X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Masalah kulit kering dan gatal pada perut, peha dan lengan semasa mengandung boleh diredakan dengan menukar kepada sabun mandi yang lebih lembut. Cuba salah satu body wash ini dan lihat hasilnya pada kulit anda yang semakin stretch itu!

Kulit kering, flaky dan gatal adalah antara rungutan yang selalu dikongsikan oleh ibu mengandung. Nak tahu apa penyelesaian terbaik untuk masalah kulit kering semasa mengandung ini? Jawapannya ialah, ibu harus gunakan body wash terbaik dengan bahan pelembap yang selamat!

Isi Kandungan

  • Punca Kulit Kering Ketika Hamil
  • Cara Atasi Kulit Kering
  • Pemilihan Body Wash Terbaik
  • 6 Body Wash Terbaik
  • Palmer’s
  • Buds & Blooms
  • Four Cow Farm
  • Suu Balm
  • MooGoo
  • EcoStore
  • Perbandingan Harga Body Wash Terbaik
  • Peringatan Untuk Ibu Mengandung Semasa Mandi

Punca Wanita Alami Masalah Kulit Kering Ketika Hamil

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Semasa mengandung, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada badan ibu, dan yang paling jelas semestinya perubahan fizikal pada diri si ibu. Namun, perubahan pada bentuk fizikal dan diri ibu ini hanyalah sementara, dan berpunca daripada dua perkara utama ini.

1. Hormon yang tidak stabil 

Apabila berlakunya perubahan hormon, kesan lain dapat dilihat pada diri ibu, seperti badan lebih berbulu, rambut lebih lebat dan yang paling tidak selesa ialah kulit menjadi kering dan gatal. Hormonal imbalance ini menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, hilang lembapan semula jadi terutama sekali pada bahagian badan yang mengembang setiap hari. 

2. Bentuk badan berubah secara mendadak

Selain itu, lama kelamaan kulit pada sesetengah bahagian badan seperti perut, punggung, peha dan lengan akan menjadi terik. Bahagian yang sangat terik ini akan menyebabkan ibu terasa gatal (dan kadangkala, pedih) terutama sekali jika kulit di bahagian itu terlalu kering. Masalah ini paling ketara apabila masuk trimester ketiga di mana berat badan ibu naik dengan banyak dan mendadak.

Cara Atasi Masalah Kulit Kering, Gatal Semasa Mengandung

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Kredit gambar – Freepik

Jadi, nak atau tidak, ibu mengandung terpaksa melakukan beberapa adjustment untuk mengatasi masalah kulit kering ketika hamil.  Antara cara yang ibu boleh lakukan adalah seperti berikut:

1. Banyakkan minum air masak

Bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk, muntah 2 hingga 3 kali sehari itu adalah perkara normal. Setiap kali muntah, badan ibu akan kehilangan banyak air. Ini bukan saja boleh menyebabkan badan ibu menjadi lemah dan lesu, tetapi juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Ganti balik liquid yang telah hilang dengan minum banyak air masak setiap hari untuk kekal hydrated.

2. Sapu minyak zaitun dan kelapa pada kulit

Tahukah anda minyak zaitun dan minyak kelapa dara amat berkesan untuk bantu masalah kulit kering? Jika anda terasa terlalu tidak selesa, capai saja salah satu minyak ini di pantry anda dan sapu pada bahagian kulit yang terlalu kering itu. Dengan beberapa titik minyak sahaja, anda akan dapat lihat dan rasa perbezaan pada kulit anda.

3. Tukar produk kecantikan yang digunakan setiap hari

Ibu mengandung yang mengalami masalah kulit semasa mengandung harus tukar produk kecantikan dan mandian kepada produk yang lebih sesuai dengan kondisi kulit mereka semasa mengandung. Ini adalah supaya kulit badan ibu akan dapat treatment yang sepatutnya. Sebaik-baiknya, pilih produk yang memang direka khas untuk ibu mengandung dan organik.

