X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Anda Ada Masalah Kulit Kepala Berkuping? 6 Produk Ini Selamat Untuk Newborn Dan Kanak-Kanak

Kulit kepala berkuping adalah normal bagi bayi yang baru lahir. Walaupun bayi tidak terasa gatal, lebih baik jika ia dibuang dengan lembut. Gunakan produk yang direka khas untuk tujuan ini, terbukti berkesan dan selamat.

Jika anda lihat pada kulit kepala bayi yang baru lahir, kebanyakkan daripada mereka pasti mempunyai kulit kepala berkuping dan berkerak. Perkara ini adalah normal di kalangan newborn. Biasanya hal ini tidak akan membuatkan kulit kepala bayi menjadi gatal dan lebih kepada masalah luaran sahaja. 

Namun begitu, ibu ayah perlu ambil langkah yang betul untuk mencuci atau mengeluarkan kulit kepala berkerak ini. Kalau dibiarkan, lama kelamaan kerak tadi akan menjadi lebih keras, tebal dan buat rambut bayi jadi berminyak.

Masalah Kulit Kepala Berkuping Dan Berkerak Pada Bayi

Untuk bayi, kulit kepala berkerak ini tidak dipanggil kelemumur - walaupun rupanya hampir sama. Sebaliknya kondisi ini dipanggil cradle cap ataupun nama saintifiknya infantile seborrheic dermatitis. 

Kulit kepala berkerak ini akan nampak lebih jelas pada bayi yang berambut nipis dan halus. Kadangkala cradle cap ini juga akan naik di sekitar kening dan bahagian belakang telinga. 

Punca khusus kepada masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas ini tidak dapat dikenal pasti. Namun, rata-rata sumber mengatakan yang ia berlaku disebabkan hormon ibu yang dibawa bersama oleh bayi semasa proses kelahiran. 

Selain itu, kulit kepala berkuping ini juga berlaku apabila kulit kepala bayi menghasilkan terlalu banyak sebum. Kemudian, sebum ini mengganggu proses kulit kepala untuk gugur secara natural. Apabila bercampur, sel kulit mati yang tidak dapat gugur tadi menjadi bertepek di atas kulit kepala bayi.

Cara Memilih Produk Terbaik Untuk Hilangkan Kulit Kepala Berkuping Pada Bayi Anda

Masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas ini bukanlah tiada penyelesaiannya. Ibu ayah boleh mendapatkan produk yang dijual di farmasi untuk mengurangkan kuping pada kulit kepala kering dengan cara yang terbukti selamat dan berkesan.

Produk untuk tujuan ini datang dalam pelbagai bentuk seperti losyen, minyak dan serum rambut. Semasa memilih produk paling sesuai untuk masalah cradle cap pada kulit kepala bayi anda, ingat beberapa pesanan kami ini, ya!

  1. Produk itu mengandungi bahan yang boleh melembabkan kulit seperti minyak kelapa, minyak bayi atau vaselin.
  2. Produk itu tidak mempunyai pewangi dan bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan.
  3. Gunakan produk yang tidak mengandungi steroid seperti hydrocortisone melainkan anak anda disahkan mempunyai masalah ekzema dan anda menerima arahan oleh doktor.

6 Produk Untuk Masalah Kulit Kepala Berkuping Yang Berkesan Dan Selamat Untuk Bayi

Kulit kepala berkerak dan mengelupas di kalangan bayi baru lahir biasanya akan pulih sendiri dalam tempoh beberapa bulan.

Tetapi, jika kerak atau kuping itu jadi semakin tebal dan nampak kemerahan, anda mesti gunakan krim, minyak atau produk lain yang direka khas untuk mengurangkan masalah cradle cap pada kulit kepala bayi. 

Teruskan membaca untuk kenali 6 produk terbaik untuk masalah kulit kepala berkuping yang kami rasa anda harus cuba!

[product-comparison-table title="6 Produk Terbaik Untuk Masalah Kulit Kepala Berkuping"]

Joielle Baby Cradle Cap Set

Terbaik untuk kulit kepala bersisik dan berkupingset untuk kulit kepala berkuping

Set jenama Joielle ini mengandungi dua jenis produk iaitu Baby Oil dan juga Baby Shampoo. Untuk mengurangkan cradle cap pada kulit kepala bayi anda, mula-mula anda harus cuci rambut bayi kesayangan anda dengan syampu, bilas dan keringkan kepala bayi.

