TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pahit Untuk Ditelan, 'Orang Ketiga' Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

4 min bacaan
Pahit Untuk Ditelan, 'Orang Ketiga' Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

Satu-satunya perbuatan yang halal namun dibenci Allah adalah talak. Menurut statistik terbaru, perceraian di Malaysia berlaku setiap 1 minit.

Benarlah apa yang dikata, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan kes perceraian di Malaysia yang semakin meningkat. Tidak dinafikan semua pasangan yang berkahwin, pasti mengimpikan rumah tangga kekal bahagia hingga akhir hayat. Namun tidak semua berakhir dengan kebahagiaan. 

Pada tahun lalu sahaja, statistik mencatatkan sebanyak 56, 975 kes cerai yang melibatkan individu beragama islam didaftarkan berbanding 50, 862 kes tahun sebelumnya. Boleh dikatakan nisbah cerai terkini adalah seorang isteri diceraikan setiap satu minit.

Belum sempat menarik nafas lega tentang isu Syamsul Yusof, Puteri Sarah yang sudah berakhir, sehingga kini masih menanti dengan kemelut rumah tangga Farid Kamil dalam usaha memujuk Diana Dianelle melebihi RM300,000. Apa yang sebenarnya terjadi? 

Selain kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga, ini punca lain terjadinya perceraian 

perceraian di malaysia

Antara punca yang lain terjadinya kes perceraian adalah disebabkan masalah kewangan, kurang persefahaman dan perkembangan teknologi media yang tidak terkawal. Ketiga-tiga ini menjadi penyumbang terbesar kepada sesebuah perkahwinan itu berakhir. Juga, penyebab kepada kes perceraian di Malaysia meningkat. 

Seperti yang dikatakan Presiden Pusat Bantuan  Guaman Syarie (BAGUS), Musa Awang , peningkatan kes perceraian di Malaysia mendadak naik selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Sebelum membuat keputusan muktamad untuk bercerai,  adalah lebih baik anda mendapatkan bantuan khidmat nasihat guaman yang diberikan secara percuma sempena Ramadan.

Menurutnya lagi, setakat ini sambutan yang diterima sangat baik. Kira-kira 6 hingga 10 orang dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun menghadiri konsultasi yang dijalankan dalam tempoh tiga jam.

“Bagi membantu mereka yang mempunyai konflik ini kami akan memberi konsultasi kepada mereka khususnya berkenaan dengan undang-undang syarie”,katanya. 

Elak berpisah, ini tips untuk leraikan ketegangan 

perceraian di malaysia

Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya, ada masanya bahagia dan ada masanya masam mencuka. Malah dikatakan, usia perkahwinan fasa pertama dan ke bawah lebih mencabar. Tetapi, jangan menganggap kes perceraian tidak boleh berlaku walaupun tempoh perkahwinan menjangkau 10 hingga 15 tahun. 

Bagi menangani kemelut perceraian di Malaysia yang menjadi ‘trend’ terkini, berikut adalah beberapa fasa perkahwinan yang dikongsi melalui posting Farhana Fakhira Ismail, pengguna Facebook, berdasarkan perkongsian menerusi Youtube.

“Sedikit perkongsian dari sharing yang saya dengar di Youtube Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas tentang power struggle in marriage. Secara ringkasnya, dalam perkahwinan ada 5 fasa.”, katanya.
 
1. Fasa honeymoon/fanatic
– Fasa ini kita akan nampak yang indah2 saja pada pasangan. Kentut pun wangi la nak kata time ni. Kita ni mcm fan kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ni akan bertahan 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja.
 
2. Power struggle
– Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling getir, iaitu power struggle ni. Fasa ni, kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, mmg kita akan tertanya pada diri sendiri “betul ke pilihan yang aku buat ni?”
 
– Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tak lepas nak tempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.
 
3. Stability
– Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ni dah kenal habis dah. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan dah tahap redha dan berlapang dada.
 
4. Komitmen
– Fasa ni, pasangan tu bersama sebab komitmen. Nak besarkan anak-anak. Nak tunggu anak2 kerja, kahwin. Dan pelbagai lagi, semuanya atas dasar tanggungjawab. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai, walaupun dah berpuluh tahun kahwin, sebab dah lepas fasa komitmen ni.
 
5. Bliss
– Fasa ni merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yg bahagia. Pasangan yg sampai ke fasa ini, dah mencapai kebahagiaan, di mana mereka nak hidup bersama, walaupun tanpa apa-apa sebab. They just want to live together without any particular reason. ????
 
Jelaslah menunjukkan bahawa bukan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya muhasabah diri dan perbetulkan kesilapan selagi masih ada kesempatan. Semoga bermanfaat.

Buletin TV3

Facebook: Farhana Fakhira Ismail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Baca juga: Jangan Rasa Selamat Rumah Tangga Baru 4 Tahun Ke Atas, Anda Juga Berisiko Untuk Perceraian!

Baca juga: Trend Suami Isteri Bercerai Meningkat, Duduk Bersama 24 Jam Pun Boleh Cipta Konflik Rumah Tangga!

 

Stories Rakan Kongsi
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
A Cruel Awakening - How Dengue Changed Our Lives Forever
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pahit Untuk Ditelan, 'Orang Ketiga' Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham