X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

7 min bacaan
Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

Ini cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya sesuai untuk ibu bapa yang ingin memandikan bayi dengan yakin dan selamat.

Memandikan bayi baru lahir adalah pengalaman yang manis dan berharga untuk ibu bapa. Tetapi ada yang masih rasa takut dan kurang yakin dengan cara memandikan bayi baru lahir kerana anak mereka masih kecil and lembik.

Kami faham perasaan anda kerana kami juga pernah alami situasi yang sama! Oleh sebab itu, kami bekalkan anda panduan lengkap cara memandikan bayi yang anda boleh ikut sama.

Dengan mengikuti cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya berikut, pengalaman memandikan bayi anda akan menjadi saat yang indah dan dinanti-nantikan.

Isi Kandungan

  • Kelengkapan yang diperlukan
  • Gambar cara mandikan bayi
  • Cara memilih sabun sesuai
  • Kekerapan mandikan bayi
  • Apa perlu buat selepas bayi mandi
  • Manfaat mandikan bayi

Kelengkapan yang diperlukan sebelum memandikan bayi baru lahir

Apakah kelengkapan yang anda perlu sediakan sebelum memandikan bayi baru lahir? 

  • pelapik untuk permukaan keras, seperti selimut atau tuala
  • semangkuk air suam, tidak panas
  • kain lap1
  • sabun bayi yang lembut
  • lampin bersih
  • tuala bayi
  • sediakan lampin pakai buang dan pakaian bayi supaya lebih mudah dan tidak tercari-cari

Cara memandikan bayi baru lahir beserta gambarnya

Anda boleh rujuk artikel ini sebelum memandikan bayi baru lahir anda dengan betul! Semoga berjaya ibu ayah!

#1 – Langkah pertama: Menyediakan keperluan terlebih dahulu

Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

  1. Mula dengan mengumpul semua barang-barang mandian yang anda perlukan (tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik dan tempat untuk menukar lampin bayi.

  2. Sediakan tuala terbentang untuk mengeringkan bayi anda.

  3. Pastikan bilik berada pada suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu. Isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5 cm.

  4. Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku – ia mestilah kira-kira 36 ° C dan tidak rasa panas pada kulit anda.

  5. Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi anda. Pangku bahagian kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong  bahagian bawah badannya dengan tangan yang lain.

  6. Dengan perlahan-lahan masukkan bayi anda ke dalam tab mandi.

#2 – Langkah kedua: Guna cara memandikan bayi baru lahir ini

cara memandikan bayi baru lahir

  1. Tanpa melepaskan tangan, lembapkan kapas dengan air suam dan bersihkan kelopak mata anak baru lahir anda dengan perlahan-lahan.

  2. Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang baru untuk setiap mata yang berbeza.

  3. Hanya sedikit sabun bayi diperlukan untuk membasuh rambut bayi baru lahir anda. Sesetengah ibu bapa hanya menggunakan air dan kain lap.

  4. Bayi tidak perlu menggunakan sabun sehingga bayi mereka lebih besar. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan anda sehingga bebas sabun.

  5. Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru lahir (1), kemudian bahagian leher dan badan (2), akhirnya bahagian paha, kaki dan bahagian genital  (3).

#3 – Langkah terakhir: Jangan biarkan dia seorang diri

cara memandikan bayi baru lahir

  1. Bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak berendirian di dalam bilik mandi, tanpa pengawasan.

  2. Sekiranya anda perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi anda dengan tuala dan bawanya bersama anda.

  3. Elak dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin dan senang tergelincir dari tangan.

  4. Pastikan anak anda sudah berpakaian dan sedang baring dengan selamat di dalam katilnya sebelum anda membersihkan tab mandi yang digunakan tadi.

Cara memilih sabun / syampu yang sesuai untuk bayi

Memilih barangan mandian untuk bayi baru lahir perlukan anda peka dengan beberapa perkara. Ia termasuklah:

#1. Kandungan sabun

Sabun bayi yang terbaik adalah lembut, melembapkan dan tidak mempunyai bahan kimia yang berpotensi berbahaya.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Apabila memilih sabun, lihat senarai kandungan untuk mengetahui sama ada ia mengandungi etil alkohol, propilena glikol atau bahan kimia lain yang mungkin membahayakan bayi apabila digunakan secara konsisten.

#2. Elakkan mandian berbuih, wangi

Elakkan produk mandian buih dan sabun wangi, yang mengandungi bahan tidak perlu yang boleh mencetuskan tindak balas negatif.

Di samping itu, ingat bahawa sabun hanyalah pilihan untuk kebanyakan mandian bayi; air suam biasanya cukup untuk membersihkan bayi.

Bahan kimia dalam pewangi boleh mengeringkan kulit bayi dan memburukkan lagi ruam lampin. Tisu bayi kadangkala berbau wangi juga, dan ia boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah yang sama seperti sabun bayi yang berbau wangi.

