Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Siapa sangka alam rumah tangga yang bahagia dicemari dengan sikap tidak setia terhadap pasangan secara dalam diam. Mengapakah keadaan ini boleh terjadi?

Dari segi luaran, sebuah perkahwinan yang bahagia kebiasaannya tidak mengalami masalah besar, namun pada hakikatnya ia tidak terkecuali dengan pelbagai dugaan termasuklah pasangan tidak setia, halangan kewangan atau lambat dikurniakan cahaya mata.

Tidak dinafikan bahawa terdapat golongan yang tidak dapat mencegah dirinya dari berlaku curang atau tidak jujur dengan pasangan.

Penyebab tidak setia dalam rumah tangga

faktor suami tidak setia

Mengapa seseorang masih berani bertindak tidak setia biarpun sudah memiliki sebuah pernikahan yang bahagia? Menurut pakar alam rumah tangga, Aaron Anderson ada menyebutkan beberapa teori berdasarkan pengalamannya dalam mengatasi pasangan bermasalah.

Ia turut mengatakan bahawa kebanyakan orang sering menganggap bahawa kecurangan hanya terjadi ketika hubungan suami isteri tidak bahagia.

Namun padahalnya terdapat individu yang mencintai pasangan, anak-anak serta kehidupan lebih baik memilih untuk tidak setia.

Antara faktor ia terjadi adalah:

#1. Masalah peribadi

Orang yang tewas dalam sesuatu perkara kebiasaannya akan menebus kegagalan dengan melakukan hal lain. Sebagai contoh, sekiranya suami berasa kurang memainkan peranan dalam keluarga, dia akan mencuba untuk bekerja lebih keras.

Bukan itu sahaja, ketidakseimbangan waktu bekerja dengan keluarga akan membuatkan nilai diri menjadi berubah dan mungkin memendam masalah peribadi.

Akibat terlalu terdedah dengan tugasan luar, dia akan terjerumus dalam masalah curang yang tidak disengajakan.

#2. Hilang kepercayaan

Kebiasaannya masalah hilang kepercayaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh hubungan pada masa lalu dan ia mungkin sukar untuk diubati.

Individu seperti ini pandai mengelakkan diri dengan memastikan segalanya baik-baik sahaja, namun padahal karakter dirinya melonjak untuk mencari ketenangan dengan mendapatkan kata-kata pujian dari kecurangannya.

Suami juga tidak merasakan anda melakukan kesalahan, namun dia hanya berasa gagal untuk menjadi orang yang terbaik buat pasangannya.

#3. Genetik

Menurut seorang ahli bedah saraf, Dr. Ryu Hasan, seseorang yang berpoligami atau curang akan menurunkan keturunan dengan kecenderungan sama.

Sebenarnya, faktor motivasi diri dan kematangan akan mengubah faktor genetik ini. Misalnya suami berjanji untuk tidak akan membuat isterinya dilanda kesedihan yang sama seperti dialami oleh ibunya dahulu.

#4. Fantasi seksual

punca pasangan curang

Menurut perkongsian dari salah seorang suami, dia mengaku bahawa pernah berlaku curang walaupun hatinya amat mencintai isteri dan keluarga. Bahkan selama ini juga dia adalah seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab.

Namun, apabila menyentuh hubungan dalam kain, dia mengatakan bahawa berasa malu untuk meminta isteri mewujudkan fantasi seksual kerana pasangannya adalah wanita yang baik.

Justeru dengan mempunyai hubungan dengan perempuan lain dikatakan lebih bebas dalam mengemukakan keinginan nafsu dan layanan yang diberikan lebih 'istimewa'.

#5. Tekanan rasa bosan

Alam rumah tangga yang bahagia tidak bererti anda bebas dari rasa bosan. Hal ini ditambah pula dengan tiada sebarang pembaharuan dalam hubungan suami isteri.

Sebagai contoh, tiada variasi dalam seksa atau aktiviti bersama suami yang membuatkan alam perkahwinan lebih warna-warni.

Situasi ini juga sekaligus akan mendorong oleh keinginan rasa cinta baharu dengan wanita lain. Namun, ia tidak bererti bahawa dirinya ingin meninggalkan anda dan keluarga.

#6. Kehadiran bekas kekasih

suami tidak setia dalam hubungan

Kemunculan cinta yang lama boleh terjadi setelah anda dan pasangan menggapai kebahagian dalam alam pernikahan.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas kekasih yang memiliki pelbagai kenangan indah membuatkan hati sedikit tersentuh untuk meneruskan kembali hubungan tersebut.

Hal ini boleh menjadi lebih parah apabila wanita berkenaan sentiasa cuba menganggu kebahagiaan rumah tangga dan kerap menghubungi suami anda.

#7. Mengambil kesempatan

Kadang-kadang dalam keadaan yang tertentu, kecurangan boleh terjadi kerana sikap suka mengambil kesempatan. Misalnya kerap menghadiri mesyuarat atau bekerja dalam satu kumpulan sehingga terjadinya dari 'mata turun ke hati'.

Ada juga kes dengan pekerja wanita yang suka menggoda suami orang dan ada juga suami berlagak melebihi orang bujang.

Sebab itulah akan timbulnya perasaan dan tarikan nafsu yang boleh terjadi jika sering kali bersama melakukan tugasan pejabat.

Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Kredit foto: Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner