa pun tapi akal setitik. Tidak setanding dengan anda.

#2. Kemas barang dan pergi bercuti

Kemas semua barang, ambil cuti dua hingga tiga hari. Pergilah bercuti sekejap untuk tenangkan diri. Hantar anak dekat ibu ayah atau sesiapa yang boleh tolong jaga.

Sebab tengah emosi kalau ada anak-anak lagi serabut. Anda cuma perlukan ruang dulu. But please talk to someone u close sebab nak hambur semua benda yang tengah nak explode. Hanya untuk mendapatkan semula kewarasan anda selama beberapa hari.

#3. Set temujanji dengan peguam

Cara mengajar suami curang yang seterusnya adalah dapatkan nasihat undang-undang tentang hak isteru untuk bercerai. Tiada pilihan ke-2. Hanya bercerai.

Tuntutlah semua dari nafkah tertunggak, mut'ah, harta sepencarian, nafkah anak, nafkah iddah, hadhanah dan hutang perkahwinan. Selalunya kes suami curang, isteri yang tanggung habis belanja rumah tangga, tapi dia galak makan luar.

#4. Nak saman orang ketiga letak tepi dulu

Sebab kalau nak saman orang ketiga kena buktikan wanita tersebut yang menganggu rumah tangga. Tetapi sekarang, suami anda sama naik dan angau bercinta.

Lupakan dan biarkan mereka bercinta. Tak perlu masuk campur dalam hal ini. Sementara itu pastikan peguam selesaikan kertas cerai dan segala tuntutan selepas cerai pada suami.

#5. Set perjumpaan dengan suami dan ibu ayahnya (jika ada)

Bila dah siap kertas cerai, set perjumpaan secara privasi dengan suami dan ibu ayahnya. Berdandan lawa-lawa & nampak yakin tau! 

Bawa jumpa orang tua dia, dan 'pulang' anaknya sebab mereka patut tahu apa yang anaknya buat. Jelaskan apa yang berlaku secara fakta tetapi jangan tawar-menawar kerana anda telah membuat keputusan. Hanya berikan mereka surat cerai. Lakukan secara profesional dan bangga.

#6. Jika rumah tu milik isteri, kemas barang suami dan letakkan di luar

curang dalam perkahwinan

Kalau rumah kelamin itu adalah milik isteri. Kemas semua barangan suami dan letak di luar rumah siap-siap. Letaklah duit RM50 dalam sampul takut dia tiada duit nak makan.

Cakap kat dia, saya tak simpan benda jijik dalam rumah. Saya tak lalu nak duk sebilik. Saya ada banyak kerja, tak lama lagi nak naik pangkat, minggu depan saya dan anak-anak nak pergi bercuti di Switzerland.

Dan anda, ini bukan pengakhiran segala-galanya tetapi permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Tebus balik masa lalu yang terbazir hidup dengan ur husband.

#7. Jangan libatkan anak

Cuba buat semua benda ini tanpa libatkan anak-anak terutama hal kelakuan jijik bapa mereka. Sebab nak elak anak-anak malu dan rasa tertekan kecuali terkantoi memang depan anak-anak. Yang itu lain cerita.

Tapi cuba lah semampu yang boleh untuk tidak melibatkan anak-anak. But doesn't mean sebab kesiankan anak, anda pilih nak stay in this toxic marriage.

Sebab suami curang ini fatal 'crime' in a marriage. Bukan silap, malah tidak sengaja berlaku. Jadi tidak layak untuk peluang kedua.

Suami curang kebanyakannya tiada rupa

Biasanya klien-klien yang datang mendapatkan nasihat tentang suami curang memang cantik jelita. Mereka berpendidikan dan bekerjaya pula tu. Bila tengok kad pengenalan, macam tak percaya usia masuk 40 tahun. Ingatkan baru 30 tahun.

Bila tengok pula 'rupa' lelakinya yang curang, memang benarlah wujud kisah beauty & the beast. Bila tengok pula 'rupa' wanita si skandalnya, memang benarlah orang kata pasangan kena 'sekufu'. Belum dibandingkan lagi dengan tahap pendidikan dan kerjaya, macam langit dengan bumi berbanding si isteri.

lelaki curang dengan isteri

Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. Soal iman. Iman yang tinggi, yang takutkan Allah, tidak akan berani-berani justify dosanya dengan menyalahkan kekurangan orang lain.

Sekufu juga bukan pada luaran tetapi pada selera iman pasangan tersebut. Pasangan yang amalnya lebih banyak mendekati Allah tidak sekufu dengan pasangan yang semakin menjauh dari Allah.

Maka selera iman yang rendah akan mencari yang sekufu dengannya juga. Sebab tu tak hairan tengok pasangan skandal si lelaki, memang sekufu sangat.

Punca suami curang adalah sebab dirinya sendiri

Kerana yang mengikat tali perkahwinan sampai syurga adalah Allah. Maka survivorship sebuah perkahwinan adalah pada menjaga keberkatan rumah tangga yang dibina. Jika hanya satu pasangan sahaja yang memelihara agama, sedangkan sorang lagi kerja buat maksiat, tak susah untuk Allah pisahkan pasangan sebegini.

Yang sebenarnya lelaki curang itu berlaku bukan sebab kekurangan fizikal pasangannya, tapi kerana iman yang makin menipis yang tidak layak lagi untuk terus didampingi pasangannya yang solehah.

Bagi mereka yang diuji dengan suami yang curang, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Berhentilah mempersoalkan kenapa semua ini berlaku sedangkan kalian dah cukup 'jaga' suami supaya tak cari lain. Well, permata akan cari permata. Kalau dah bangkai akan tetap cari bangkai juga. 

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga

Nurul Izzah Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ujian Suami Curang Ketika Berpantang, Ramai Yang Rasa 'Sunyi' Bila Hantar Isteri Balik Kampung

Baca juga: Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Baca juga:  Keluhan Suami Tentang Penampilan Selekeh Isteri Di Rumah PUNCA Suami Curang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3
Kongsikan:
  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

    Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

  • Ramai Mertua & Menantu Perempuan Susah Nak Serasi, Tapi Ini Jarang Terjadi Pada Kaum Suami

    Ramai Mertua & Menantu Perempuan Susah Nak Serasi, Tapi Ini Jarang Terjadi Pada Kaum Suami

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

    Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

  • Ramai Mertua & Menantu Perempuan Susah Nak Serasi, Tapi Ini Jarang Terjadi Pada Kaum Suami

    Ramai Mertua & Menantu Perempuan Susah Nak Serasi, Tapi Ini Jarang Terjadi Pada Kaum Suami

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.