X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Kita Mandikan Bayi Dalam Besen Mungkin Salah, Nampak Bersih, Tapi Bergelumang Najis!

4 min bacaan
Cara Kita Mandikan Bayi Dalam Besen Mungkin Salah, Nampak Bersih, Tapi Bergelumang Najis!

Sedarkah anda, mungkin selama ini salah cara kita mandikan bayi dalam besen dan cara kita bersihkan najis mereka? Mungkin selama ini kita tidak sedar.

Sedar atau tidak cara kita mengendalikan najis mungkin banyak silapnya hingga rumah yang kita lihat bersih, tetapi sebenarnya bergelumang dengan tahi bayi! Sama juga isunya dengan mandikan bayi dalam besen, nampak bersih, tapi penuh najis!

Mengapa begitu? Hakikatnya, perkongsian wanita ini, Aisyah Ribath mungkin ada betulnya dan selama ini kita tak perasan pun akan perkara ini.

Mandi bayi dalam besen, nampak bersih tapi jika salah cara bergelumang tahi bayi jadinya!

elakkan mandikan bayi terus bersama najis bayi

Ikuti perkongsian wanita ini yang mungkin selama ini kita pun tak sedar. 

Realiti

Seorang ibu memandikan bayinya. Pampers dicabut lalu direndam si anak di dalam besen atau bekas mandian khas bayi.

Selesai sahaja, diangkat bayi tadi dengan disiram sekali lalu (tidak rata) dengan keadaan kaki bayi yang masih menjulur lagi ke dalam besen yang bertakung najis.

Semasa anak kecil itu menunggu dipakaikan pampers, ia sudah terkencing. Terus si ibu mengelap dengan kain tuala yang digunakan juga untuk mengelap tubuh si anak, lalu baju pun disarungkan dengan tangan ibu yang telah terkena kencing si anak dan ibu ini meneruskan kerja-kerja yang lain tanpa membersihkan dengan baik kawasan yang terkena air kencing tersebut.

Ini kisah benar yang berlaku dan pelbagai macam ‘cara’ membersihkan najis yang salah serta dianggap remeh oleh segelintir kita.

Hal pengendalian najis bayi tak boleh dipandang remeh

Najis

Dalam kita sedar atau tidak, mungkin banyak yang sudah kita terlepas pandang mengenai pengendalian najis. Perkongsian wanita ini mungkin boleh membuka mata kita semua mengenai pentingnya pengendalian tahi bayi yang betul.

Najis apabila tidak dibersihkan dengan betul akan mengundang pelbagai masalah. Bukan setakat tidak sudi dan tidak boleh bawa beribadat. 

Ia akan mengundang penyakit yang serius bukan saja pada bayi malah seluruh keluarga.

  1. Najis wajib dibersihkan dengan baik sehingga suci (hilang bau, warna dan rasa). Masyarakat kita menganggap najis itu adalah tahi sahaja. Sedangkan air kencing juga adalah najis. Penyuciannya juga sama, wajib betul-betul bersih dan suci.
  2. Besen yang direndamkan bayi tanpa menyuci dahulu kemaluan bayi yang terkena najis akan menjadikan seluruh air mandian tersebut telah tercemar dengan najis dan tidak dapat menyucikan lagi.
  3. Tuala atau pakaian yang terkena air kencing bayi adalah najis dan jika terkena pakaian atau tempat lain ia boleh memindahkan najis tersebut.
  4. Lantai tandas yang sudah terkena air kencing lalu tidak dijirus baik dan terkena pula pada pakaian atau badan adalah najis yang jika dibawa keluar akan memindahkan najis tersebut ke tempat lain.
  5. Pakaian yang bernajis dipakai pula untuk solat serta solat ditempat bernajis tidak sah dan tidak diterima solatnya. Jika solat pun tidak diterima apatah lagi doanya.

Tips mandikan bayi dengan bersih

tahi bayi perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum mandikan bayi dalam tab

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada pelbagai cara untuk mandikan bayi dan paling mudah sudah pasti dengan menggunakan tab mandi. Tetapi bagi memastikan yang bayi anda betul-betul bersih, adalah lebih baik anda gunakan cara seperti ini:

  • Sekiranya anda masih belum berani untuk mandikan bayi di dalam tab mandi, gunakan span atau kain lembut sebagai pengelap badan bayi sehingga bersih. Bagi kawasan najis, anda alirkan air pada kawasan itu dan lap kering.
  • Pernahkah anda melihat alat penyokong bayi yang digunakan dalam tab mandi? Ianya sangat membantu sesetengah ibu kerana dapat memudahkan pergerakan. Tetapi, jangan terkejut kerana ada bayi yang cukup tidak selesa dengan alat ini. Alat penyokong ini amat mudah untuk mengelakkan anak anda terendam dalam air, jadi bolehlah elakkan air kotor yang mungkin terkena najis kerana anda boleh menyiramnya.
  • Bayi yang baru lahir tidak seharusnya dimandikan terlalu lama. Cukuplah sekadar 3 hingga 5 minit.
  • Dalam cuaca di Malaysia, seelok-eloknya bayi dimandikan sebanyak 2 kali sehari.
  • Anda boleh rujuk mana-mana video untuk  untuk cara mandikan bayi yang selama ini mungkin anda rasa mudah, tetapi bila sudah buat baru rasa susah
  • Jadikan rutin untuk mandikan bayi anda pada sekitar waktu yang sama setiap hari. Ianya mampu memberi isyarat kepada bayi untuk mengetahui waktu tidurnya selepas ini.
  • Peringatan! Jangan tinggalkan bayi sendirian dalam tab mandi. Walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan bayi anda keseorangan dalam tab mandi. Dukung saja bayi anda jika anda mahu mengambil apa-apa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

Baca juga: 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Baca juga: 7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara Kita Mandikan Bayi Dalam Besen Mungkin Salah, Nampak Bersih, Tapi Bergelumang Najis!
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.