Ibu, adakah anda perasan kerak kepala bayi anda yang baru lahir seakan-akan menyerupai kelemumur? Nak ujar ia adalah kelemumur pun tidak juga. Jadi apa sebenarnya yang ada pada kepala si manja ya?
Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:
- Apakah itu kerap kepala bayi atau cradle cap pada bayi
- Ciri-ciri kerak kepala dan bagaimana ia boleh terjadi
- Petua untuk hilangkan cradle cap
- Cara terbaik untuk elak kehadiran kerak kepala
Apa Itu Kerak Kepala Bayi?
Kalau ibu dan ayah hendak tahu, keadaan yang mana kulit kepala bayi seakan-akan kering dan tekstur seperti kelumumur orang dewasa ini dipanggil sebagai kerak kepala atau cradle cap.
Umumnya seawal bayi berusia 2-6 minggu, di kepalanya mungkin akan muncul kerak bentuknya sedikit kering dan mengelupas1. Itu adalah kerak kepala bayi atau cradle cap merupakan sejenis masalah kulit kepala yang biasanya terjadi di awal usia bayi terutama ketika bayi baru lahir.
Kerak kepala bayi atau cradle cap adalah perkara normal yang terjadi kepada bayi dan tidak bahaya.
Jadi, buat ibu yang baru dalam pengalaman seperti ini jangan terlalu risau. Masalah kerak kepala bayi boleh diatasi. Diingatkan supaya jangan dibiarkan ia akan menjadi semakin tebal dan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala bayi anda.
Ciri-ciri Kerak Kepala atau Cradle Cap
Kerak kepala atau nama saintifiknya seborrheic dermatitis ialah sejenis masalah kulit kepala yang berwarna kekuning-kuningan. Ia nampak seperti kelumumur dewasa tapi ianya jauh lebih teruk.
Keadaan kulit bayi yang mengalami kerak kepala ini ialah ia akan nampak kering, berkuping dan berminyak. Ianya juga berkelompok yang bermaksud bukan semua bahagian akan kena.
Kerak kepala terjadi jika kulit kepala menjadi kering, berkerak atau mengelupas. Tetapi keadaan ini tidak bahaya. Jika dibiarkan kulit kepala boleh semakin menebal, berminyak, dan berwarna putih kekuningan1.
Cradle cap pada bayi biasanya akan terjadi di kulit kepala dan di bahagian belakang telinga. Bahagian lain biasanya di kelopak mata atau bahagian lipatan tubuh bayi anda. Kerak kepala yang biasanya terjadi kepada bayi yang berambut nipis akan kelihatan seperti kelumumur.
Biasanya bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
Bahaya tak Cradle Cap pada Bayi?
Sudah tentu tidak! Tapi ia sangat tidak menyenangkan bayi. Kulit kepala berkerak menyebabkan bayi anda menjadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Jika kulit kepala berkerak kepala bayi anda tidak ditangani ia boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang lebih teruk. Walau bagaimana pun, kerak kepala bayi akan menjadi bahaya jika tidak bersihkan dengan betul.
Punca Cradle Cap Pada Bayi
Cradle cap ini muncul kerana pengeluaran minyak yang berlebihan pada bahagian kepala bayi anda dan kemudiannya akan mengering dan mengelupas.
Selain itu, ada juga yang berpendapat cradle cap terjadi akibat daripada hormon yang berlebihan diterima bayi dari ibunya semasa kehamilan menjadi punca terjadinya masalah tersebut.
Namun begitu, jangan menganggap masalah cradle cap yang terjadi pada bayi merupakan perkara remeh. Hal ini boleh menyebabkan jika cradle cap tidak diatasi ia akan semakin menebal dan menjadi semakin sukar untuk menghilangkannya.
Kajian turut menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai kerak kepala mempunyai keluarga dengan sejarah ekzema2.
Petua Bersihkan Cradle Cap Bayi
Ibu nak bersihkan cradle cap bayi sebenarnya mudah sahaja. Jom ikuti petua bersihkan kerak bayi seperti di bawah.
#1 Gunakan minyak atau krim
Anda boleh gunakan minyak rambut bayi atau minyak kelapa dan gosok lembut pada kulit kepala bayi dengan menggunakan tuala lembut. Biarkan selama 20 minit hingga ke 1 jam dan berus dengan menggunakan berus bayi.
Buat secara perlahan dan lemah lembut. Walaupun rasa geram apabila melihat kerak kepala bayi yang banyak, namun elak menggosok terlalu kasar sehingga bayi berasa tidak selesa.
Lebih baik juga jika anda rujuk doktor dan dapatkan krim khas untuk membantu merawat kulit kepala bayi sebagai alternatif.
Elakkan menggunakan minyak yang mempunyai sebarang unsur kekacang, takut pula anak anda mendapat alahan kekacang nanti.
