Warna Najis Bayi Kuning Cair, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Warna Najis Bayi Kuning Cair, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Sentiasa perhatikan warna najis bayi ya ibu, kerana warna najis bayi boleh menentukan tahap kesihatan bayi anda.

"Ibu, kenapa warna najis bayi kuning cair? Normal atau saya perlu risau?"

Pertanyaan mengenai warna najis bayi ternyata sentiasa diajukan komuniti ibu bapa di aplikasi theAsianparent yang boleh anda muat turun secara percuma.

Warna Najis Bayi Yang Normal

Kebiasaannya, pertanyaan sebegini diajukan oleh ibu yang baru pertama kali memiliki anak, malah saya sendiri juga pernah mengalami rasa risau sebegini.

Sudahlah anak meragam, tambah pula dengan warna najis bayi yang berwarna sebegitu.

Sebenarnya, warna najis bayi kuning cair merupakan keadaan yang sangat normal ya ibu. Warna normal najis bayi memang berwarna kuning dan coklat, ini disebabkan oleh sterkobilin yang dikeluarkan dari hempedu semasa membuang air besar.

Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Najis Bayi Yang Normal Dan Tidak Normal

najis bayi kuning cair, warna najis bayi, najis bayi kuning, najis bayi berlendir, bajis bayi warna hijau kekuningan, petua hilangkan cirit birit bayi,berak cair macam air, najis bayi minum susu formula, bajis bayi minum susu ibu, malay

Bagi mengesan sebarang kelainan najis bayi yang berkemungkinan berpenyakit, pemeriksaan terhadap najis haruslah dilakukan. Ibu bapa wajib tahu sekiranya najis yang dihasilkan bayi adalah normal atau sebaliknya!

Dr. Nyah Novita Anggraini dari KlikDokter menyatakan, warna najis bayi dapat menentukan keadaan tubuh bayi. Jadi untuk mengetahui sekiranya najis bayi normal atau tidak adalah bergantung kepada:

najis bayi kuning cair, warna najis bayi, najis bayi kuning, najis bayi berlendir, bajis bayi warna hijau kekuningan, petua hilangkan cirit birit bayi,berak cair macam air, najis bayi minum susu formula, bajis bayi minum susu ibu, malay

Najis Bayi Kuning Cair Disebabkan Minum Susu Ibu

“Najis berwarna kuning menandakan bayi anda cukup minum susu ibu, kerana warna kuning ini menandakan bayi anda cukup minum hindmilk.

Susu ibu terdiri dari dua bahagian, foremilk dan hindmilk. Hindmilk adalah susu ibu yang mengandungi banyak lemak yang menyebabkan bayi mendapat tenaga yang cukup dan merasa kenyang seharian,” ujar dr. Dyah.

kenali najis bayi, najis bayi, warna najis bayi, najis, najis si kecil, warna berak bayi, bayi berak, warna berak si kecil, warna tahi, jenis-jenis najis, najis, najis anak, warna najis anak, warna najis si manja, warna najis baby

Selain warna kuning, biasanya tanda lain yang biasa menunjukkan susu ibu cukup adalah dari najis yang berwarna hijau. Itu bermaksud bayi banyak minum foremilk, susu ibu yang didapat bayi pada awal sesi menyusu. Foremilk mengandungi tinggi laktosa dan rendah lemak, serta bentuknya lebih cair.

Jadi, jika melihat warna najis bayi kuning cair, jangan risau ya ibu!

Warna-warna najis bayi

#1. Warna najis bayi merah

Warna merah pada tahi bayi mungkin disebabkan darah, melainkan sudah tentu, bayi anda telah mengambil ubi bit.

Sebelum anda panik, penyebab biasa tahi bercampur dengan darah adalah apabila bayi terambil darah anda sendiri dengan susu ibunya, sama ada disebabkan oleh puting retak atau isu-isu lain.

Ini mudah diatasi dengan bercakap kepada seorang perunding laktasi atau doktor dan anda akan melihat merah dalam tahi bayi hilang akhirnya.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak pasti tahi merah bayi anda adalah disebabkan oleh darah dicerna diri anda sendiri melalui susu ibu, maka adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor secepat mungkin.

Sebab-sebab lain tahi berdarah boleh menjadi alergi (cth susu protein), jangkitan bakteria atau disebabkan oleh tebukan dikawsan dubur bayi anda kerana sembelit.

#2. Warna najis bayi hijau terang dan berbuih

Adakah tahi bayi anda yang menyusu ibu itu kelihatan seperti susu kocak berbuih?

Jika ia berlaku, ia sangat mungkin mereka mungkin mendapat terlalu banyak kolustrum (susu-awal) dan tidak cukup susu-akhir.

Kolustrum adalah rendah kalori, susu penghilang dahaga yang keluar pada awal penyusuan susu-akhir adalah susu berkalori tinggi yang menghilangkan kelaparan.

Jadi, jika tahi bayi anda memang berbuih dan hijau, ia mungkin bermakna dia tidak makan untuk cukup lama pada setiap payudara.

Untuk menyelesaikan masalah ini, mulakan penyusuan pada payudara terakhir yang anda berakhir dengan.

#3. Najis bayi berair kuning/hijau/coklat

Pada bayi, cirit-birit cenderung untuk sangat berair dan nampaknya terdiri lebih air daripada pepejal.

Ia cenderung mengambil warna hijau/coklat/kuning cair dan sering akan bocor keluar dari lampin bayi anda.

Diarhhea pada bayi perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi jika tidak berhenti dalam beberapa masa.

Ia biasanya tanda jangkitan atau alahan. Sekiranya bayi anda cirit-birit, jangan tangguh untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak.

#4. Jenis najis anak berwarna-warni

Tunggu, adakah itu lobak merah dipotong dadu berwarna oren terang dalam najis bayi anda?

Dan itu tidak mungkin kacang hijau!

Jika anda mengesan tahi bayi anda dipenuhi dengan tompokan berwarna terang makanan, jangan risau.

Perkara ini berlaku kadang-kadang kerana sesetengah jenis makanan hanya sebahagian saja dicerna, atau tidak dipecahkan sama sekali kerana ia bergerak dengan pantas melalui usus bayi.

Anda mungkin melihat ini lagi jika si manja anda suka makanannya sangat-sangat sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan.

Tetapi, jika anda perhatikan makanan separuh hadam dalam tahi bayi anda konsisten, maka lawatan ke doktor itu adalah digalakkan untuk memastikan usus bayi anda berfungsi dengan baik.

#5. Warna najis bayi coklat gelap

Najis coklat gelap bermakna bayi anda telah memasuki dunia makanan pepejal dan ini adalah normal!

Anda akan mendapati terdapat perubahan pada tahi bayi anda masa dia mula makan makanan pejal, sebenarnya, terutamanya jika dia adalah menyusu ibu.

Tahi pepejal masih lembik, tetapi lebih pekat daripada mentega kacang. Ia juga boleh menjadi agak berbau.

Najis anak saya berwarna hijau, adakah itu normal?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner