Ibu, Ambil Masa Sebentar Untuk Rehat & Tenangkan Diri Dengan 5 Tips Mudah Ini!

Berehat sebentar bukan sahaja dapat membuatkan badan lebih bertenaga, malah minda juga kurang serabut!
Ibu, apa kata anda luangkan masa untuk berehat dan ikuti 5 cara tenangkan diri ini.
Tetapi sebenarnya anda harus memberi masa untuk tubuh berehat sebentar, tenangkan diri buat seketika hanya untuk beberapa minit sebelum menyambung urusan seharian.
Setiap individu perlukan rehat yang mencukupi, malah kalau nak diikutkan, kerja rumah memang tidak pernah habis!
Manfaat Berehat Untuk Mendapatkan Kembali Tenaga
Ia juga boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan mood anda, dan meningkatkan kewaspadaan, kejelasan mental, kreativiti dan motivasi. Semua perubahan ini dapat meningkatkan produktiviti anda.
Apakah cara tenangkan diri yang anda boleh lakukan dalam masa yang terhad?
5 Cara Tenangkan Diri Dari Kesibukkan Urusan Seharian
#1 Pandang Siling dan Kira Hingga 60
Memandang ke atas merangsang sistem saraf parasympathetic, yang menurunkan tekanan darah dan melambatkan kadar nafas. Pengiraan yang perlahan dan bersahaja juga akan membantu menghilangkan minda anda dari gangguan.
#2 Tulis Kegusaran Anda Dalam Buku Nota
Tempatkan masalah anda di atas kertas dan biarkan ia di situ buat sementara - ini mungkin akan membantu anda elak dari memikirkannya semasa anda sedang berehat.
#3 Tarik Nafas dan Hembus 1o Kali
Pernafasan yang mendalam melambatkan kadar jantung dan menenangkan badan. Fokus pada perut anda, tarik dan hembus nafas akan membantu anda menumpukan pada badan anda serta menghalang gangguan luar.
#4 Bayangkan Diri Anda Di Awan
Imaginasi adalah alat meditasi yang kuat yang dapat membuatkan anda lari sementara dari kebimbangan dan tekanan setiap hari.
Sertakan semua deria anda untuk mengambil bahagian: Bayangkan apa yang anda lihat, dengar, dan bau di tempat yang aman ini.
#5 Relaks Dengan Kerusi Urut Terbaru Dari OGAWA
Ms Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif, OGAWA World Bhd dan Lisa Surihani.
Badan anda memerlukan tidur dan rehat, namun anda boleh berehat dan menenangkan diri semasa duduk, dengan bermeditasi atau terlibat dalam visualisasi atau latihan bernafas dalam. Yang penting adalah memberikan minda dan badan anda peluang untuk pulih dan cergas semula apabila anda merasa tidak bersemangat.
Saya hamil 10 minggu, bolehkah saya berzumba?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: health.com
Baca juga: