X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

9 min bacaan
Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Tahukah anda bahawa masalah kulit bayi terjadi kerana sikap ibu bapa yang gemar memandikan anak menggunakan sabun? Kesannya, kulit menjadi lebih sensitif!

Sudah menjadi kebiasaan bagi anda yang baru sahaja bergelar ibu bapa akan berhadapan dengan masalah kulit bayi baru lahir. Oleh itu, ibu dan ayah disarankan untuk lebih peka dengan keadaan kulit bayi baru lahir yang sememangnya sangat lembut dan sensitif.

Jika anda ternampak keadaan kulit bayi anda jauh dari sempurna dengan tanda-tanda aneh, lepuh, diikuti dengan bintik-bintik, itu sememangnya keadaan yang biasa berlaku. Jangan panik lagi, monitor dahulu dan jika perlu untuk berjumpa dengan doktor, sila lakukan dengan kadar segera. 

Oleh sebab itu, amat penting untuk ibu meneliti kandungan di dalam produk mandian yang digunakan dengan sebaiknya, kerana jika salah beli, ia boleh menyebabkan iritasi dan berisiko naik ruam merah pada kulit bayi baru lahir.

Dalam artikel ini, anda dapat baca lebih lanjut tentang:

  • Jenis-jenis masalah kulit bayi 
  • Punca masalah kulit bayi ini terjadi
  • Cara memilih produk yang sesuai dengan kulit
  • Cara untuk memastikan kulit bayi sentiasa sihat dan lembut

Jenis-Jenis Masalah Kulit Bayi

masalah kulit bayi

Untuk pengetahuan ibu bapa baharu, kulit bayi baru lahir yang sebelum ini terbiasa dengan persekitaran seperti air ketika di dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering setelah dilahirkan.

Mungkin, peralihan ini akan mengambil masa yang agak lama.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana kulit bayi baru lahir akan terus berkembang beberapa lama setelah dilahirkan. Walaupun kulit bayi baru lahir boleh menyerap kelembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, perlu diingatkan juga bahawa kulit bayi baru lahir juga akan mudah menjadi kering.

Di sini kami sertakan antara jenis-jenis masalah kulit bayi baru lahir yang sering berlaku:

#1 Kulit Kering/Menggelupas

masalah kulit bayi

Kulit bayi baru lahir akan kelihatan kering dan mengelupas pada beberapa hari yang pertama. Terutamanya di bahagian tapak kaki dan pergelangan kaki.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana selepas beberapa hari, pengelupasan serta masalah kulit kering kulit bayi baru lahir ini akan hilang.

Cara rawatan: Jangan mandikan bayi terlalu lama kerana air hanya akan menanggalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bayi baru lahir. Menggunakan air suam dan sabun mandi bebas wangian (fragrance-free) adalah lebih baik. Seterusnya, sapukan losyen atau krim dengan kadar segera selepas selesai memandikan bayi.

#2 Ruam Lampin

masalah kulit bayi

Ruam lampin adalah keadaan di mana ruam kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan lampin, alat kelamin, dan punggung bayi1. Ruam lampin pada kulit bayi baru lahir selalunya berlaku disebabkan oleh:

  • Pemakaian lampin kotor terlalu lama.
  • Geseran dari lampin yang dipakai.
  • Jangkitan yis.
  • Jangkitan bakteria.
  • Reaksi alergi terhadap lampin yang dipakai.
  • Cirit-birit.
  • Antibiotik dari susu ibu.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu menukar lampin bayi dengan kerap dan pastikan kawasan ruam sentiasa berada dalam keadaan kering. Perlu diingatkan juga untuk menggunakan krim ruam yang baik dan kalau boleh, sila elakkan daripada menggunakan lampin yang murah.

#3 Ekzema

masalah kulit bayi

Ekzema biasanya terjadi pada kulit bayi baru lahir atau kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah kadang kala kelihatan seperti kulit bayi baru lahir dilihat seakan melecur yang berair2.

Jika ekzema dibiarkan berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Cara rawatan: Ibu bapa disarankan untuk meminta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor mungkin akan memberikan rawatan seperti memberikan ubat pencegah gatal (antihistamin), losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, zrim steroid (untuk kes-kes yang teruk), dan juga akan memberikan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Walau bagaimanapun, rawatan yang disediakan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

#4 Heat Rash/Ruam Panas

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Kenali heat rash atau ruam panas, gatal atau lepuh kecil iaitu keadaan kemerah-merahan pada kulit atau bahagian badan kulit bayi baru lahir yang bersentuhan dengan pakaian. Apabila cuaca terlalu panas, bayi akan berpeluh dengan banyak dan akan menyebabkan liangnya tersumbat. Ruam panas akan berlaku apabila peluh tidak dapat keluar3.

Bayi juga akan lebih senang menerima ruam panas daripada orang dewasa kerana liang mereka adalah lebih kecil.

Cara rawatan: Pastikan pakaian bayi anda longgar dan mempunyai pengedaran udara yang baik. Pastikan ibu bapa elak dari menggunakan krim atau losyen ke kawasan yang terjejas.

#5 Keruping Buaian/Cradle Cap

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Keruping buaian atau cradle cap adalah keadaan di mana tompok-tompok atau kerak berminyak akan kelihatan pada kulit kepala bayi yang akan nampak seperti kelemumur4.

Keadaan kulit bayi baru lahir ini tidak menyakitkan atau gatal. Ia hanya menyebabkan kulit seperti sisik putih atau kuning yang sukar untuk dibuang.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu mencuci bahagian yang terjejas setiap hari dengan menggunakan syampu atau minyak mineral yang berubat. Selain itu, gunakan juga losyen khas untuk keruping buaian, kemudian sikat rambut bayi anda dengan menggunakan sikat yang lembut untuk menanggalkannya.

#6 Milia

masalah kulit bayi

Ini adalah keadaan yang sering dilihat pada kulit bayi baru lahir iaitu Milia. Milia merupakan biji-biji putih kecil yang berada di sekitar hidung, dagu, atau pipi, mahupun pada bahagian atas badan dan lengan bayi5.

Keadaan kulit bayi baru lahir ini disebabkan oleh serpihan kulit kecil yang terperangkap di bawah permukaan kulit mereka.

Oleh itu, jangan sesekali memicit atau mengorek biji-biji putih tersebut kerana ia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu ataupun bulan. Tunggu sahaja, okay?

Cara rawatan: Anda perlu kerap membasuh muka bayi anda setiap hari dengan air suam dan sabun bayi yang lembut kemudian lap kering secara perlahan-lahan. Jika boleh, sila elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak pada kawasan yang terjejas.

Punca Masalah Kulit Bayi Baru Lahir

faktor masalah kulit bayi

credit to sources

Kanak-kanak atau bayi baru lahir boleh mengalami masalah kulit kering yang disebabkan oleh pelbagai punca. Walaupun kulit kering tidak berbahaya, ia membuatkan bayi berasa tidak selesa dan jika tidak dirawat akan berlaku iritasi.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Banyak bayi baru lahir mengalami kulit kering sejak lahir terutamanya selepas usia 40 minggu. Situasi ini adalah normal dan akan hilang selepas beberapa lama.

Namun, terlebih kerap mandi atau menggunakan terlalu banyak sabun turut menyebabkan kulit anak menjadi kering. Sebenarnya, penggunaan sabun ke atas bayi akan membuang minyak dan menghilangkan kelembapan semula jadi pada kulit mereka.

Faktor lain yang menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca. Jika cuaca terlalu panas, sejuk atau tinggi kelembapan boleh menyebabkan kulit kering.

Penyakit genetik seperti ekzema atau keadaan lain yang jarang berlaku seperti ichthyosis juga boleh menyebabkan kulit kering dalam kalangan kanak-kanak.

Cara Memilih Produk Yang Sesuai Untuk Kulit Bayi Baru Lahir

Tidak dinafikan, untuk first-time moms di luar sana pasti pening bagaimana caranya untuk memilih sabun atau produk yang sesuai untuk kulit bayi baru lahir, kan?

Memanglah dekat label ditulis ‘organik’ atau ‘semulajadi’ – tapi sejauh mana kebenarannya? Mana tahu itu ‘fake’? Nanti kulit anak pula menghadapi iritasi.

Di sini kami sediakan beberapa tips atau cara untuk ibu bapa di luar sana memilih sabun atau produk yang sesuai untuk kulit bayi baru lahir:

#1 Sabun bayi lembut

Pastikan anda memilih sabun bayi yang bukan toksik, lembut, dan juga bebas daripada apa-apa kimia merbahaya. Ini kerana sabun yang kuat boleh merosakkan kulit bayi anda atau menyebabkan mereka mendapat ruam.

Sabun lembut biasa juga boleh digunakan sebagai sabun untuk bayi anda.

#2 Elakkan daripada menggunakan sabun berlebihan

Ada perbezaan di antara membersihkan kulit bayi baru lahir dan kulit orang dewasa. Sabun yang mempunyai buih berlebihan mempunyai bahan kimia tambahan yang mungkin akan membahayakan kulit bayi anda.

#3 Jangan menggunakan sabun mandi bayi yang ada wangian, pastikan fragrance-free!

Anda disarankan untuk memilih untuk menggunakan sabun bebas bau untuk bayi anda. Jika bayi tak suka bau sesetengah sabun yang anda pilih, mereka akan mula menangis kerana mereka tiada cara lain untuk menunjukkan bahawa mereka tidak suka.

Sabun yang mempunyai wangian mengandungi kimia kasar yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi.

Lagipun, bayi anda sudah memiliki bauan tersendiri dan memang dah wangi. Tak perlulah mandikan mereka dengan sabun wangi lagi.

#4 Sabun bayi untuk kulit yang mempunyai alergi

Jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif atau menghidapi kulit kering atau ekzema, anda perlu mencari sabun hypoallergenic.

#5 Baca kandungan sabun terlebih dahulu

Untuk memastikan sabun bayi adalah hypoallergenic dan tanpa toksik, anda perlu menganalisa bahan-bahan dalam sabun terlebih dahulu. Selain itu, periksa bahan-bahan dalam internet untuk melihat jika sabun tersebut boleh menyebabkan apa-apa reaksi alergi.

Jauhi daripada sabun yang mengandungi alkohol, glicol, propylene dan bahan kimia lain.

Sabun yang diperbuat dari bahan semula jadi adalah yang terbaik untuk kulit bayi sensitif. Sebab itulah anda disarankan untuk mencari sabun yang mengandungi bahan seperti almond, susu, koko, mentega, madu dan minyak zaitun.

Kalau nak tahu jenama apa elok untuk kulit bayi baru lahir, KLIK SINI.

Cara Untuk Memastikan Kulit Bayi Baru Lahir Sentiasa Sihat

penyebab masalah kulit bayi

credit to sources

#1 Mandikan anak anda dengan segera dan kawal suhu air

Ketika memandikan anak, ibu ayah perlu memastikan air berada pada suhu suam dan selesa, iaitu tidak terlalu sejuk atau panas. Jika musim sejuk, kelembapan adalah rendah. Jadi, anak tidak perlu dimandikan setiap hari.

#2 Selepas mandi, sapukan pelembap 

Ibu ayah perlu menggunakan pelembap secara berkala. Anda hendaklah mencuba jenama dan jenis pelembap yang berbeza sebelum menemui yang paling sesuai dengan kulit anak.

Bukan itu sahaja, sebelum membeli sebarang jenis produk, anda harus membaca labelnya terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat bagi kulit bayi yang halus.

#3 Risiko untuk berulang

Selepas kulit anak kembali normal, terdapat peluang untuk kulitnya menjadi kering semula. Oleh itu, jangan berputus untuk mencari penyebabnya dan berapa kerap ia berlaku dalam tempoh setahun.

Langkah ini boleh membantu anda mencegah jangkitan.

Bukan itu sahaja, air klorin dan garam diketahui menyebabkan kulit menjadi kering. Maka, pastikan anda membilas anak menggunakan air paip selepas aktiviti mandi kolam atau laut.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut, ibu ayah perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar kulit:

  • Kulit kering tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat tanpa pemeriksaan doktor.
  • Tompokan kulit kering kelihatan merah dan gatal.
  • Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
  • Waspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

  1. Mayo Clinic (n.d.). Diaper rash. www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diaper-rash/symptoms-causes/syc-20371636
  2. WebMD (2021, March 22). Does My Baby Have Eczema?. www.webmd.com/parenting/baby/baby-eczema-questions-answers
  3. NHS (n.d.). Heat rash (prickly heat). www.nhs.uk/conditions/heat-rash-prickly-heat/
  4. WebMD (202-, August 19). Cradle Cap. www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/treating-cradle-cap-in-children#:~:text=Cradle%20cap%20is%20a%20common,Cap%20is%20common%20and%20harmless.
  5. Cleveland Clinic (n.d.). Milia. my.clevelandclinic.org/health/diseases/17868-milia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sikat Rambut Bayi Terbaik: 7 Jenis Sikat Yang Selamat Untuk Kulit Bayi

Baca juga: Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!
Kongsikan:
  • "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

    "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

    "Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?"- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

  • Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

    Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.