X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Tekad Ceraikan Isteri Semasa Hamil, Adakah Lafaz Itu Sah? Ini Jawapan Dari Mufti

4 min bacaan
Suami Tekad Ceraikan Isteri Semasa Hamil, Adakah Lafaz Itu Sah? Ini Jawapan Dari Mufti

Masyarakat masih keliru tentang hukum talak semasa hamil, ini penerangan yang jelas daripada Mufti Wilayah Persekutuan

Seperti berita yang bertebaran di laman sosial Facebook berkaitan seorang pendakwah bebas yang menceraikan dan memberi lafaz talak kepada isterinya yang sedang hamil tujuh bulan kerana kehadiran orang ketiga.

Kisah tersebut tentunya mengejutkan warganet dan mempersoalkan sama ada lafaz talak itu sah atau sebaliknya.

Atas sebab itu rata-rata masyarakat melahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu yang diceraikan semasa hamil apatah lagi ia disebabkan pendakwah itu menjalinkan hubungan dengan janda beranak satu.

Walaubagaimanapun, tindakan pendakwah itu menimbulkan kekeliruan sama ada seseorang suami dibenarkan lafaz talak kepada isteri yang sedang sarat hamil.

Lafaz talak suami semasa kehamilan

lafaz talak

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata daripada pandangan alim ulama bahawa talak terhadap isteri yang sedang mengandung adalah HARUS dan ia dijelaskan dalam sebuah hadis sahih.

Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA berkata bahawa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid, kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khattab RA, Perintahkanlah kepada dia (Ibu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil – Sahih Muslim. 

Masyarakat keliru tentang talak semasa hamil

Mufti menambah lagi, hadis ini menerangkan mengenai dua hukum iaitu haram menjatuhkan talak sewaktu isteri berada dalam keadaan haid. Sementara itu, harus jika seorang wanita diceraikan semasa mengandung.

Sewaktu mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Nawawi menyebut hadis ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri hamil yang jelas kehamilannya dan merupakan pendapat daripada Mazhab Syafi’e.

Pandangan ini turut dipegang oleh ulama lain seperti Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur dan Abu Ubaid.

Akan tetapi, Ibnul Munzir turut menambah terdapat sebahagian ulama Mazhab Maliki yang mengharamkannya manakala Al-Hasan Al-Basri memberi makruh.  

Dr Zulkifli turut menambah, talak sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talak bukan sunniy dan bukannya bid’iyy. Jadi, hukumnya adalah harus. 

Tempoh edah juga tertakluk kepada kelahiran kandungan bukan kepada haid.

Dalam pada masa yang sama, Dr Zulkifli berkata, jika tiada zahir pada wanita tersebut akan tanda kehamilan maka ia menjadi talak bid’iy.

Selain itu, pandangan yang dianggap kuat oleh majoriti ulama yang mengharuskan talak ke atas wanita hamil dan edah adalah sehingga dia melahirkan bayinya.  

Dalam firman Allah SWT

jenis talak

Maksudnya : Wanita-wanita yang hamil, waktu edah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka – Surah al-Thalaq ayat 4

Dari sudut perundangan, Zulkifli berkata jika isteri diceraikan semasa sedang berbadan dua, maka wanita itu layak mendapat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talak rajie iaitu makanan, pakaian, perbelanjaan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, kita mengikut pendapat dari majoriti ulama di mana hukum menceraikan isteri yang sedang hamil adalah harus dan tidak haram ataupun makruh. 

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut memberi peringatan kepada para suami agar berusaha menyelamatkan rumah tangga dari pelbagai sudut sebelum melafazkan talak kepada isteri.

Malah dengan perceraian semasa hamil ini semestinya boleh menganggu emosi isteri sekaligus menjejaskan kesihatan ibu dan bayi yang dikandungnya.

Jadi sebaiknya berbincang dan berfikirlah baik buruknya jika melafazkan talak semasa isteri anda sedang mengandungkan zuriat kalian. 

Jenis-jenis talak

#1. Talak Raj’ie

lafaz cerai

Stories Rakan Kongsi
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
How Environment Influences Child Personality
How Environment Influences Child Personality
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur

Ini membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa tempoh edah dengan lafaz tertentu dan tidak memerlukan pasangan untuk melalui semula ijab dan kabul.

Talak yang dilafazkan oleh suami mestilah talak yang pertama atau kedua.

#2. Talak Battah

Talak yang dilafazkan oleh suami dengan menyebut perkataan selama-lamanya.

“Aku ceraikan kau buat selama-lamanya”

Talak ini akan jatuh mengikut niat suami, jika suami berniat satu maka jatuhlah talak satu jika tiga maka jatuhlah talak tiga.

#3. Talak Bain

Terbahagi kepada dua:

Talak Bain Kubra : Talak yang berlaku di mana suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali dan mereka tidak boleh dirujuk semula buat selama-lamanya.

Talak Bain Sughra : Talak yang diucapkan oleh suami kurang dari tiga kali tapi pasangan tak boleh dirujuk melainkan pernikahan baru walaupun isteri berada dalam tempoh iddah.

#4. Talak Sunni

Talak mengikut sunnah Nabi SAW, seorang suami menceraikan isterinya semasa suci dari haid dan sebelum bersatu lalu suami melafazkan talak dengan dua saksi.

#5. Talak Bid’i

Talak yang diucapakan semasa isteri masih haid, nifas, isteri berada dalam keadaan suci namun telah bersatu dengannya.

Semoga bermanfaat.

Suami Tekad Ceraikan Isteri Semasa Hamil, Adakah Lafaz Itu Sah? Ini Jawapan Dari Mufti

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: mStar, panduan asas Islam 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsuami-saya-curang-ketika-saya-sedang-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Tekad Ceraikan Isteri Semasa Hamil, Adakah Lafaz Itu Sah? Ini Jawapan Dari Mufti
Kongsikan:
  • "Bersabar Sampai Bila? Saya Lebih Bahagia Lepas Dicerai Talak Tiga Suami Tak Guna"

    "Bersabar Sampai Bila? Saya Lebih Bahagia Lepas Dicerai Talak Tiga Suami Tak Guna"

  • Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

    Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • "Bersabar Sampai Bila? Saya Lebih Bahagia Lepas Dicerai Talak Tiga Suami Tak Guna"

    "Bersabar Sampai Bila? Saya Lebih Bahagia Lepas Dicerai Talak Tiga Suami Tak Guna"

  • Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

    Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.