Ibu Bersalin Baby Seberat 6.8kg, Macam 'Dilanggar 2 Buah Treler'! Ini Cara Kawal Saiz Bayi Dalam Kandungan

Ibu Bersalin Baby Seberat 6.8kg, Macam 'Dilanggar 2 Buah Treler'! Ini Cara Kawal Saiz Bayi Dalam Kandungan

Anak pertamanya dilahirkan seberat 4.9kg!

Apabila anda mempunyai bayi, salah satu perkara pertama yang orang mahu tahu selain nama bayi – adalah berat bayi semasa lahir. Malah sebelum bayi lahir, ibu yang telah diberitahu cenderung mempunyai baby besar mula fikir bagaimana proses bersalin nanti ya?

Jika bayi anda berat 4.5 kg atau lebih semasa lahir, mereka dianggap lebih besar daripada biasa. Ini juga dikenali sebagai ‘makrosomia janin’ dan besar untuk usia kehamilan (LGA).

Pengalaman Wanita Bersalin Baby Besar Seberat 6.8kg!

proses bersalin sukar

Bersalin seorang bayi seberat 3kg ke atas bukanlah mudah, apa lagi buat Joy Buckley, yang melahirkan anak seberat 6.8kg yang memerlukan 3 orang doktor, pembedahan czer dan bantuan vakum.

Bayi perempuan tersebut yang dinamakan Harper, telah dilahirkan pada 12 Mac dan mencatat rekod sebagai bayi terbesar dilahirkan di Arnot Odgen Medical Center.

Buat masa ini, pihak berkaitan masih menyemak sama ada bayi comel itu merupakan paling besar yang pernah dilahirkan di New York!

Bagi ibunya, Harper merupakan satu keajaiban selepas 7 tahun mengalami ketidaksuburan, tambahan lagi apabila dia diberitahu dia dan suaminya, Norman, mempunyai peluang kurang daripada 15% untuk hamil.

“Melahirkan Baby Besar Seperti Harper Terasa Menggerunkan, Seperti Dilanggar 2 Buah Treler!”

baby besar

Joy menceritakan pengalamannya semasa melahirkan Harper, dan mengatakan proses bersalinnya agak ‘ganas’, terutamanya apabila bayi tersebut tersekat semasa hendak dikeluarkan.

“Saya rasa seperti dilanggar 2 buah treler,” katanya kepada New York Post.

“Ia sangat ganas. Dia tersekat di bahagian tulang rusuk saya.”

Oleh kerana bayi tersebut dilahirkan terlalu besar, Harper terpaksa ditinggalkan di NICU untuk memeriksa kadar gula dan oksigen agar berada pada paras normal.

“Sudah pasti ini sukar, tetapi saya tahu dia tidak akan berada di sana selamanya,” 

“Dia akan pulang ke rumah tidak lama lagi. Saya pasti Harper berada dalam keadaan baik. “

Ibu anak 3 itu juga kini dalam keadaan baik, dan sedang melalui proses penyembuhan selepas bersalin.

Mengawal Berat Bayi Dalam Kandungan

berat bayi dalam kandungan

Berat badan, paras gula darah dan tekanan darah ibu boleh menjejaskan berat lahir bayi.

Berat badan kelahiran yang lebih tinggi dan rendah mempunyai risiko untuk bayi baru lahir, seperti kecederaan semasa kelahiran dan 2 isu berikut:

  • Masalah paras gula darah untuk bayi besar
  • Masalah pernafasan dan perkembangan untuk bayi kecil.

Jika anda berlebihan berat badan dan cuba hamil (atau sudah hamil), berbincanglah dengan doktor anda tentang cara terbaik untuk menguruskan berat badan anda untuk memastikan saiz bayi dalam lingkungan baik.

Kehamilan bukanlah masa sesuai untuk berdiet, tetapi doktor boleh memberi anda strategi pemakanan sihat dan senaman sederhana yang dapat membantu memastikan berat lahir yang sihat bagi bayi anda.

Selain itu, pastikan anda menjalankan pemeriksaan pranatal rutin, termasuk pemeriksaan tekanan darah dan glukosa. Berat kelahiran yang sihat mencerminkan betapa bayi telah berkembang dan berkembang dalam rahim.

Ia penting untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi dalam tahun pertama kehidupan mereka. Yang penting ibu hamil harus makan secara sihat dan berpada ya!

Berapakah berat normal bayi 37 minggu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga: 

6 perkara yang harus anda tahu tentang melahirkan bayi besar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner