Bayi 7 minggu kandungan hasilkan seratus sel otak setiap minit!

Walaupun baru berusia 7 minggu, bayi anda dah hasilkan seratus sel otak setiap minit. Jom semak perkembangan janin 7 minggu yang lain.
Adakah anda baru dapat tahu yang anda hmil dan doktor beritahu yang anda dah masuk minggu ke-7? Anda mesti nak tahu bagaimana keadaan anak dalam kandungan kan? Jom lihat perkembangan janin 7 minggu ini.
Perkembangan janin 7 minggu: Bayi anda besar mana?
Anak anda kini sebesar buah aratilis. Ala, buah yang kita panggil ceri yang selalu kita kutip masa kecil-kecil bila terjumpa pokoknya di tepi jalan tu! Kecilnya!
Perkembangan janin 7 minggu: Perkembangan bayi anda
- Perkembangan bayi anda sangat memberangsangkan! Bayi anda kini menghasilkan satu ratus sel otak baru setiap minit.
- Otak dan jantung bayi anda menjadi lebih kompleks dan buah pinggangnya sedang terbentuk!
- Ketika ini, tulang sumsum bayi anda belum terbentuk jadi, hati bayi anda yang akan mengeluarkan sel darah merah yang banyak.
- Tangan dan kaki smula untuk tumbuh walaupun masih kelihatan seperti pengayuh sampan. Sendi kaki dan lengan juga sedang mula terbentuk.
- Lelangit dan gigi sedang terbentuk.
- Telinganya juga sedang terbentuk.
- Kulitnya sangat nipis seperti kertas hingga menampakkan urat.
Perkembangan janin 7 minggu: Simptom mengandung
- Rahim anda akan membesar sebanyak dua kali ganda untuk menampung bayi anda yang semakin membesar. Ini bermakna, anda masih mengalami rasa untuk kencing banyak kali.
- Anda juga akan mula dapat breakout di muka. Perubahan kulit jarang berlaku dan kulit anda mungkin akan berubah dari berminyak menjadi kering atau sebaliknya.
- Urat varikos juga akan mula timbul kerana penambahan pengaliran darah.
- Anda juga akan masih rasa mual.
- Kemungkinan, keinginan untuk makan akan bermula.
Perkembangan janin 7 minggu: Penjagaan
- Jika anda belum mulakan, tambahkan asid folik dalam diet anda. Anda disarankan untuk ambil lebih kurang 400 gram asid folik sehari.
- Jika anda mempunyai rutin senaman, pastikan senaman yang anda lakukan adalah selamat semasa hamil.
Perkembangan janin 7 minggu: Checklist untuk anda
-
- Mungkin sekarang adalah masa untuk memakai baju yang sedikit longgar kerana anda akan mendapat perut kembung dan baju yang biasa anda pakai mungkin akan rasa sedikit mengganggu.
- Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mula menangkap gambar untuk melihat pertumbuhan bayi anda.
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Minggu sebelumnya: Minggu ke - 6
Minggu seterusnya: Minggu ke - 8
Artikel(Cerita)