X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!

3 min bacaan
Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!

Ramai ibu-ibu hamil yang takut untuk consume vitamin yang diberikan doktor kerana katanya ia akan menyebabkan bayi besar dan susah bersalin.

Mesti ibu-ibu hamil pernah mendengar, jika ibu makan vitamin yang doktor bekalkan ketika check up bulanan, ibu akan mengandungkan bayi besar luar biasa.

Adakah ini benar? Jom ikuti penerangan diberikan doktor pakar ini mengenai isu yang dibangkitkan.

Menurut Dr Imelda Balchin, jika ibu hamil makan vitamin yang disarankan oleh doktor, anak di dalam kandungannya akan menjadi terlalu besar adalah sekadar mitos semata-mata. 

Baca juga: 6 perkara yang harus anda tahu tentang melahirkan bayi besar

Bayi besar sebab ibu makan vitamin diberikan doktor?

Bayi besar

Menurut Dr Imelda, perkara itu hanya mitos semata-mata dan tidak sepatutnya dimomokkan kepada ibu yang sedang hamil terutama hamil anak pertama.

Jadi sudah ada jawapannya kan? Usahlah ditakut-takutkan ibu hamil dengan mitos sebegini sedangkan vitamin dan multivitamin yang diberikan doktor kepada ibu hamil banyak manfaatnya kepada kandungan dan ibu sendiri. 

Buat ibu hamil, banyakkanlah membaca dan tanya sendiri kepada doktor anda. Jangan mudah saja percaya kepada cakap-cakap orang yang akhirnya akan membuatkan diri sendiri risau.

Apa yang membuatkan janin terlalu besar? 

Menurut Dr Imelda, ada beberapa sebab yang membuatnya janin besar. Ia termasuklah:

#1. Ibu diabetes semasa hamil

Bayi besar

Disebabkan itu ibu hamil wajib menjaga kadar gula yang diambil kerana ibu hamil memang berisiko untuk mengalami GDM iaitu diabetes yang dialami ibu hamil.

Sebab itu juga jangan skip ujian air gula yang biasanya dibuat di klinik kesihatan dan mana-mana saja klinik kerana dari sinilah akan menentukan sama ada anda ada diabetes ibu hamil atau sebaliknya.

Jika ada, sudah pasti anda perlukan pemantauan, jika anda skip dan lari, bagaimana untuk doktor membantu anda. 

#2. Ibu yang obese

Ibu yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko untuk mengandungkan bayi yang besar daripada sepatutnya. Jadi ibu dinasihatkan untuk mengawal berat badan masing-masing.

Jangan percaya kepada mitos jika mengandung anda perlu makan untuk dua orang. Itu adalah salah sama sekali. Tingkatkan nutrisi adalah yang terbaik untuk kebaikan ibu hamil dan anak yang dikandungnya.

#3. Berat badan ibu bertambah terlalu banyak semasa hamil

Perasan tak? Setiap kali check up doktor atau jururawat bertugas akan ambil bacaan berat badan ibu hamil. Ini untuk mereka memantau pertambahan berat bagi memastikan ia adalah ideal dan sihat bagi setiap bulan.

Pertambahan yang ideal adalah 12 kilogram daripada berat asal ibu sebelum mengandung. Jadi jika lebih, mungkin ada yang kata, "doktor bising berat naik banyak". 

Doktor 'bising' itu bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi akibat daripada pertambahan berat badan yang berlebihan ketika hamil.

#4. Dibiarkan overdue lama-lama

Sebab itu perlu peka dengan due date anda. Doktor biasanya hanya akan beri 7 hari saja lebih daripada due date. Selepas itu perlu serah diri kepada hospital untuk bersalin. Ikutlah sama ada secara normal atau pembedahan bergantung kepada keadaan anda dan bayi ketika itu.

Jika dibenarkan overdue terlalu lama pun, bukan saja bayi akan besar tetapi dikhuatiri dia akan makan najis sendiri nanti. Jadi peka kepada due date anda ya ibu!

#5. Janin yang mempunyai sindrom

Janin yang mempunyai sindrom yang menyebabkan pembesaran cepat tidak terkawal seperti sotos syndrome, weaver syndrome, beckwith-wiedemann syndrome, simpson-golabi-behmel syndrome

#6. Faktor genetik

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Bayi besar

Faktor genetik juga memainkna peranan berhubung saiz bayi.

Sudah-sudahlah sebarkan mitos

Menurut Dr Imelda, bukan vitamin yang menyebabkan bayi besar. Ia adalah disebabkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. 

Multivitamin untuk ibu hamil terbukti mengurangkan masalah janin tidak membesar iaitu small for gestational age di negara yang masih membangun iaitu ia membantu pembesaran yang normal tetapi ia tidak menyebabkan janin menjadi terlalu besar.

Di negara-negara maju yang mana ibu hamil dapat makanan yang sihat, mereka hanya perlu asid folik, sudah tidak perlu multivitamin. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!
Kongsikan:
  • Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi 'raksasa' secara normal!

    Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi 'raksasa' secara normal!

  • Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

    Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi 'raksasa' secara normal!

    Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi 'raksasa' secara normal!

  • Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

    Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.