Di pasaran, sebilangan besar sabun dan kain lap mempunyai versi bebas pewangi.

#3. Pilih produk semulajadi

Produk semula jadi biasanya merupakan pilihan yang terbaik. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa semula jadi tidak selalu bermakna melembapkan atau selamat. 

Bila bayi boleh mula mandi dan kekerapan mandi

Keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap membolehkan anda memandikan bayi setiap hari. Sekurang-kurangnya pagi dan petang. 

Apa yang penting, semasa memandikan bayi baru lahir2 anda perlu membersihkan bahagian yang memerlukan perhatian seperti bahagian muka, leher dan lampin.

Semasa mandi, anda juga boleh memeriksa lipatan kulit bayi anda, termasuk peha, pangkal paha, ketiak dan dagu. Jika perlu, bersihkan kawasan ini dengan kain lap yang basah. Kawasan pelipat bayi adalah kawasan yang sensitif dan sering berlakunya ruam kerana ia terlindung.

Jadi apabila bayi berpeluh, ia akan mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka sekiranya kawasan ini tidak dikeringkan dan dilap dengan baik. 

Apa perlu buat selepas bayi mandi

Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

#1. Lap badan bayi

Pastikan anda mengelap badan bayi dengan perlahan-lahan dan menggunakan kain yang lembuh dan mempunyai kadar serapan tinggi. Pastikan bayi dilap sehingga kering terutama di bahagian pelipat dan kawasan terlindung seperti leher, telinga dan sebagainya.

#2. Pakaikan lampin

Pastikan anda cepat-cepat pakaikan bayi anda lampin atau lampin pakai buang selepas sudah mengelap badannya kering. Ini kerana bayi mudah terkencing semula apabila dia dalam keadaan kesejukan. 

Jadi untuk elakkan anda perlu mandikannya semula, pakaikan dia lampir segera. 

#3. Pakaikan losyen

Ada yang menganggap losyen tidak perlu untuk bayi. Namun losyen memastikan kulit bayi anda kekal lembap dan tidak kering terutama ketika mereka mengalami salin kulit.

Pilihlah losyen yang sesuai dengan kulit anak anda. Tidak semestinya berbau wangi apa yang penting ia berfungsi dengan baik melembapkan kulit bayi baru lahir anda.

#4. Tuam perut, letakkan minyak telon

Perkara ini tidaklah wajib. Tetapi jika anda ingin buat pun tiada salahnya. Tuam perut dikatakan baik untuk membuat bayi selesa. Biasanya tuaman akan menggunakan bahan-bahan herba yang suam dan dituamkan ke perut bayi.

Anda juga boleh tuam tapak kaki bayi anda. Selain itu, minyak telon juga popular digunakan pada perut bayi. 

#5. Pakaikan pakaian

Apabila sudah siap semuanya, pakaikan bayi pakaian yang selesa sesuai dengan keadaan cuaca dan suhu. Pastikan anak anda selesa dengan pakaian yang dipakaikan. 

Pastikan juga fabrik pakaian yang dipilih selesa untuk dipakai oleh bayi baru lahir, tidak panas dan mudah untuk anda pakaikan kepada mereka. 

Manfaat mandikan bayi

Seperti orang dewasa, memandikan bayi akan membuatkannya lebih segar. Malah ia mengelak bayi daripada kekotoran dan sebagainya. Disebabkan itulah bayi perlu dimandikan.

Walaupun tiada aktiviti lasak, bayi juga berpeluh3. Jadi sudah pastilah memandikan mereka adalah yang terbaik supaya mereka sentiasa bersih. 

Memandikan bayi juga akan menguatkan tulangnya terutama jika anda mandikan dia pada waktu pagi. Tetapi bagi bayi baru lahir anda boleh lewatkan sedikit masa memandikannya kerana jika terlalu awal ia mungkin terlalu sejuk untuk mereka. 

Kami harap artikel tentang cara memandikan bayi baru lahir ini membantu anda sedikit sebanyak. Selamat mencuba!

  1. nhs.uk (September 15, 2021). Washing and bathing your baby. www.nhs.uk/conditions/baby/caring-for-a-newborn/washing-and-bathing-your-baby/
  2. mayoclinic (February 10, 2022). Infant and toddler health. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20044438#:~:text=How%20often%20does%20my%20newborn,dry%20out%20your%20baby’s%20skin.
  3. University of Rochester Medical Centre (n.d). Bathing and Skin Care for the Newborn. www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02628

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Susah Nak Mandi? Jangan Risau, Jom Tawan Hati Si Anak Dengan 7 Mainan Bayi Khas Di Bilik Mandi Ini!

Baca juga:  Bolehkah Kanak-Kanak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

Baca juga: 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!
Kongsikan:
  • 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

    7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

  • 7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

    7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

    7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

  • 7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

    7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.