#2 Basuh rambut bayi dengan syampu
Basuh rambut bayi ini pun bagus sebab anda boleh longgarkan sikit keraknya. Lebih senang sedikit untuk bersihkan.
Pastikan anda juga menggunakan syampu yang sesuai dengan bayi dan jangan sesekali guna syampu untuk orang dewasa.
Basuh rambut anak anda dengan menggunakan syampu sekerap yang mungkin dan gunakan sikat atau berus lembut dengan perlahan dan cermat.
Kami juga ada senaraikan produk yang dapat membantu melegakan masalah craddle cap atau kulit kepala berkuping pada bayi di sini.
#3 Jangan korek kuping atau kerak kepala bayi
Sewaktu bersihkan kerak kepala bayi, mesti timbul rasa nak korek kuping tersebut. Namun, ibu tolong jangan buat begitu ya! Ini kerana kulit kepala bayi sangat rapuh dan tidak seperti orang dewasa.
Bahaya sebenarnya jika anda menggaru atau mengopek kerak ini kerana dikhuatiri anda akan menyebabkan kulit kepala anak anda luka dan kemudian dia akan mendapat jangkitan. Lagi-lagi kalau ibu menggunakan kuku!
Bagaimana Cradle Cap (Dermatitis Seborrheic) Dikesan?
Pakar penjagaan kesihatan boleh mendiagnosis cradle cap dan dermatitis seborrheic dengan cara melihat permukaan kulit kepala bayi tersebut dan di mana ruam itu merebak. Bayi yang menghidap dermatitis seborrheic biasanya sihat dan keadaannya akan bertambah baik dengan sendirinya atau dengan rawatan.
Selalunya ia akan hilang sendiri sebaik baik membesar, ibu-ibu juga boleh dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu?
Kadangkala dermatitis seborrheic di kawasan lampin atau lipatan kulit boleh dijangkiti. Bercakap dengan doktor anda jika ruam menjadi lebih teruk atau terdapat sebarang tanda jangkitan (kulit kelihatan merah, mula mengalirkan cecair, atau terasa hangat).
Cradle cap dan dermatitis seborrheic pada bayi biasanya bertambah baik pada usia 12 bulan. Seborrhea mungkin kembali semasa baligh sebagai kelemumur.
Tanda-Tanda Kerak Kepala Bayi Tidak Sihat & Perlu Berjumpa Doktor
Adakah anak anda perlu berjumpa doktor tentang cradle cap?
Mungkin tidak. Tetapi anda harus membawa bayi anda berjumpa doktor sekiranya:
- Cradle cap tidak bertambah baik selepas dua minggu dengan rawatan yang diterangkan di bawah.
- Kulit di bawah atau di sekeliling kerak itu meradang atau menangis.
- Bayi anda mengalami ruam yang merebak di kawasan yang terjejas.
- Bayi anda kelihatan rengsa dan rimas dengan cradle cap atau menggarunya.
- Anda juga harus membawa bayi anda ke doktor jika anda tidak pasti sama ada ia adalah cradle cap, atau bayi anda mempunyai tanda-tanda jangkitan, termasuk demam, keletihan atau penyusuan yang tidak baik.
Jika terdapat sebarang jangkitan kulat, ianya akan menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jadi bawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan segera.
4 Cara untuk Elak Cradle Cap di Masa Hadapan
Cradle cap di kepala bayi adalah sesuatu penyakit yang tidak serius, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk sembuh dari masalah ini.
Beberapa cari buat ibu untuk mengelakkan masalah kerak kepala ini akan terjadi pada bayi anda antaranya3:
- Basuh dan keringkan kulit kepala bayi anda setiap hari
- Sikat rambut dan kulit kepala bayi menggunakan sikat beberus halus
- Sapu kulit kepala bayi dengan minyak zaitun dan biarkan ia semalam
- Basuh rambutnya dan keluarkan serpihan kulit kepala yang berkeping-keping menggunakan sikat berberus halus
Sekiranya kerak dikepala tidak hilang juga, dapat nasihat doktor dengan segera.
Semoga bermanfaat.
Sumber:
- WebMD (2020, August 19). Cradle Cap. www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/treating-cradle-cap-in-children#:~:text=Cradle%20cap%20is%20a%20common,Cap%20is%20common%20and%20harmless.
- Medical News Today (n.d.). All you need to know about cradle cap. www.medicalnewstoday.com/articles/218942
- John Hopkins Medicine (n.d.). Seborrheic Dermatitis (Cradle Cap). www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/seborrheic-dermatitis-cradle-cap
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hati-Hati Bila Pegang Ubun Kepala Bayi, Peka Dengan 7 Situasi BAHAYA Ini
Baca juga: Ibu Jangan Cepat Naik Angin Bila Anak Mengamuk, Bacalah Selawat & Tiup Pada Ubun Kepalanya
Baca juga: Kepala Bayi Lonjong Atau Leper? Cuba Tips Doktor Ini, Supaya Ia Kembali Bulat, Normal!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!