X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Jumlah Hari Anda Layak Dapat Untuk Cuti Bersalin!

5 min bacaan
Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Jumlah Hari Anda Layak Dapat Untuk Cuti Bersalin!Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Jumlah Hari Anda Layak Dapat Untuk Cuti Bersalin!

Kita asyik dengar tentang cuti bersalin, tapi sejauh mana pengetahuan kita tentang hak bakal ibu untuk ambil cuti bersalin swasta atau kerajaan?

Bagi bakal ibu yang bekerja tentu sekali ingin tahu segalanya mengenai cuti bersalin bila tiba masanya nanti bukan? Sebelum ini kerajaan mengumumkan semua wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan dilanjutkan cuti bersalin selama 90 hari. 

Tapi jangan tak tahu, sewaktu belanjawan 2020 lalu, mereka umumkan bahawa bermula tahun 2021 ini, sektor swasta juga menikmati cuti bersalin 90 hari juga! 

Cuti bersalin swasta atau kerajaan

cuti bersalin

Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44.

Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan.

Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:

  • pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
  • adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
  • Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
  • tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
  • pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin

Cuti bersalin (Maternity Leave)

Cuti bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan kini ia telah dilanjutkan kepada 90 hari berturut-turut baik untuk sektor kerajaan dan swasta. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955)

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement)  seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Faedah bersalin (Maternity Allowance)

Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Jumlah Hari Anda Layak Dapat Untuk Cuti Bersalin!

Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.

Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.

Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja.  Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  1. Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
  2. Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  3. Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia  bersalin

Notis rasmi cuti bersalin swasta

Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin anda. 

Notis rasmi ini perlu dihantat ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Gagal memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun.

Syarat cuti bersalin kerajaan

  • Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh Cuti Bersalin diantara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
  • Maksimum Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari dengan (5) lima kali kelahiran sepanjang perkhidmatan.
  • Boleh diberikan 14 hari awal sebelum tarikh jangkaan bersalin melalui perakuan pegawai perubatan. Tempoh tersebut
    diambilkira dari keseluruhan cuti bersalin.
  • Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki memenuhi
    tempoh cuti bersalin tersebut melalui turutan kemudahan seperti berikut:

i. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang layak;
ii. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
iii. Menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji
Penuh

  • Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, pegawai boleh memohon cuti seperti kemudahan berikut:
    i. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan mulai dari
    tarikh bersalin; dan
    ii. Mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau;
    iii. Menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin
  • Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
  • Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak diberi cuti bersalin.
  • Pegawai yang bersalin dalam tempoh cuti tanpa gaji / separuh gaji tidak mengurangkan kelayakan kemudahan cuti bersalin.

cuti bersalin

Suami juga dapat cuti bersalin?

Undang-undang rasmi menggubal seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti 'paternity', dan kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini.

Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin selama 7 hari, segelinter kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari. 

Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa. Apa-apa pun, cuti 'paternity' bergantung kepada syarikat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih jelas dengan hak anda untuk cuti bersalin nanti.

Selamat membaca.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Syarikat Swasta Ini Menawarkan Cuti Bersalin Selama 1 Tahun! Untungnya

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Jumlah Hari Anda Layak Dapat Untuk Cuti Bersalin!
Kongsikan:
  • Majikan boleh disaman jika buang kerja ibu yang ambil cuti bersalin 90 hari

    Majikan boleh disaman jika buang kerja ibu yang ambil cuti bersalin 90 hari

  • Maybank Menawarkan Cuti Bersalin Sehingga Satu Tahun

    Maybank Menawarkan Cuti Bersalin Sehingga Satu Tahun

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Majikan boleh disaman jika buang kerja ibu yang ambil cuti bersalin 90 hari

    Majikan boleh disaman jika buang kerja ibu yang ambil cuti bersalin 90 hari

  • Maybank Menawarkan Cuti Bersalin Sehingga Satu Tahun

    Maybank Menawarkan Cuti Bersalin Sehingga Satu Tahun

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.