Kemudian, sapu baby oil pada kulit kepala bayi anda dan biarkan ia meresap. Amalkan rutin ini setiap kali anda mandikan anak anda untuk lihat perbezaan pada kulit kepalanya.

Dalam masa beberapa hari, kulit kepala yang asalnya bersisik kering atau berkerak warna kekuningan itu akan nampak lebih bersih dan tidak bertompok lagi.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi Vitamin E dan aloe vera yang baik untuk rambut dan kulit.
  • Boleh digunakan untuk mengurut bayi.
  • Tidak membuatkan rambut bayi kelihatan terlalu oily.

Joielle Baby Cradle Cap Set

dari Joielle

product imageBELI DI SHOPEE

Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion

Terbaik untuk mencuci kulit kepala bayi berkerak

cleansing lotion untuk kulit kepala berkupingBuds adalah salah satu pengeluar produk bayi yang terkenal di kalangan ibu di Malaysia dan luar negara. Cleansing Lotion ini sama seperti produk Buds yang lain, di mana hanya bahan-bahan organik sahaja digunakan untuk menghasilkannya.

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah. Anda hanya perlu tuang losyen pada kapas dan sapu kulit kepala bayi hingga semua meresap. Jika perlu, bilas baki losyen yang tidak diserap oleh kulit kepala.

Datang dalam botol bersaiz 100ml, dengan satu kali pembelian sahaja sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kulit kepala berkuping pada bayi anda.

Apa yang kami suka:

  • Tekstur seperti losyen biasa dan cepat serap ke dalam kulit.
  • Sekaligus menggantikan syampu rambut untuk mencuci rambut dan kulit kepala bayi.
  • Bau wangi losyen tidak terlalu tajam
  • Mengandungi campuran beberapa jenis essential oil yang berkualiti

Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion

dari Buds

product imageBELI DI SHOPEE

Ardora Natural Hair Oil

Terbaik untuk hilangkan cradle cap pada kulit kepala bayi

Natural Hair Oil keluaran Ardora ini diformulasikan dengan menggunakan 100% bahan organik yang selamat untuk bayi bayi baru lain. Jadi, anda tidak perlu takut untuk sapu minyak ini jika anak mempunyai masalah kulit kepala berkerak dan mengelupas.

Walaupun produk ini berasaskan minyak, tetapi ianya bersifat ringan, cepat menyerap ke dalam kulit kepala dan tidak melekit. Jadi, rambut anak hanya akan nampak kemas dan rapi, bukan penyek dan terlalu berminyak. 

Apa yang kami suka:

  • Cradle cap akan berkurangan dengan ketara selepas menggunakan minyak ini selama 2 - 3 hari.
  • Amalkan 2 kali setiap hari, rambut anak akan menjadi tebal dan sihat.
  • Bebas alkohol dan pewangi tambahan

Ardora Hair Oil Original

dari Ardora Natural

product imageBELI DI SHOPEE

Ummialya Baby Hair Serum

Terbaik untuk kulit kepala berkuping dan selepas bercukur

Produk keluaran tempatan jenama Ummialya ini datang dalam bentuk serum. Dalam satu botol kecil ini rambut anak anda akan dapat manfaat daripada pelbagai jenis minyak termasuk minyak zaitun, badam, soya, kepala dara dan jojoba.

Semua jenis minyak ini memang terkenal dengan kebolehannya untuk melembabkan kulit. Minyak ini pada asasnya dirumuskan khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah rambut tidak lebat dan kulit kepala kering.

Jika anak anda mempunyai kulit kepala berkuping atau tidak mempunyai rambut pada bahagian belakang kepala (dimakan bantal), serum ini adalah penyelesaian kepada masalah ini juga!

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan bahan natural yang selamat untuk bayi baru lahir.
  • Rambut akan cepat tumbuh jika disapu selepas cukur rambut.
  • Membuatkan rambut lebih kuat, lebat dan terurus.
  • Rambut anak tetap berbau wangi walaupun sudah berpeluh.

Ummialya Baby Hair Serum

dari Ummialya

product imageBELI DI SHOPEE

Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi

Terbaik untuk kulit kepala bayi yang berkerak

Jenama Najlaa mengeluarkan produk yang berkesan untuk masalah kulit kepala berkuping yang berasaskan minyak, dan dinamakan sebagai Nutrien Oil. Dalam sebuah botol kecil ini terkandung rumusan yang direka khas untuk bantu melembapkan kulit bayi dan kanak-kanak.