Panduan Pilih Body Wash Terbaik Untuk Ibu Mengandung

body wash terbaik

Kredit gambar – Healthline

Secara umumnya, ibu hamil perlu menggunakan sabun mandi yang tidak akan merbahayakan bayi dalam kandungan dan yang sesuai untuk kulit ibu. Jika ibu buntu nak memilih body wash terbaik, lihat pada deskripsi produk dan pilih produk yang mempunyai ciri berikut:

  • Tidak terlalu berbuih
  • Mengandungi bahan yang melembabkan kulit
  • Bebas SLS, paraben dan bahan kimia lain yang terlalu kuat
  • Tanpa pewangi tambahan

6 Body Wash Terbaik Untuk Bantu Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Untuk bantu anda membuat pembelian yang bijak, kami senaraikan 6 pilihan sabun mandi yang selamat dan sesuai untuk masalah kulit kering di kalangan expecting moms. Yang lebih menarik lagi, produk yang kami kongsikan ini juga selamat digunakan oleh ahli keluarga lain yang mengalami masalah yang sama!

6 Body Wash Terbaik Untuk Kulit Kering
product image
Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy
Body wash terbaik dengan cocoa butter
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Buds & Blooms Maternity and Breastfeeding Safe Natural Body Wash
Body wash terbaik untuk ibu mengandung dan menyusu
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Four Cow Farm - Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash
Body wash terbaik untuk badan dan rambut
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash
Body wash terbaik untuk kulit kering dan gatal 
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
MooGoo Natural Milk Wash
Body wash terbaik dengan formula selembut pencuci muka
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash
Body wash terbaik dengan bau vanila dan kelapa
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE

Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy

Body Wash Terbaik Dengan Cocoa Butter

body wash terbaik khas untuk ibu hamil

Jenama Palmer’s memang terkenal dengan ciri utama produknya yang menggunakan cocoa butter formula dengan vitamin E. Ciri yang sama dikekalkan dalam sabun mandi yang direka khas untuk ibu hamil ini. 

Soothing Body Wash ini adalah selamat untuk digunakan oleh ibu hamil kerana ianya bebas daripada paraben dan phthalates. Produk ini adalah baik untuk bantu melembapkan kulit ibu yang terlalu kering akibat perubahan hormon dan kulit yang terik akibat perubahan bentuk badan.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi minyak argan dan almond, shea butter, kolagen dan elastin yang berkesan untuk memulihkan kulit kering.
  • Bau cocoa butter yang enak, seperti produk Palmer’s yang lain.
  • Formulasi yang memang direka khas untuk ibu mengandung
  • Terbaik jika digandingkan dengan Stretch Mark oil keluaran Palmer’s juga.

Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy

product imageBELI DI SHOPEE

Buds & Blooms Maternity and Breastfeeding Safe Natural Body Wash

Body Wash Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

body wash terbaik

Natural Body Wash produk keluaran jenama Buds and Blooms ini menegaskan yang sabun mandi ini selamat untuk digunakan oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Ini adalah kerana, produk ini tidak mengandungi sebarang harmful chemicals seperti sulfate dan paraben.

Jadi, ibu boleh terus menggunakan sabun mandi untuk ibu hamil ini sehingga selepas bersalin kerana ia tidak akan memberikan kesan buruk kepada bayi anda. Baunya sangat lembut dan tidak menyakitkan hidung newborn kesayangan semasa sesi menyusu selepas ibu mandi.

Apa yang kami suka:

  • Produk ini diformulasikan dengan Rice Essence yang memang baik untuk kulit.
  • Membersihkan badan tanpa membuang pelembab semula jadi kulit.
  • Penggunaan yang konsisten boleh buat kulit menjadi lebih lembut, licin dan sihat.

Buds & Blooms Maternity and Breastfeeding Safe Natural Body Wash

product imageBELI DI SHOPEE

Four Cow Farm – Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash

Body Wash Terbaik Untuk Badan Dan Rambut

body wash terbaik sesuai untuk rambut

Mother’s All Natural Castile Hair & Body Wash ini adalah produk keluaran Australia yang menggunakan 100% minyak zaitun dara sebagai bahan utamanya. Disebabkan ini, produk ini sangat membantu untuk ibu hamil yang mengalami masalah kulit kering serta sesiapa yang mengalami masalah kulit lain seperti ekzema, hives (gatal-gatal) dan psoriasis.

