X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Melahirkan Bayi Besar, Ini 6 Perkara PENTING Yang Perlu Para Ibu Take Note & Waspada

4 min bacaan
Melahirkan Bayi Besar, Ini 6 Perkara PENTING Yang Perlu Para Ibu Take Note & Waspada

Melahirkan bayi besar bukanlah suatu perkara yang mudah. Ibu dan bayi mungkin berisiko tinggi terhadap komplikasi semasa kelahiran dan membahayakan nyawa

Proses kelahiran merupakan satu proses yang penuh risiko buat ibu hamil, apatah lagi perlu melahirkan bayi besar.

Bagaimana yang dikatakan bayi besar? Berat normal bayi adalah di antara 2.50 kg hingga 3.2 kg dan berat yang lebih dari lingkungan ini akan dikira sebagai bayi besar. Jika anda salah seorang ibu yang bakal melahirkan bayi besar, mari lihat 6 fakta penting ini:

Punca segelintir ibu melahirkan bayi besar

bersalin bayi besar

Terdapat beberapa faktor mengapa bayi bersaiz lebih besar berbanding bayi lain, antaranya ialah:

  • Faktor genetik : Jika ketika lahir ibu dan bapa ada berat melebih berat normal, kebiasaannya si anak juga akan ada berat yang lebih dari normal
  • Corak pemakanan semasa hamil : Ibu hamil yang tidak menjaga pemakanan hingga menghidap diabetes gestasional boleh menyebabkan bayi besar. Ini kerana gula yang berlebihan akan masuk ke dalam darah yang mengalir ke bayi. Jadi, badan bayi mengeluarkan lebih banyak insulin menyebabkan badan mereka lebih besar.
  • Jantina bayi : bayi lelaki dikatakan ada saiz yang lebih besar berbanding perempuan
  • Melebihi tarikh bersalin : melebihi tarikh jangkaan bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘overdue‘, boleh menjadi punca bayi bersaiz besar, ujar Dr Christopher Chong

Melahirkan bayi besar, berat bayi semasa imbasan tidak semestinya tepat

Berat yang diperoleh melalui imbasan adalah kurang tepat lebih-lebih lagi bagi kandungan yang usianya kurang 28 bulan.

Paling tepat adalah berat yang diambil selepas bayi dilahirkan.

Melahirkan bayi besar secara c-section atau normal?

Kebanyakkan doktor akan menyarankan ibu yang mempunyai bayi bersaiz besar untuk melakukan pembedahan c-section.

risiko melahirkan bayi besar

Saranan ini hanya akan dibuat selepas faktor kesihatan dan keselamatan ibu malah juga bayi dalam kandungan di ambil kira. Jadi ibu harus berlapang dada menerima saranan doktor. 

Tapi sekiranya anda masih ingin bersalin normal, doktor akan memeriksa terlebih dulu sama ada ia berisiko atau tidak. Doktor akan membantu dari segi:

  • Kekuatan kontraksi: Doktor akan memberi epidural untuk merangsang kontraksi
  • Bukaan saluran kelahiran: Bukaan ini penting sebagai tanda aras sama ada ibu itu boleh bersalin normal atau tidak

tapi sekiranya saiz bayi terlalu besar dan doktor bimbang akan keselamatan ibu dan bayi, doktor tetap akan menyarankan ibu bersalin secara pembedahan.

Risiko masalah kesihatan pada ibu dan bayi

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang dibimbangi sekiranya bayi bersaiz besar. Antaranya seperti:

  • jaundis (demam kuning)
  • gula darah rendah
  • masalah sistem pernafasan kerana bayi yang lahir dari ibu yang ada diabetes, mempunyai pertumbuhan paru-paru yang lambat.
  • bahu distosia kerana risiko bahu tersangkut di laluan bersalin

Berikut adalah risiko terhadap kesihatan ibu:

  • Trauma pada otot pelvik: Otot lantai pelvik, berfungsi untuk menyokong otot yang lain. Trauma akan menyebabkan organ ini jatuh. Tapi keadaan ini juga boleh terjadi kepada ibu yang bersalinkan anak bersaiz normal.
  • Terkencing ketika bersin atau batuk: Walaupun ini juga terjadi kepada ibu yang melahirkan bayi bersaiz normal, ibu yang melahirkan bayi bersaiz besar mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Sfingter anus terkoyak: Proses membuang air besar menjadi lebih sukar kerana sakit

Kes yang jarang terjadi berkaitan melahirkan bayi besar

bahaya bayi besar dalam kandungan

Menurut Dr. Christoper Chong iaitu seorang konsultan di Gleneagles, sebenarnya hanya segelintir saja bayi lahir dengan saiz yang besar. Sekiranya doktor menyarankan ibu hamil untuk menjalani pembedahan czer, ini kerana untuk mengurangkan risiko pendarahan dan jangkitan serta proses pemulihan yang lambat.

Ibu-ibu, berapa berat bayi anda ketika lahir dulu? Kongsikan dengan kami dibawah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman TheAsianParent Malaysia

Baca juga: Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!

Baca juga: Ibu Bersalin Baby Seberat 6.8kg, Macam ‘Dilanggar 2 Buah Treler’! Ini Cara Kawal Saiz Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: Betul Ke Bayi Boleh Lahir Besar Sebab Ibu Makan Vitamin Semasa Hamil?

 

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Melahirkan Bayi Besar, Ini 6 Perkara PENTING Yang Perlu Para Ibu Take Note & Waspada
Kongsikan:
  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham