Di Malaysia, susulan dengan penularan wabak coronavirus atau Covid-19, Kerajaan di bawah YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menambah fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April sehingga 14
April.
Namun sekiranya, wabak ini masih berada di fasa yang berbahaya kemungkinan kerajaan akan menambah lagi bilangan hari PKP di seluruh Malaysia.
Namun diharapnya, wabak ini menurun dan semua pesakit yang dijangkiti kembali sembuh hendaknya dan kita juga dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Kes perceraian meningkat?
Baru-baru ini, kami di theAsianparent ada menulis tentang kes penderaan kanak-kanak meningkat susulan perintah kawalan ini yang berlaku disebabkan ibu bapa tidak dapat menahan rasa marah hingga melakukan anak sedemikian
rupa.
Namun begitu, di China pula kes perceraian pula melonjak naik dan makin menjadi-jadi selepas ramai pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk berpisah.
Pelik juga, kan? Sepatutnya dalam tempoh kuarantin di sana mereka seharusnya dapat meluangkan masa yang lebih lama dengan pasangan sekaligus menguatkan lagi ikatan suami isteri itu sendiri.
Namun, mana entah silapnya, dalam tempoh tersebut telah meruntuhkan banyak rumah tangga. Kenapa agaknya?
Kes perceraian sambil bergelut memerangi Covid-19
Seluruh dunia tahu bahawa, China berperang dengan wabak coronavirus hampir empat bulan dan melalui fasa berkurung dalam masa dua bulan.
Apa yang menyedihkan di sini adalah, permohonan perceraian pasangan di China menunjukkan peningkatan yang cukup drastik.
Ini kerana terdapat pasangan yang tinggal di bandar besar seperti Xi’an, Dazhou dan Tongchuan di China telah memohon failkan perceraian.
Apatah lagi, pejabat pendaftaran di Dazhour, Wilayah Sichuan telah menerima lebih daripada 300 permohonan untuk bercerai dalam tempoh tingga minggu hingga 13 Mac yang lalu.
Sementara itu, Di Xian yang terletak di Wilayah Shaanxi turut menerima permohonan cerai yang tinggi sejak dibuka semula pada awal bulan Mac yang lalu.
Disebabkan jumlah permohonan semakin meruncing, maka pejabat pendaftaran di sana telah menetapkan hanya menerima 10 permohonan perceraian dalam sehari berikutan jumlah permohonan semakin meningkat.
Ini sebab utama perceraian berlaku
#1. Pejabat Pendaftaran Perkahwinan tutup lama sangat
Sepanjang tempoh kuarantin di sana, Pejabat Pendaftaran Perkahwinan ditutup terlalu lama jadi sesiapa pasangan suami isteri terpaksa menunggu sampai ia dibuka semula.
Kemungkinan, ada sebilangan suami isteri itu ingin melakukan permohonan dengan lebih awal tetapi tidak dapat dilakukan kerana pejabat tersebut tutup gara-gara Covid-19 mencetuskan fenomena yang buruk di negara tersebut.
#2. Konflik rumah tangga sepanjang tempoh kuarantin
Punca yang keduanya adalah kerana tempoh kuarantin yang terlalu lama maka terciptalah konflik yang merosakkan rumah tangga sampai boleh meruntuhkan sesebuah hubungan.
Ini kerana sememangnya masa yang lama di rumah boleh dihabiskan bersama tapi kita tidak boleh lari kemungkinan wujudnya ketegangan dan pergaduhan kecil yang lambat laun boleh menyebabkan perceraian.
Tips yang boleh diamalkan suami isteri sepanjang Covid-19
#1. Bersama-sama membersihkan rumah, memasak dan melakukan kerja rumah yang lain supaya isteri tidak rasa penat melakukan segalanya dengan seorang diri.
#2. Bangun awal pagi dan mandi dengan segera. Kemudian buat sarapan pagi untuk anak-anak dan melakukan kerja rumah yang lain.
#3. Setelah itu, ambil masa untuk berehat seperti menonton televisyen, menonton Youtube, bermain Facebook atau mengaji Al-Quran.
#4. Kemudian, siapkan waktu makan tengah hari untuk suami dan anak-anak.
#5. Kalau rasa penat nak masak, buat pilihan hidangan yang mudah seperti Tom Yam Ayam, Sup Ayam, Nasi Ayam, Mee Goreng dan lain-lain. Tapi, asalkan semuanya berkhasiat.
#6. Pastikan anak-anak berada dalam keadaan yang sihat dan semua ahli keluarga berada dalam rumah serta tidak membiarkan anak bermain di luar sepanjang tempoh PKP ini.
#7. Sentiasa membasuh tangan selepas memegang benda-benda kotor. Minta ketua keluarga memakai mask semasa keluar membeli barang dapur dan memakai sanitizer tangan.
#8. Biarkan barangan yang dibeli dari pasaraya dijemur terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
#9. Basuh bersih buah-buahan dan sayur-sayuran serta elakkan makan makanan yang mentah.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Daily Mail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commain-kayu-tiga
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!