Untuk lihat keberkesanan minyak ini, anda harus sapukannya pada kulit kepala bayi dan usap perlahan-lahan. Biarkan minyak di kepala selama satu jam dan basuh kepala anak anda dengan produk Shower Bath yang datang sekali dengan set ini.

Kemudian, lap kepala anak anda dengan tuala bersih dan ulang rutin ini untuk beberapa hari dan anda pasti akan gembira dengan hasilnya.

Apa yang kami suka:

  • Kuping pada kulit kepala bayi akan gugur dengan mudah
  • Tidak membuatkan kulit kepala bayi melecet apabila diusap.
  • Berkesan untuk buat rambut kanak-kanak tumbuh dengan lebih lebat.
  • Juga sesuai digunakan sebagai pelembap pada semua bahagian kulit yang kering.

Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi

dari Najlaa

product imageBELI DI SHOPEE

Remdii Scalp Repair

Terbaik untuk masalah kulit kepala keringspray untuk kulit kepala berkuping

Scalp Repair keluaran jenama Remdii ini diformulasikan dalam bentuk spray yang tidak berminyak sesuai untuk kulit kepala bayi yang masih sensitif dan orang dewasa. Produk ini menggunakan bahan aktif botanikal dan mengandungi Vitamin E yang baik untuk melembabkan kulit kepala bayi anda. 

Selain itu, produk ini juga telah melalui ujian klinikal, dan terbukti berjaya mengurangkan masalah kulit kepala berminyak sehingga 48%, dan kulit kepala berkerak sehingga 39%, dalam tempoh 2 minggu sahaja! Jadi, anda tidak perlu risau dengan keberkesanannya.

Apa yang kami suka:

  • Rambut bayi tidak menjadi penyek atau kelihatan basah selepas disembur dengan produk ini.
  • Juga boleh dikongsi bersama ibu ayah yang mempunyai masalah kulit kepala.
  • Rambut tidak berbau kepam apabila memakai hijab selepas meggunakan spray ini.
  • Tidak mengandungi paraben, pewangi dan pewarna tambahan yang membahayakan bayi.

Remdii Scalp Repair

dari Remdii

product imageBELI DI SHOPEE

Perbandingan Harga Produk Terbaik Untuk Masalah Kulit Kepala Berkuping

Jenama

Harga (RM)

Joielle Combo Cradle Cap  RM68.00
Buds Soothing Organics Flaky Scalp Cleansing Lotion  RM40.99
Ardora Natural Hair Oil  RM70.00
Ummialya Baby Hair Serum  RM30.00
Najlaa Set Rawatan Kerak Kepala Bayi  RM53.00
Remdii Scalp Repair  RM28.80

Langkah Mudah Untuk Elak Masalah Kulit Kepala Bayi Kering

Pada minggu pertama kelahiran, ibu pasti akan sedar jika bayi kesayangan mempunyai masalah kulit kering atau bersisik, sama ada di kulit kepala atau badan. Ini mungkin tanda-tanda awal yang bayi itu mempunyai kulit yang sensitif atau ekzema. 

Jadi, sebagai langkah awal untuk elakkan daripada masalah kulit kering ini berlaku, ibu boleh ikut beberapa cara mudah ini di rumah:

1. Pastikan bayi dimandikan dengan air suam, bukan air panas. 

Air yang terlalu panas akan membahayakan bayi kerana ia akan buat core body temperature bayi meningkat dan juga akan menghilangkan pelembab semulajadi pada kulit bayi.

2. Gunakan bahan mandian khas untuk kulit kering.

Kebiasaannya bahan mandian untuk kulit kering tidak mempunyai terlalu banyak buih dan tidak mempunyai bahan kimia tambahan. Pilih produk yang direka khas untuk kondisi kulit kering dan menggunakan bahan organik.

3. Amalkan penggunaan hair oil atau serum.

Sama seperti sesetengah orang dewasa, kadangkala bayi juga memerlukan bantuan tambahan untuk buat kulit kepala mereka menjadi lebih sihat. Minyak bayi dan serum yang direka khas untuk bayi adalah solusi terbaik kepada masalah kulit kepala kering.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Kepala Kering Dan Mengelupas Buat Rasa Tidak Selesa, Ini Tips & Cara Mengatasinya!

Baca juga: Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara U ntuk Menghilangkannya

Baca juga: Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.