X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti

4 min bacaan
Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti

Suntikan vaksin yang tersedia adalah terbukti selamat untuk golongan ibu mengandung bagi mencegah risiko sekiranya anda dijangkiti Covid-19

Gelombang Covid-19 mencatatkan angka kes baharu dan kematian yang begitu tinggi pada ketika ini. Justeru pihak kerajaan telah menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Malaysia Kini melaporkan semakin ramai kes positif melibatkan ibu mengandung sehingga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Lebih menyedihkan, petugas kesihatan terpaksa melakukan proses caesarean bagi mengeluarkan bayi pramatang dalam keadaan ibu tidak sedarkan diri.

Suntikan vaksin untuk ibu mengandung adalah selamat

suntikan vaksin

Golongan ibu mengandung adalah paling berisiko sekiranya dijangkiti wabak Covid-19. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pesakit didapati lebih cenderung untuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita tidak hamil.

Bukan itu sahaja, kecenderungan untuk mereka memerlukan penggunaan ventilator juga adalah tinggi.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Pediatrics mendapati, ibu yang dijangkiti Covid-19 lebih berisiko untuk meninggal dunia, melahirkan bayi tidak cukup usia (pramatang) serta mengalami praeklampsia.

Beberapa artikel penyelidikan yang serupa mendorong pegawai kesihatan awam sedunia mengesyorkan vaksin Covid-19 kepada wanita hamil bagi melindungi mereka dan bayi dalam kandungan.

Credit foto: kosmo

Walau bagaimanapun ada sesetengah ibu mengandung termasuklah mereka yang merancang untuk hamil berbelah bahagia apabila berdepan persoalan mengenai keperluan untuk divaksin.

Golongan ini dilanda keliru dan berasa ragu-ragu kerana tidak tahu sama ada suntikan vaksin ini memberikan sebarang kesan terhadap tahap kesuburan, kehamilan dan juga bayi.

Manakala data semasa yang ada daripada vaksin mRNA mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap ibu mengandung tidak menunjukkan sebarang isu keselamatan terhadap diri dan bayi mereka. 

Suntikan vaksin: Ibu hamil trimester ketiga berisiko kematian sekiranya dijangkiti Covid-19

suntikan vaksin

Menurut Pengarah Perubatan IMU Healthcare (IMUH) dan Profesor Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan International Medical University (IMU), Profesor Dr Nazimah Idris menjelaskan, seseorang wanita yang dijangkiti Covid-19 ketika mengandung berisiko mengalami kesan jangkitan paling serius.

Tambahnya, ada laporan menyatakan bahawa jika ibu mengandung dijangkiti virus ini ketika usia kehamilan mereka berada trimester ketiga, risiko kematian adalah sangat tinggi.

Justeru Dr Nazimah mengesyorkan supaya ibu mengandung mengambil suntikan vaksin semasa hamil kerana mereka ini berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

‘’Ini termasuklah golongan wanita berusia 35 tahun ke atas, memiliki berat badan lebih tinggi, menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya aktiviti seharian anda terdedah kepada orang ramai, anda juga dikira sebagai golongan berisiko tinggi.’’

‘’Sekiranya tidak berada dalam kategori berkenaan, maka wanita yang mengandung boleh membuat pilihan untuk menangguh pengambilan vaksin iaitu selepas bersalin. Namun ia bergantung kepada keputusan dan perbincangan penilaian risiko bersama doktor.’’ katanya.

Adakah suntikan vaksin memberikan kesan sampingan?

suntikan vaksin

Ketika ditanya mengenai adakah vaksin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada wanita mengandung dan bayi dalam kandungan, Dr Nazimah mengatakan bahawa ia tiada bezanya dengan kesan yang dialami wanita tidak mengandung.

‘’Anda mungkin mendapat kesan sampingan yang sama seperti mereka yang tidak hamil seperti rasa lenguh, mual dan demam. Walau bagaimanapun usah risau kerana vaksin ini tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.’’

‘’Hal ini kerana ia bukanlah satu bawaan yang boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi ketika hamil. Apabila ibu mengambil suntikan vaksin, ia sebenarnya memberikan kesan baik kepada bayi.’’ jelasnya.

Tambah Dr Nazimah lagi, semua vaksin berfungsi berupaya memicu badan kita untuk menghasilkan antibodi.

‘’Antibodi akan dipindahkan kepada bayi dan seterusnya bayi mendapat perlindungan juga. Antibodi ini terhasil di dalam susu ibu.’’ katanya.

Jelas beliau lagi, ibu hamil disaran menerima vaksin ketika usia kandungan antara minggu ke-14 sehingga minggu ke-28 supaya mendapat perlindungan terbaik daripada penyakit lebih serius semasa trimester ketiga.

‘’Jika kandungan sudah memasuki trimester ketiga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan anda masih boleh menerima vaksin sehingga usia kandungan pada minggu ke-33.’’ jelasnya.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Buat masa ini, ada tiga jenis vaksin di Malaysia iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Pakar kesihatan sedunia mengesyorkan vaksin jenis Pfizer yang terbaik untuk ibu hamil kerana banyak kajian sudah dilakukan ke atas golongan ini.

Bagi memudahkan proses anda mendapat suntikan vaksin, sentiasa update status terkini anda di aplikasi MySejahtera.

Kredit foto: The star

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  "Bidadari Syurga Saya Telah Pergi," - Shuib, Siti Sarah Menghadap Ilahi Selepas Bertarung Dengan COVID-19 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • COVID-19
  • /
  • Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti
Kongsikan:
  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.