X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Ambil Multivitamin Ketika Hamil, Boleh Jadi Punca Keracunan Pada Bayi

4 min bacaan
Hati-Hati Ambil Multivitamin Ketika Hamil, Boleh Jadi Punca Keracunan Pada Bayi

Vitamin untuk ibu mengandung sangatlah penting, namun hati-hati dengan pengambilan multivitamin, tak semua jenis selamat untuk kandungan!

Memang teruja apabila dapat tahu berita kehamilan bukan? Dan antara persiapan ibu-ibu baharu adalah dari segi vitamin untuk ibu mengandung.

Tidak dinafikan penting untuk ibu hamil mengambil vitamin yang cukup agar perkembangan bayi dalam kandungan sempurna.

Dan antara jalan mudah adalah dengan mengambil multivitamin, yang mana ramai ibu-ibu yakin, ia adalah sumber vitamin yang cukup untuk kesihatan ibu dan bayi. 

Malangnya ramai bakal ibu tak tahu bahawa ada multivitamin yang khusus untuk ibu mengandung dan ada multivitamin umum untuk semua orang. Kandungan multivitamin umum ini ada sesetengahnya terkandung Vitamin A yang berunsurkan haiwan.

Ibu-ibu perlu periksa terlebih dahulu kandungan multivitamin yang terdapat di pasaran. Rata-rata multivitamin yang dijual murah adalah kerana ia multivitamin umum dan mengandungi retinol, dan apabila retinol diambil dengan dos yang tinggi ia boleh jadi merbahaya untuk bayi.

Mengapa ada multivitamin yang bahaya?

vitamin untuk ibu mengandung

Ada sesetengah multivitamin ia mengandungi retinol iaitu Vitamin A yang berunsur daripada haiwan dan bukan tumbuhan. Bahayanya Vitamin A dari haiwan ini adalah kerana ia boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. 

Multivitamin khas untuk ibu mengandung adalah selamat

Selalunya multivitamin yang khas untuk kehamilan tidak mengandungi vitamin A langsung. Tetapi jika ada sekalipun, ia adalah daripada jenis yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan (beta-karotina) yang selamat untuk bayi anda.

Digalakkan untuk ibu hamil sentiasa periksa dan semak label kandungan sebarang multivitamin sebelum memberil. Minta nasihat ahli farmasi atau doktor sekiranya anda tidak pasti. Selalunya kalau anda membuat pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan atau bersama gynae, mereka akan menyarankan multivitamin apa yang elok diambil. 

Malah ibu hamil juga perlu disiplin dengan dos yang disarankan. Elakkan mengambil dos yang berlebihan (selalunya hanya 1 kali sehari, terpulang kepada kondisi kehamilan anda). 

Sekiranya ada suplemen lain yang anda amalkan SEBELUM mengandung, tolong periksa dahulu dengan doktor sekiranya ia selamat untuk diteruskan sepanjang kehamilan. 

Antara Vitamin untuk ibu mengandung yang penting

vitamin untuk ibu mengandung

#1. Asid folik

Pengambilan asid folik adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan! Malah ia sepatutnya diambil pada peringkat awal lagi iaitu ketika anda merancang untuk hamil. 

Seeloknya asid folik diambil dalam 1 tablet iaitu 400 mikrogram (mcg) setiap hari. Manfaat asid folik ini adalah untuk mengurangkan risiko bayi dari mengalami kecacatan tulang belakang yang dipanggil spina bifida. 

Selalunya asid folik diberi asing, ia tidak termasuk dalam dos multivitamin. Apa-apa pun ia bergantung juga pada risiko kehamilan anda juga saranan daripada doktor. 

#2. Zat besi

Fungsi zat besi adalah untuk membantu darah anda membawa oksigen ke suluruh badan ketika anda hamil. Malah kandungan darah di dalam badan anda akan sentiasa meningkat demi menyokong perkembangan bayi. Jadi disebabkan itulah pentingnya anda mengambil suplemen iron/zat besi lagi-lagi sekiranya anda mengalami anemia (kekurangan darah). 

Zat besi juga terkandung dalam multivitamin. Ia terserah kepada keadaan kehamilan anda sekiranya anda perlu mengambil suplemen zat besi secara berasingan atau tidak.

Malah zat besi ini ada pantang larangnya untuk diambil. Ia tidak boleh diambil bersama susu atau minuman berkafein. Ini kerana susu dan kafein boleh mematikan khasiat zat besi dalam badan. Jadi biasanya doktor atau penasihat perubatan akan sarankan anda ambil zat besi ini dua jam selepas anda minum susu, atau bersarapan. 

vitamin untuk ibu mengandung

Jika doktor berpendapat tahap zat besi anda mencukupi, mengambil zat besi tambahan barang kali tidak perlu untuk anda dan bayi. Terlalu banyak zat besi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sembelit dan sakit perut. Anda seharusnya dapat memperolehi zat besi yang diperlukan dengan memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, kekacang, lentil, sayur-sayuran berdaun hijau dan bijirin yang kaya dengan zat besi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline, Baby Center

Baca Juga: Penting Amalkan Pengambilan Vitamin C Ketika Pandemik Ini!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Hati-Hati Ambil Multivitamin Ketika Hamil, Boleh Jadi Punca Keracunan Pada Bayi
Kongsikan:
  • 9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

    9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

    9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.