Seperti namanya, produk ini bukan sahaja body wash terbaik untuk ibu hamil, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai syampu rambut. Sememangnya ia baik untuk mengawal masalah untuk masalah rambut kering dan gatal kulit kepala. Selain itu anda tidak perlu lagi menggunakan hair conditioner untuk buat rambut anda jadi lembut.

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan bahan natural sahaja, tanpa tambahan bahan kimia lain yang berisiko untuk ibu mengandung.
  • Dibuat secara manual menggunakan tangan dan teknik tradisional, khas untuk ibu hamil.
  • Sangat mudah untuk dibawa semasa travel kerana dengan satu sahaja anda boleh gunakan untuk rambut dan badan.

Four Cow Farm - Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash

product imageBELI DI LAZADA

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash

Body Wash Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Gatal

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Sabun mandi untuk ibu hamil ini pula mempunyai tekstur seakan krim, tepat dengan namanya, Cream Body Wash. Produk keluaran Suu Balm ini direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, gatal dan sensitif.

Body wash ini bebas daripada sulphate, pewangi, paraben and bahan pengawet yang boleh membuatkan kulit menjadi bertambah kering. Selain sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah kulit kering, produk ini juga tetap sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Apa yang kami suka:

  • Buat kulit terasa sejuk atau dingin (menthol) yang melegakan selepas mandi.
  • Mengandungi 5 bahan yang melembapkan kulit termasuk shea butter dan sodium hyaluronate.
  • Boleh digunakan banyak kali setiap hari semasa mandi kerana produk yang diformulasikan oleh National Skin Centre, Singapore ini memang benar-benar selamat.

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash

product imageBELI DI SHOPEE

MooGoo Natural Milk Wash

Body Wash Terbaik Dengan Formula Selembut Pencuci Muka

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Jika anda pernah terfikir untuk menggunakan sabun pencuci muka untuk kulit badan yang terlalu kering, produk inilah yang terbaik untuk anda! 

Natural Milk Wash ini adalah sangat mild, sehinggakan MooGoo yakin untuk mengiklankan produk ini mempunyai kualiti yang sama seperti pencuci muka. Jadi semestinya, produk ini boleh digunakan pada kulit muka juga.

Selain itu, produk ini juga bebas daripada SLS, Phenoxyethanol dan Parabens. Body wash ini mempunyai bau yang sama seperti produk MooGoo yang lain tetapi ibu tak usah risau kerana bau ini datang daripada phthalate-free fragrant oil.

Apa yang kami suka:

  • Tidak memedihkan mata kerana formula yang digunakan adalah sama seperti syampu rambut bayi.
  • Sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan semua jenis kulit.
  • Diformulasikan menggunakan bahan-bahan vegan-friendly sahaja.

MooGoo Natural Milk Wash

product imageBELI DI SHOPEE

EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash

Body Wash Terbaik Dengan Bau Vanila Dan Kelapa

body wash terbaik bau vanila

Rasanya hampir mustahil untuk cari orang yang tidak sukakan bau vanila dan bau kelapa. Dan semestinya, hampir mustahil juga untuk anda tidak sukakan Vanilla dan Coconut Body Wash keluaran EcoStore ini. 

Produk ini diformulasikan dengan bahan berasaskan tumbuhan dan mineral, serta pewangi semula jadi. Bahan unik yang digunakan dalam produk ini ialah hydrating harakeke yang dapat membersihkan kulit dengan lembut dan dalam masa yang sama dapat bantu melembapkan kulit. 

Apa yang kami suka:

  • Jenama yang berpegang pada falsafah environmental-friendly ini menggunakan botol yang dibuat daripada renewable sugarcane plastic.
  • Formulasi yang digunakan adalah mengikut standard kesihatan dan keselamatan yang paling tinggi serta dinilai oleh Environmental Working Group’s EWG Skin Deep® Cosmetic Database.
  • Body wash ini sangat mild dan selamat sehinggakan air mandian dengan body wash ini boleh digunakan untuk siram pokok. 

EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash

product imageBELI DI SHOPEE

Perbandingan Harga Body Wash Terbaik

Jenama

Harga

Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy

RM29.90

Buds & Blooms Maternity and Breastfeeding Safe Natural Body Wash

RM18.57

Four Cow Farm – Mother’s All-Natural Castile Hair & Body Wash

RM75.00

Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash 

RM90.91

Moogoo Natural Milk Wash

RM55.00

EcoStore Vanilla & Coconut Body Wash

RM29.61

Peringatan Untuk Ibu Mengandung Jaga Keselamatan Dan Kesihatan Semasa Mandi

Cuba Salah Satu Body Wash Terbaik Ini Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Mengandung

Kredit gambar- Verywell Health

Perubahan hormon semasa mengandung juga boleh menyebabkan ibu terasa panas dalam, terutama sekali apabila sudah memasuki trimester kedua. Jadi, ramai ibu hamil yang mandi lebih kerap setiap hari untuk buat badan rasa lebih selesa.

Walaupun mandi itu bagus, tetapi ibu harus berhati-hati semasa mandi dan ketika di bilik mandi. Kami nasihatkan ibu untuk ikut pesanan ini.

1. Suhu air mandi tidak terlalu sejuk

Badan ibu mungkin terasa panas, tetapi ibu tidak sepatutnya mandi dengan air yang terlalu sejuk semasa mengandung. Ini boleh menyebabkan kekejangan otot dan terasa sejuk hingga ke tulang boleh menyebabkan ibu demam.

Jadi, jika ibu pergi bercuti di tempat sejuk seperti di Cameron Highlands, pastikan ibu guna air yang bersuhu bilik atau sedikit suam untuk mandi.

2. Tidak berendam dalam tab mandi berisi air panas

Ramai orang suka untuk berendam dalam tab mandi yang berisi air panas untuk relaks setelah penat bekerja sehari suntuk. Tetapi harus diingatkan, aktiviti ini tidak sesuai untuk ibu mengandung, malah boleh merbahayakan ibu dan bayi dalam kandungan. 

Berendam dalam air yang terlalu panas boleh menyebabkan perjalanan darah daripada ibu kepada bayi menjadi tidak lancar dan menyebabkan bayi menjadi distres.

3. Jangan berendam dalam buih dan garam mandi. 

Selain tidak boleh berendam dalam air yang terlalu panas, ibu mengandung juga tidak digalakkan untuk berendam dalam air yang bersabun atau garam mandi. 

Ini adalah kerana, berendam dalam air dengan kandungan tambahan ini boleh menyebabkan ibu mendapat jangkitan faraj akibat pH yang tidak seimbang di sekitar faraj. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kulit ibu menjadi kering akibat kehilangan lembapan semula jadi.

4. Pastikan bilik mandi selamat untuk ibu

Akhir sekali, peringatan ini nampak remeh, tetapi ramai yang ambil mudah dengan isu ini. Jika ada sabun tertumpah di atas lantai bilik mandi, pastikan ianya dibilas dengan air sehingga hilang kesan licin untuk elak kemalangan. 

Selain itu, gunakan pelapik getah anti-slip pada lantai bahagian shower dan pasang pemegang besi di dinding untuk bantu ibu berjalan, bangun dan duduk semasa di dalam bilik mandi. Handle bar tambahan ini juga sangat membantu untuk ibu yang baru sahaja bersalin kaedah c-section dan warga emas.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

Baca juga: Bilakah Waktu Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang? Ini Jawapan Doktor!

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil, Bukan Semua Ubat Ibu Boleh Makan Ya!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Pilih Sabun Basuh Baju Organik, 9 Sabun Basuh Baju Terbaik Ini Selamat Untuk Ibu Hamil Dan Seisi Keluarga

    Pilih Sabun Basuh Baju Organik, 9 Sabun Basuh Baju Terbaik Ini Selamat Untuk Ibu Hamil Dan Seisi Keluarga

  • Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

    Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

  • 5 Krim Pencerah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

    5 Krim Pencerah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

  • Pilih Sabun Basuh Baju Organik, 9 Sabun Basuh Baju Terbaik Ini Selamat Untuk Ibu Hamil Dan Seisi Keluarga

    Pilih Sabun Basuh Baju Organik, 9 Sabun Basuh Baju Terbaik Ini Selamat Untuk Ibu Hamil Dan Seisi Keluarga

  • Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

    Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

  • 5 Krim Pencerah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

    5 Krim Pencerah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.